Reaksi Pep Guardiola Melihat Fernandinho Diperdaya Vinicius Mencuri Perhatian Peminat

Aksi Vinicius Jr memperdaya Fernandinho membuatkan Pep Guardiola sampai melutut dan tidak keruan di tepi padang.

Bintang Brazil itu melakukan aksi dummy yang sungguh kemas dan sempurna dengan Reaksi yang Pep Guardiola tunjukkan jelas membuktikan beliau tahu sesuatu akan berlaku dari gerakan itu.

Aksi leg pertama peringkat separuh akhir saingan Champions League yang menemukan antara Real Madrid dan Manchester City jelas sekali sangat menarik untuk disaksikan.

Tujuh gol berjaya dihasilkan dalam perlawanan ini dan masih samar-samar untuk melihat siapa antara mereka yang berpotensi untuk layak ke aksi perlawanan akhir.

Gergasi Premier League itu berjaya mencipta sejarah dengan menjaringkan gol paling pantas (minit ke-2) di pentas separuh akhir saingan Champions League.

Baru 11 minit perlawanan berlangsung, Manchester City sudah berjaya mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0.

Karim Benzema juga turut cemerlang pamer aksi konsisten dengan beliau turut berjaya menjaringkan gol pembukaan untuk Real Madrid ubah kedudukan menjadi 2-2.

Phil Foden kemudiannya membawa City kembali di depan dengan kelebihan dua gol selepas kejayaan beliau meledak gol ketiga The Citizens.

Gol ketiga Real Madrid dijaringkan oleh Vinicius Jr dengan bintang Brazil itu mempamerkan skill yang paling menarik dalam perlawanan ini.

Beliau melakukan aksi dummy yang tenang dan sempurna untuk memperdaya Fernandinho dan beliau sememangnya terkenal dengan keupayaan dalam membuat skill-skill yang menakjubkan ketika beraksi dalam perlawanan besar.

Pemain kebangsaan Brazil itu meledak gol untuk mengubah kedudukan menjadi 3-2, dan Pep Guardiola sendiri sebenarnya terlebih dahulu sudah mengesan yang Vinicius bakal meledak gol.

Sebaik melihat Vinicius Jr memperdaya Fernandinho, Pep Guardiola terus rebah melutut kerana beliau sedar sesuatu akan berlaku.

Manchester City turut berdepan masalah besar sebelum sepak mula perlawanan selepas kedua-dua Kyle Walker dan Joao Cancelo terpaksa diketepikan dari perlawanan ini.

John Stones kemudiannya diturunkan untuk bermain di posisi pertahanan kanan dan bintang England itu terpaksa bekerja keras untuk mengawal Vinicius Jr dalam perlawanan ini.

Walau bagaimanapun, Stones terpaksa dikeluarkan pada minit ke-36 permainan dan tempatnya terpaksa digantikan oleh Fernandinho.

Dengan Fernandinho terpaksa bermain di posisi yang jarang beliau main dan ditambah pula terpaksa berdepan Vinicius Jr yang mempunyai skill serta kepantasan yang menakjubkan, ia jelas sekali satu tugas sangat berat untuk pemain veteran Man City itu.

Pada minit ke-74 permainan, Bernardo Silva berjaya menjaringkan gol keempat untuk Manchester City dalam perlawanan ini.

Beliau menerima bola dan melakukan dua sentuhan sebelum melepaskan rembatan padu menewaskan Courtois untuk gol keempat City.

Harus diakui gol yang dijaringkan oleh Bernardo Silva itu sebenarnya gol yang sangat cantik dan menakjubkan hingga Benzema sendiri hanya mampu tersenyum melihat bola itu menerjah jaring gawang gol mereka.

Pada minit ke-82 permainan, Real Madrid berjaya menjaringkan gol ketiga mereka dalam perlawanan ini menerusi Karim Benzema hasil dari sudut sepakan penalti.

Real Madrid dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Laporte dan Benzema tenang menewaskan Ederson untuk merapatkan jurang gol antara kedua-dua pasukan.

Perlawanan tamat dengan keputusan 4-3 dan jelas sekali sukar untuk meramalkan pasukan mana yang bakal layak ke perlawanan akhir kerana kedua-dua mereka ada potensi.

Bekas bintang Real Madrid, Mesut Ozil sendiri turut tampil menghamburkan pujian menggunung kepada Karim Benzema kerana mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dalam perlawanan ini.

Ozil hamburkan pujian menggunung kepada Benzema

Mesut Ozil tampil menegaskan yang bekas rakan sepasukannya, Karim Benzema patut memenangi anugerah Ballon D’or pada tahun ini.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas melihat Benzema mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika bertemu Manchester City awal pagi tadi.

Real Madrid tewas 4-3 di tangan Manchester City dalam aksi leg pertama peringkat separuh akhir saingan Champions League di Etihad.

Walau bagaimanapun, Real Madrid mungkin akan berdepan kekalahan yang lebih teruk andai tiada Karim Benzema di atas padang.

Pemain kebangsaan Perancis itu berjaya menjaringkan dua gol termasuk satu gol Panenka yang sungguh luar biasa dasyat ketika membantu Real Madrid memperoleh tiga gol di Etihad.

Tiga gol itu sebenarnya sudah cukup untuk dijadikan sebagai bekalan menjelang aksi leg kedua yang akan dilangsungkan di Santiago Bernabeu pada 5 Mei nanti.

Benzema kini sudah berjaya menjaringkan 41 gol untuk Real Madrid dari semua pertandingan sepanjang musim ini.

Jelas sekali beliau antara pemain paling berprestasi dan berpotensi untuk memenangi anugerah paling berprestij dalam dunia bola sepak itu.

Bekas pemain midfield Real Madrid, Mesut Ozil tampil menegaskan yang Karim Benzema sememangnya layak untuk memenangi anugerah tersebut.

Beliau percaya yang Benzema merupakan pemain terhebat yang ada dalam dunia bola sepak hari ini.

“Perlawanan yang sangat luar biasa. Berikan sahabat saya Benzi anugerah Ballon D’or.”

Tulis Mesut Ozil di laman twitter miliknya.

Bercakap menjelang aksi perlawanan bertemu Manchester City, pemain midfield Man City, IIkay Gundogan turut menganggap Benzema antara calon terbaik untuk memenangi anugerah itu.

“Sekarang, bagi saya, Benzema bersama Robert Lewandowski merupakan penyerang terhebat dunia.”

Jelas Gundogan kepada RT1.

“Dia bagus dengan kedua-dua belah kakinya, bagus di udara…. Saya rasa dia sebelum ini sedikit underrated dan sekarang dia sedang membuktikan segala kritikan yang dilemparkan kepadanya adalah salah.”

“Setelah sekian lama dia menjadi bayang-bayang Cristiano Ronaldo, terutama di kalangan media, tapi sekarang dia dapat perhatian yang selayaknya dia dapat.”

“Pencapaian dia sekarang bercakap bagi pihak dia. Benzema ada segalanya untuk memenangi anugerah Ballon D’or.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  "Tak Payah Tunggu Sampai 2 Tahun"- Guardiola Mahu 115 Dakwaan Salah Laku City Diselesaikan 24 Jam