Wartawan Terkejut Lihat Pegawai Media Brazil Campak Kucing

brazil kucing

Wartawan yang membuat liputan di Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar sangat terkejut selepas melihat pegawai media Brazil mencampak kucing ke bawah ketika sidang media.

Cara kasar pegawai media Brazil itu nyata mengejutkan hadirin di mata mereka boleh diuruskan dengan cara lembut bukan dicampak begitu saja.

Rakaman itu telah tular dalam talian dan peminat tidak berpuas hati dan serta ada yang menganggap itu satu tindakan kejam.

Dalam kejadian yang tak disangka-sangka itu dan terjadi secara spontan, Vinicius Jr sedang mengadap pihak media menjelang pertembungan suku akhir Brazil dengan Croatia.

Tetapi ketika sidang akhbar bermula, seekor kucing liar berjalan ke atas meja tempat pemain itu bercakap menggunakan mikrofon dan perakam. Kucing itu membuatkan Vinicius Jr ketawa.

Kemudian secara tiba-tiba dan spontan, tanpa teragak-agak, pengurus media Brazil itu bangun dari kerusinya dan memegang kucing itu sebelum mencampak kucing itu ke tanah.

Kamera yang sepatutnya hanya memfokuskan kepada Vinicius Jr telah beraliah sedikit ke tepi selepas melihat pengurus media Brazil itu bangun untuk menghalau kucing.

Media barat mula membuat spekulasi akan kesakitan yang dialami oleh kucing itu, dalam analisi mereka menyatakan kucing itu pasti akan menerima impak besar kerana dicampak dari jarak agak tinggi.

Wartawan yang hadir nyata terkejut dan ada menjerit-jerit apabila berbisik-bisik sesama mereka di sekeliling bilik itu dan mungkin ada yang amat gembira kerana mendapat bahan berita yang tak terjangka.

Apabila ada seseorang seperti berkata sesuatu dalam bahasa Portugis dan sepertinya tidak berpuas hati dengan apa dilihat, pegawai akhbar itu mengangkat tangannya untuk mempersoalkan, adakah dia telah melakukan kesalahan.

Pegawai media Brazil itu membalas dengan isyarat tangan dia angkat dan buang saja kucing itu dan selesai. Suasana janggal serta hening terjadi seketika.

Dia kemudian memandang ke arah Vinicius Jr dan kedua-duanya mula ketawa. Vinicius Jr pada awalnya menunjukkan riak wajah terkejut namun ketawa akhirnya.

Kalau tengok dari video kat atas ni jarak ketinggian kucing dicampak tu dalam semeter sahaja. Cara itu mungkin kasar tapi reaksinya seperti dicampak dari bumbung KLCC.

Klip kejadian itu membuat tontonan yang cukup membimbangkan dan peminat di media sosial berkongsi sentimen yang menyifat itu satu penderaan binatang yang menjijikkan lagi memalukan.

Ada pula yang mula mengharapkan Brazil akan tewas di perlawanan suku akhir menentang naib juara 2018, Croatia.

Apabila kucing menjadi bahan cerita dalam bola sepak maka kita pasti akan terlintas di fikiran akan PowerCat dan legenda bola sepak Malaysia.

Serta tidak dilupa juga kepada kes pemain pertahanan West Ham United, Kurt Zouma yang melakukan kekejaman dan penderaan ke atas kucing.

Kurt Zouma telah menimbulkan kemarahan bagi pencinta kucing dengan pemain pertahanan West Ham itu dilihat mengejar kucing baka Bengal itu disekitar rumahnya.

Selepas mengejar, dia dilihat mengangkat kucing tersebut lalu menyepaknya seperti sebiji bola di dapur rumah dan paling cerdik lagi padu semua itu dirakam.

Rakaman sama kemudian menunjukkan ada individu lain yang mengangkat kucing malang itu, sebelum Zouma sekali lagi menyiksanya dengan menampar kucing itu sekuat hatinya.

Menurut laporan dari pelbagai sumber, individu yang merakam insiden tersebut merupakan abang kandung kepada Kurt Zouma sendiri. Dua kali bijak.

Dari peristiwa itu Zouma hampir ke penjara tetapi berjaya dielakkan dan pemain berusia 27 tahun itu mengaku bersalah atas dua pertuduhan ke atasnya yang menyebabkan penderitaan terhadap kucingnya.

Pemain kebangsaan Perancis itu telah dikenakan hukuman pengharaman untuk membela kucing selama lima tahun dan beliau juga turut dikenakan hukuman kerja amal selama 180 jam.

Selepas video itu tersebar, Adidas terus menamatkan perjanjian tajaan mereka bersama Zouma.

BACA:Β  Jadual Copa America Centenario 2016