Sumpahan Kucing Kini Dikaitkan Dengan Kegagalan Brazil

brazil kucing

Pasukan calon juara, Brazil telah selamat terkeluar dari saingan Piala Dunia 2022 di kaki Croatia dan sumpahan kucing yang tersakiti kini dikaitkan dengan kegagalan Brazil ini.

Segalanya betul buat Brazil ketika menentang Croatia kecuali sentuhan penyudah lantaran permainan bertahan dan kekebalan tidak boleh bawa bincang penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic.

Neymar akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan selepas berjaya menggelecek Dominik Livakovic namun gol itu tidak bertahan lama di apabila Bruno Petkovic menyamakan kedudukan.

Kedudukan terikat 1-1 menyaksikan perlawanan dibawa kepenentuan sepakan penalti, Dominik Livakovic sekali lagi menjadi penghalang Brazil menafikan dua sepakan untuk membawa Croatia ke separuh akhir.

Bagi sesetengah orang, kekalahan Brazil ini sememangnya sudah dijangka kerana Brazil telah pun terkena sumpahan kucing selepas penganiyaan dilakukan ke atas kucing tidak berdosa itu.

Malah tidak kurang juga yang menyatakan bahawa apa yang menimpa Brazil ini adalah satu karma atau pembalasan juga kerana penganiyaan dilakukan ke atas binatang tidak berdosa itu. Semuanya berkisar kepada penganiayaan.

Jangan cari pasal dengan kucing jika tidak mahu mendapat akibat yang buruk seperti Brazil dan karma is cat kata mereka.

Kekalahan Brazil ini bukan sahaja menjadi kemenangan buat seluruh rakyat Croatia malah menjadi kemenangan besar bagi pencinta kucing seluruh dunia.

Bagi mereka kini keadilan sudah ditegakkan dan kucing itu telah mendapat pembelaan sewajarnya dan Brazil telah menerima akibat dari perbuatan pegawai media mereka.

Bagi yang tidak faham apa sebenarnya terjadi dan kisah sumpahan kucing, karma is cat ini semua marilah kita mengimbau kembali apa yang terjadi antara Brazil dan kucing.

Pencinta Kucing Berang Pegawai Media Brazil Campak Kucing

Para pencinta kucing seluruh dunia dan Wartawan yang membuat liputan di Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar sangat terkejut selepas melihat pegawai media Brazil mencampak kucing ke bawah ketika sidang media.

Cara kasar pegawai media Brazil itu nyata mengejutkan hadirin di mata mereka boleh diuruskan dengan cara lembut bukan dicampak begitu saja.

Rakaman itu telah tular dalam talian dan peminat tidak berpuas hati dan serta ada yang menganggap itu satu tindakan kejam.

Dalam kejadian yang tak disangka-sangka itu dan terjadi secara spontan, Vinicius Jr sedang mengadap pihak media menjelang pertembungan suku akhir Brazil dengan Croatia.

Tetapi ketika sidang akhbar bermula, seekor kucing liar berjalan ke atas meja tempat pemain itu bercakap menggunakan mikrofon dan perakam. Kucing itu membuatkan Vinicius Jr ketawa.

Kemudian secara tiba-tiba dan spontan, tanpa teragak-agak, pengurus media Brazil itu bangun dari kerusinya dan memegang kucing itu sebelum mencampak kucing itu ke tanah.

Kamera yang sepatutnya hanya memfokuskan kepada Vinicius Jr telah beraliah sedikit ke tepi selepas melihat pengurus media Brazil itu bangun untuk menghalau kucing.

Media barat mula membuat spekulasi akan kesakitan yang dialami oleh kucing itu, dalam analisi mereka menyatakan kucing itu pasti akan menerima impak besar kerana dicampak dari jarak agak tinggi.

Wartawan yang hadir nyata terkejut dan ada menjerit-jerit apabila berbisik-bisik sesama mereka di sekeliling bilik itu dan mungkin ada yang amat gembira kerana mendapat bahan berita yang tak terjangka.

Apabila ada seseorang seperti berkata sesuatu dalam bahasa Portugis dan sepertinya tidak berpuas hati dengan apa dilihat, pegawai akhbar itu mengangkat tangannya untuk mempersoalkan, adakah dia telah melakukan kesalahan.

Pegawai media Brazil itu membalas dengan isyarat tangan dia angkat dan buang saja kucing itu dan selesai. Suasana janggal serta hening terjadi seketika.

Dia kemudian memandang ke arah Vinicius Jr dan kedua-duanya mula ketawa. Vinicius Jr pada awalnya menunjukkan riak wajah terkejut namun ketawa akhirnya.

Kalau tengok dari video kat atas ni jarak ketinggian kucing dicampak tu dalam semeter sahaja. Cara itu mungkin kasar tapi reaksinya seperti dicampak dari bumbung KLCC.

Klip kejadian itu membuat tontonan yang cukup membimbangkan dan peminat di media sosial berkongsi sentimen yang menyifat itu satu penderaan binatang yang menjijikkan lagi memalukan.

Ada pula yang mula mengharapkan Brazil akan tewas di perlawanan suku akhir menentang naib juara 2018, Croatia dan itulah yang terjadi, kemenangan menjadi milik kucing.

BACA:  Bolt: Brazil Perlukan Khidmat Neymar Untuk Menangi Piala Dunia