Kerana Dapat But Model Lama, Vinicius Jr Mahu Tamatkan Kontrak RM37.42 juta Setahun Dengan Nike

Vinicius nike

Gara-gara hanya kerana mendapat but model lama, Vinicius Jr telah mengarahkan peguamnya menamat kontraknya yang bernilai RM37.42 juta (£7 juta) setahun bersama syarikat barangan sukan gergasi Amerika Syarikat, Nike.

Vinicius Jr kini berusia 22 tahun merupakan salah seorang penerang negaranya yag membawa cabaran Brazil di Piala Dunia di Qatar, berasa tidak mendapat layanan yang adil dari syarikat itu.

Menurut media utama Brazil O Globo, Vinicius telah memberitahu peguamnya untuk cuba mengeluarkannya daripada perjanjiannya dengan gergasi pakaian sukan itu.

Sehingga kini, dia masih di bawah kontrak dan terus memakai kasut Nike di Piala Dunia, di mana dia menjaringkan gol pembukaan ketika Brazil menang 4-1 ke atas Korea Selatan.

Tempoh perjanjian Vinicius Jr dengan pengeluar pakaian sukan itu berlangsung sehingga 2028 dan tuntutan mahkamah difailkan sebelum Piala Dunia dan firma guaman antarabangsa telah dilantik.

Dia memakai kasut Nike Mercurial versi lama semasa Real Madrid menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara musim lalu dan penyerang pantas itu berpendapat Nike harus memberinya lebih pengiktirafan sebagai salah seorang bintang terbesar mereka.

Dia juga dikatakan tidak menghadiri beberapa acara yang telah dianjurkan syarikat barangan sukan gergasi Amerika Syarikat itu.

Prestasinya untuk Real Madrid musim lalu dan musim ini nyata sangat cemerlang dan menaikkannya ke tahap yang lebih tinggi dan dalam laluan terbaik untuk mencapai potensinya.

Bekas pemain Flamengo itu mempunyai perjanjian dengan syarikat gergasi lain seperti EA Sports, Vivo, Casas Bahia, BetNacional, OneFootball, JetEngage, Golden Concept and Royaltiz dan Pepsi.

Jika Vinicius Jr benar-benar berjaya memutuskan hubungan dengan Nike, sudah pasti akan ada perebutan untuk tandatangannya daripada pesaing seperti Adidas, Puma dan Reebok serta Tat Sing.

Vinicius seterusnya akan turun beraksi untuk Selecao apabila mereka menentang Croatia pada hari Jumaat dalam suku akhir Piala Dunia.

Perjalanan Karier Vinicius Jr.

Vinicius Jr. mempunyai perjalan karier bola sepak seawal umur 6 tahun bersama kelab bola sepak Brazil, Flamengo dan pada ketika itu tertulis dalam dokumennya sebagai pemain left-back.

Pada tahun 2007 hingga 2010 telah menyertai akademi futsal dan pada tahun 2009 diusia 9 tahun, potensi Vinicius dikesan selepas menyertai trial futsal untuk pasukan Flamengo.

Lantaran umurnya masih muda, Vinicius diarahkan untuk datang pada tahun seterusnya. Dalam tempoh itulah Vinicius telah merubah fikiran yang bakal merubah hidupnya.

Vinicius tidak hadir apabila memilih untuk bermain bola sepak bukannya futsal dan telah telah telah lulus trial bola sepak di Flamengo pada Ogos 2010.

Vinicius membuat debut bersama Flamengo pada 13 Mei 2007 apabila masuk pada minit ke-82 dan dua hari selepas itu Vinicius dilanjutkan kontraknya dari 2019 kepada 2022.

Hanya lapan minit diperlukan Vinicius di padang untuk membuktikan bakat dan potensi lalu diberikan kontrak lanjutan dengan klausa pembelian dinaikkan dari €30 juta kepada €45 juta. Padu bukan?

Lanjutan kontrak ini juga satu langkah bijak dari Flamengo yang sedak Vinicius diintai oleh kelab gergasi dan bakal disambar bila-bila masa.

Pada 23 Mei 2017, Real Madrid datang mengikat terus Vinicius Jr. tetapi kontrak akan berkuatkuasa selepas harijadi ke-18 Vinicius, 12 julai 2018.

Tanggal 20 Julai 2018, Vinicius Jr. diperkenalkan sebagai pemain Real Madrid secara rasmi dan terus mendapat peluang beraksi bersama skuad utama.

Musim 2018/19 Vinicius lebih kerap digunakan dan mendapat peluang beraksi di Champions League. Musim 2021/22 merupakan breakthrough buat Vinicus Jr. bersama Real Madrid.

Jangan dilupa dua gol Vinicius Jr. telah menendang Liverpool keluar dari Champions League dan membawa Real Madrid ke separuh akhir.

Dan Vinicius Jr. memainkan peranan penting dan menjadi tonggak Real Madrid ketika menjuarai Champions League musim 2021/22 entah untuk kali keberapa.

Kelincahan dan betapa liarnya Vinicius di padang telah terjawab kerana seperti kebanyakkan pemain Brazil yang lain adalah kerana futsal adalah makanan mereka.

BACA:  Kelincahan Vinicius Jr Membuatkan Pemain Mallorca Breakdance Di Padang