Lima Pemain Bola Sepak Bawah 23 Tahun Paling Bernilai

The International Centre for Sports Studies (CIES) Football Observatory telah mengeluarkan senarai pemain bola sepak bawah 23 tahun yang paling bernilai setakat hari ini.

CIES adalah singkat yang berasal dari Perancis iaitu Centre International d’Etude du Sport, kalau dalam bahasa Melayunya adalah Pusat Kajian Sukan Antarabangsa.

Untuk makluman semua CIES adalah satu organisasi penyelidikan dan pendidikan bebas yang terletak di Neuchâtel, Switzerland.

Organisasi ini juga mempunyai kumpulan penyelidikan yang dipanggil CIES Football Observatory, memfokuskan pada kajian statistik isu berkaitan bola sepak.

CIES Football Observatory mengumpul data bukan sahaja berkaitan pemain malahan kelab meliputi semua aspek lalu menerbitkan hasil kajian mereka melalui kaedah yang tersendiri.

Terbaru CIES Football Observatory telah mengeluarkan senarai pemain bola sepak bawah 23 tahun yang paling bernilai yang beraksi di lima liga teratas Eropah iaitu Premier League, La Liga, Serie A, Bundesliga dan Ligue 1.

Antara kriteria yang memberi nilai kepada pemain dan mewujudkan nilai harga pemain kepada pasaran bola sepak yang digunakan oleh CIES antaranya adalah:

1. Umur
2. Tempoh Kontrak
3. Inflasi
4. Prestasi
5. Kemajuan Karier
6. Status Antarabangsa

Itulah antara kriteria ringkas yang digunakan CIES untuk menerbitkan nilai semasa pemain, kalau nak tahu detail kau baca kat sini. Sila Klik.

Berikut merupakan senarai lima pemain bola sepak bawah 23 tahun yang paling bernilai:

5. Mason Greenwood – €140 juta

Mason Greenwood merupakan prospek masa depan Manchester United yang lahir melalui program pembangunan dan asuhan akademi selepas menyertainya pada pada usia seawal 6 tahun lagi.

Musim 2018/19 menyaksikan Jose Mourinho telah memberikan kontrak profesional kepada kepada Greenwood dan mula berlatih bersama pasukan utama.

Namun Mourinho tidak sempat menggunakan Greenwood apabila dipecat dan Ole Gunnar Solskjaer memberi Greenwood debut ketika Man Utd menewaskan PSG 3-1 di Champions League. Perlawanan menyebabkan Ole mendapat jawatan pengurus tetap.

Selepas Marcus Rashford, Greenwood adalah produk sendiri Manchester United yang berjaya menembusi pasukan utama dengan jayanya.

Musim 2019/20 musim breakthrough buat kerjaya Greenwood dan menjadi pemain kegemaran Ole dengan jersi bernombor 26 sebelum diberikan nombor 11 pada musim 2020/21.

Selepas mempamerkan peningkatan yang menarik di bawah Ole, Greenwood kini mampu terus mengembangkan potensinya dengan bimbingan Ralf Rangnick yang merupakan pakar membimbing pemain muda.

4. Pedri Gonzalez – €140 juta

Pedri Gonzalez pemain tengah Barcelona dan Sepanyol hanya berusia 19 tahun merupakan pemenang Kopa Trophy 2021, pengiktirafan tertinggi bagi pemain muda terbaik dunia.

Sepanjang 12 bulan yang lalu adalah fasa yang menarik buat pemain tengah muda Barcelona dan Sepanyol yang berasal dari Canary Island, Pedri.

Pada 20 Ogos 2020 Pedri tiba di Nou Camp dari kelab divisyen dua Las Palmas dan berjaya menempatkan diri dalam pasukan utama pada usia 17 tahun, dia mendapat pujian daripada ramai rakan pemain termasuk Lionel Messi dan Sergio Busquets.

Lebih manis, musim debut bersama kelab Catalan tersebut disudahi dengan kejayaan menjulang Copa del Rey.

Pemain tengah itu telah bermain 52 perlawanan di musim pertama bersama Barcelona disamping pemain terbaik dunia Lionel Messi yang sebelum itu belum lagi ke PSG.

Pada bulan September tahun lalu, dia mendapat panggilan pertama untuk menyarung jersi Sepanyol dengan memperkuatkan pasukan bawah-21 negara tersebut, kemudian dia mendapat kepercayaan daripada Luis Enrique untuk menjadi pemain tonggak skuad senior dalam kempen Euro 2020 di mana dia bermain hampir setiap minit buat pasukan La Furias Rojas, sehingga dinamakan sebagai pemain muda terbaik kejohanan.

Sebaik tamat Euro, Pedri dibawa pula ke Tokyo untuk mewakili pasukan bawah-23 negaranya untuk bertanding dalam sukan Olimpik, dan dia bersama rakan sepasukan berjaya pulang dengan pingat perak.

3. Phil Foden – €150 juta

Pemain midfield Manchester City, Phil Foden pada bulan jun yang lalu merupakan pemain paling bernilai dari kesemua pemain yang beraksi dalam lima liga utama Eropah.

Kajian dari CIES Football Observatory menunjukkan bahawa Foden ketika itu merupakan pemain paling bernilai dengan beliau dinilai lebih dari €150 juta. Nilai itu masih sama ketika artikel ini ditulis.

Pemain midfield yang berusia 21 tahun ini telah dinamakan sebagai PFA Young Player of The Year atau pemain remaja terbaik Premier League bagi musim 2020/21.

Namun dalam senarai pemain berumur 23 tahun ini, Phil Foden berada ditangga ketiga walaupun mempunyai nilai yang sama dengan pemain ditempat kedua dan pertama kerana usianya sebulan lebih tua.

2. Vinicius Jr. – €150 juta

Vinicius Jr. mempunyai perjalan karier bola sepak seawal umur 6 tahun bersama kelab bola sepak Brazil, Flamengo dan pada ketika itu tertulis dalam dokumennya sebagai pemain left-back.

Pada tahun 2007 hingga 2010 telah menyertai akademi futsal dan pada tahun 2009 diusia 9 tahun, potensi Vinicius dikesan selepas menyertai trial futsal untuk pasukan Flamengo.

Lantaran umurnya masih muda, Vinicius diarahkan untuk datang pada tahun seterusnya. Dalam tempoh itulah Vinicius telah merubah fikiran yang bakal merubah hidupnya.

Vinicius tidak hadir apabila memilih untuk bermain bola sepak bukannya futsal dan telah telah telah lulus trial bola sepak di Flamengo pada Ogos 2010.

Vinicius membuat debut bersama Flamengo pada 13 Mei 2007 apabila masuk pada minit ke-82 dan dua hari selepas itu Vinicius dilanjutkan kontraknya dari 2019 kepada 2022.

Hanya lapan minit diperlukan Vinicius di padang untuk membuktikan bakat dan potensi lalu diberikan kontrak lanjutan dengan klausa pembelian dinaikkan dari €30 juta kepada €45 juta. Padu bukan?

Lanjutan kontrak ini juga satu langkah bijak dari Flamengo yang sedak Vinicius diintai oleh kelab gergasi dan bakal disambar bila-bila masa.

Pada 23 Mei 2017, Real Madrid datang mengikat terus Vinicius Jr. tetapi kontrak akan berkuatkuasa selepas harijadi ke-18 Vinicius, 12 julai 2018.

Tanggal 20 Julai 2018, Vinicius Jr. diperkenalkan sebagai pemain Real Madrid secara rasmi dan terus mendapat peluang beraksi bersama skuad utama.

Musim 2018/19 Vinicius lebih kerap digunakan dan mendapat peluang beraksi di Champions League. Musim 2021/22 merupakan breakthrough buat Vinicus Jr. bersama Real Madrid.

Jangan dilupa dua gol Vinicius Jr. musim lalu telah menendang Liverpool keluar dari Champions League dan membawa Real Madrid ke separuh akhir.

Kelincahan dan betapa liarnya Vinicius di padang telah terjawab kerana seperti kebanyakkan pemain Brazil yang lain futsal adalah makanan mereka.

1. Erling Braut Haaland – €150 juta

Tiada dakwa dakwi lagi dan bantahan apabila Erling Braut Haaland diletakkan ditangga teratas dalam senarai pemain paling mahal di dunia ketika ini walaupun bukan di kategori bawah 23 tahun.

Dalam tempoh beberapa musim lalu, nama Erling Braut Haaland menjadi sensasi dengan kemampuannya menggegar jaring di Eropah dan menjadi buruan serta idaman kelab besar, akhirnya Haaland menjadi milik Borussia Dortmund.

Selepas menyertai Borussia Dortmund, Erling Haaland terus mempamerkan ketajaman dengan jaringan demi jaringan. Walaupun selepas kembali dari kecederaan Haaland tidak hilang ketajaman dan terus merobek gawang.

Situasi ini tidak mampu memadamkan nafsu besar kelab-kelab gergasi Eropah untuk mendapatkan Erling Haaland kerana terbukti pemain penyerang berbisa.

Jika dikira berdasarkan umurnya, Haaland masih lagi belum mencapai potensi beliau sepenuhnya dan masih lagi mampu berkembang. Ko bayang la dah hebat lagu ni masih mampu jadi lagi power.

Memulakan karier bersama Molde, Haaland mula mencuri tumpuan dunia dengan RB Salzburg apabila mengganas di Champions League dan terus menjadi buruan. 20 gol Champions League dijaringkan hanya dalam 14 perlawanan sahaja.

Borussia Dortmund menjadi pilihan walaupun Manchester United sangat berminat namun kerana Mino Raiola menjadi ejennya, harga tidak masuk akal diminta.

Senarai 10 Teratas Pemain Bola Sepak Bawah 23 Tahun Paling Bernilai:

BACA:  Senarai Enam Penjaga Gol Yang Menjaringkan Gol Di Premier League