Ancelotti Sound Rodrygo Yang Kurang Ajar Selepas Diganti

Pengurus Real Madrid, Carlon Ancelotti nyata tidak memberi muka kepada Rodrygo yang berkelakuan agak kurang ajar tidak mahu bersalaman dengan Ancelotti selepas dikeluarkan pada separuh masa kedua.

Bintang Brazil bernilai £40 juta itu digantikan oleh Marco Asensio manakala Toni Kross untuk Danny Ceballos selepas 56 minit – dengan pemain Sepanyol itu memainkan peranan penting dalam kebangkitan menakjubkan Real Madrid pada separuh masa kedua.

Ketika Rodrygo disingkirkan oleh Ancelotti, Real Madrid yang kurang bersemangat ketinggalan 2-0 kepada Villarreal dalam perlawanan peringkat 16 terakhir Copa del Rey yang mereka menang 3-2.

Rodrygo yang berusia 22 tahun terus dimarahi oleh pengurusnya Carlo Ancelotti di hadapan khalayak ramai selepas duduk dibangku simpanan kerana seolah-olah tidak menunjukkan rasa hormat kepada orang tua.

Rakaman video menunjukkan Ancelotti yang marah menghampiri Rodrygo di bangku simpanan Real Madrid, mengacungkan jarinya ke arah pemain muda itu dan kelihatan berkata:

“Tu a mi, me saludas.” yang diterjemahkan sebagai “Anda, anda perlu mengakui saya”.

Marca pula mendakwa bahawa kekecewaan Rodrygo memuncak kerana dia terperangkap dalam kemarahannya sendiri terhadap persembahannya. Kecewa dengan diri sendiri tidak bermakna boleh bersifat kurang ajar dengan orang lain.

Rodrygo ternyata marah selepas dikeluarkan dan mengabaikan Carlo Ancelotti yang menghulurkan tangan untuk salaman tanda mesra namun tidak diendahkan.

Pastinya sebagai seorang pengurus dan warga emas, Ancelotti akan terasa hati dan rasa tidak dihormati dengan sikap Rodrygo yang marah dengan diri sendiri tapi dilepaskan kepada nya.

Pengurus Real Madrid bercakap tentang insiden itu selepas tamat perlawanan. Dan menyatakan dia tak suka pemainnya tidak berjabat tangan dengannya ketika mereka dikeluarkan.

Bagi Ancelotti sangat penting menjaga adab seorang pemain kepada jurulatih dan rakan sepasukan lain.

“Apa yang berlaku kepada Rodrygo? Saya cuma kata kat dia bahawa dia tidak seharusnya lupa untuk berjabat tangan dengan saya ketika keluar untuk digantikan, itu sahaja. Tiada apa berlaku.”

Etienne Capoue dan Chukwueze meletakkan Villarreal dua gol di hadapan pada separuh masa pertama namun Real Madrid telah melakukan kebangkitan luar biasa untuk mara ke pusingan seterusnya.

Ternyata percaturan Carlo Ancelotti menjadi. Hanya seminit selepas Danny Ceballos masuk menggantikan Tony Kroos, impak segera diberikan di mana dia membantu Vinicius Jr mengurangkan defisit.

Dan selepas Eder Militao menyamakan kedudukan, Ceballoslah yang meneruskan perjuangan untuk meraih gol kemenangan perlawanan untuk memastikan kemenangan buat pasukan Ancelotti.

Ancelotti berkata dia gembira dengan kemenangan itu sambil menambah:

“Kami tidak bagus pada separuh masa pertama tetapi pasukan menunjukkan watak hebat pada separuh masa kedua. Kami berjuang untuk segala-galanya dan mengubah cerita permainan.”

Kemenangan itu akan mengurangkan tekanan terhadap Ancelotti walaupun mungkin ada lagi kebakaran yang perlu dipadamkan dalam beberapa hari akan datang.

Kemenangan Copa del Rey menghantar juara La Liga itu ke suku akhir di mana mereka akan menentang seteru setempat Atletico Madrid.

Pepe Reina dan Vinius Jr telah dilihat bertelagah apabila penjaga gol gantian Villarreal telah memanggil bodoh selepas dijatuhkan ketika ketinggalan 2-0 dan Vinicius membalas kembali ketika mendului 3-0.

Pepe Reina (penjaga gol gantian Villareal) kepada Vinicius ketika Villareal mendahului 2-0: “Bangun dan bermain, bodoh.”

Vinicius Jr membalas kembali kepada Pepe Reina ketika Real mendahului 3-2: “Saya bangun dan bermain.”

Ancelotti terus menutup cerita seperti kisahnya dengan Rodrygo apabila ditanya mengenai insiden tersebut:

“Reina agak kecewa dengan Vinicius, ia tidak lebih daripada itu, Vinicius banyak ditendang semasa perlawanan, seperti biasa.” Jawab Ancelotti tidak mahu memanjangkan cerita.

BACA:  Kontrak Baharu Vinicius Jr Di Real Madrid Punyai Klausa "Anti-Arabia"