Malaysia turun dalam perlawanan kedua berdepan dengan cabaran sebenar mereka yang pertama iaitu Thailand. Ini selepas skuad bimbingan E Elavarasan sebelum ini dengan mudah menang ke atas Laos 5-1.
Dalam aksi yang berlangsung di stadium Phnom Penh, Malaysia melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utama mereka. Terutama sekali merehatkan pemain berpengalaman Mukhairi Ajmal.
Namun ianya masih lagi kesebelasan yang mengagumkan daripada Malaysia B-22.
Shikh Izhan ditagih pengalamannya di depan gawang gol Malaysia. Sementara Rventhiran turut menjadi antara pemain penting di barisan pertahanan.
Kesebelasan Utama & Pemain Simpanan Harimau Malaya B-22
⚽️ THAILAND 🇹🇭 🆚 🇲🇾 MALAYSIA
🕔 5.00 ptg (waktu Malaysia)
🏟️ Stadium Prince, Phnom Penh
📺 Saluran TV Okey, 110 MYTV, 146 Astro, Saluran Sukan RTM, 111 MYTV#FAM #HarimauMalaya #Cambodia2023 pic.twitter.com/4YqPfpNhEh— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 6, 2023
Sementara pasukan Gajah Perang pula pastinya mahu memenangi perlawanan ini. Kerana mereka sedar bahawa Malaysia bukan lawan yang mudah selain Vietnam yang turut berada dalam pasukan yang sama.
รายชื่อ 11 ตัวจริง #ทีมชาติไทยU23 🇹🇭 พบ มาเลเซีย 🇲🇾 ในศึกฟุตบอลชายซีเกมส์ 2023 รอบแบ่งกลุ่ม กลุ่ม B นัดที่สอง pic.twitter.com/h9F0kIyT88
— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) May 6, 2023
Separuh masa pertama: Kedua dua pasukan tumpoo
Kedua dua pasukan kelihatan bergelut pada separuh masa pertama untuk mencari gol. Dengan cuaca yang agak panas, kelihatan pemain kedua dua pasukan menghadapi cabaran sangat besar.
Malaysia sebenarnya menghadirkan ancaman lebih awal pada separuh masa pertama. Dan memberikan harapan kepada peminat Malaysia. Tetapi penyudah sangat lemah.
Thailand cuba bermain hantaran rendah, tetapi sukar dengan keadaan padang yang ada. Mereka kemudian memperbanyakkan lagi hantaran tinggi terus kepada serangan.
Malaysia tidak menekan Thailand terlalu tinggi di atas padang. Sementara Thailand seringkali hampa dengan produk akhir mereka di zon serangan.
Separuh masa pertama kedua dua pasukan masuk ke bilik persalinan dengan kedudukan 0-0.
Perubahan taktikal diperlukan oleh kedua dua pasukan pada separuh masa kedua. Kerana perlawanan ini sangat penting untuk meraih 3 mata. Memandangkan Thailand dan Malaysia menyertai Vietnam dianggap pencabar utama bagi kumpulan B untuk mara ke separuh akhir.
Separuh Masa
Kumpulan B Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2023 | Sabtu, 6 Mei 2023
THAILAND 🇹🇭 0-0 🇲🇾 MALAYSIA #FAM #HarimauMalaya #Cambodia2023 pic.twitter.com/YItsqkdqA7
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 6, 2023
Separuh masa kedua: Thailand mengganas
Namun pada separuh masa kedua, ceritanya berbeza. Changsuek berjaya mencetak 2 gol pada 17 minit terakhir perlawanan.
Anan Yodsangwal berjaya mengatasi perangkap ofsaid Malaysia dan merembat rendah menyilang ke kanan mengatasi Shikh Izhan.
Malaysia mendapat peluang untuk menyamakan kedudukan namun gagal disempurnakan.
Malah, Thailand pula yang menambah gol kedua mereka menerusi Yotsakhon Burapha pada minit ke-84.
Malaysia melakukan kesilapan hampir sama ketika gol pertama Thailand. Di mana, Malaysia gagal mematikan ancaman awal dan membenarkan lawan melakukan hantaran bahaya melepasi garisan akhir pertahanan.
Malaysia tidak melakukan track back lebih baik dalam situasi tersebut.
Maka dengan itu, Thailand dengan senang hati menang 2-0 ke atas Malaysia. Meraih 3 mata berharga daripada perlawanan kedua.
Keputusan Masa Penuh
Kumpulan B Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2023 | Sabtu, 6 Mei 2023
THAILAND 🇹🇭 2-0 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ Anan Yodsangwal 73’ Yotsakon Burapha 84’#FAM #HarimauMalaya #Cambodia2023 pic.twitter.com/yALEdklhm1
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 6, 2023
Ini bermakna Thailand kini terikat mata dengan Vietnam untuk kedudukan pertama dan kedua kumpulan B selepas 2 perlawanan.
Dengan Malaysia menelan kekalahan pertama mereka selepas 2 perlawanan.
3 hari berselang, Malaysia akan berdepan dengan gergasi Asia Tenggara, Vietnam. Dan menutup aksi kumpulan B dengan menentang jiran tetangga pasukan Singapura.
Adakah Malaysia akan mampu untuk melepasi kumpulan B dan mara ke pusingan kalah mati? Segalanya masih lagi bergantung kepada Malaysia sendiri buat masa ini. Dan Elavarasan perlu melakukan perubahan taktikal segera untuk bangkit pada aksi berikutnya yang pastinya sukar buat Malaysia.
Malaysia sudah lama tidak memenangi emas Sukan SEA acara bola sepak. Di mana kali terakhir Malaysia memenangi Suka SEA adalah pada 2011, bagi acara bola sepak.
Sementara Thailand mahu menamatkan dominasi Vietnam setelah kali terakhir negara itu menang pada 2017. Kemudian Thailand menjadi naib juara pada edisi yang lalu, kalah di tangan Vietnam.