Sekumpulan super ejen pemain bola sepak kini sudah bersedia untuk mencabar peraturan baru dari FIFA yang telah menimbulkan kontroversi dalam industri yang mereka kuasai setelah sekian lama.
Mereka akan menggunakan saluran undang-undang bagi mencabar peraturan yang akan menghadkan komisen mereka ke atas pemain yang seperti menutup periuk nasi mereka.
Kumpulan Super Ejen ini telah mengadakan satu mesyuarat tergempar di London bagi membincangkan langkah yang bakal diambil untuk menentang persatuan induk bola sepak dunia itu.
Sebuah badan Eropah yang mewakili ejen iaitu Persatuan Ejen Bola Sepak Eropah (EFAA) berkata ‘seluruh industri’ berisiko untuk ‘melingkup’ selepas FIFA memperkenalkan peraturan yang mengehadkan jumlah wang yang boleh diperoleh ejen daripada pemindahan.
Ejen itu mendakwa FIFA langsung tidak melibatkan mereka dengan betul dalam penggubalan peraturan baharu dan tindakan FIFA ini akan meletakkan ‘ribuan’ wakil pemain bersaiz kecil hingga sederhana keluar dari perniagaan.
New FIFA Football Agent Regulations set to come into force
☑️ Follows extensive consultation process
☑️ Rules guarantee minimum professional and ethical standards, with mandatory licensing system
More info 👉 https://t.co/CNTqQfS6RH pic.twitter.com/PFDYOJcnMn
— FIFA Media (@fifamedia) January 6, 2023
FIFA berkata mereka menjalankan ‘proses perundingan yang meluas dengan semua pemegang kepentingan bola sepak antarabangsa utama’ namun perkara itu sebenarnya tidak terjadi.
Menurut ejen terkemuka termasuk Jonathan Barnett, yang mewakili pemain seperti Gareth Bale dan Jack Grealish, mempertikaikan dakwaan FIFA itu. Begitu juga badan wakil ejen.
Jurucakap Persatuan Ejen Bola Sepak Eropah (EFAA) telah menyatakan bahawa:
“Ejen belum dirujuk dalam kapasiti rasmi dan keputusan FIFA tidak benar-benar mempertimbangkan perspektif pihak berkepentingan bola sepak; sebaliknya, ia telah dibuat secara unilateral.”
“Kami masih belum bertemu sekumpulan ejen di seluruh dunia yang tidak mengambil berat tentang potensi had yuran yang sangat rendah dan kami juga belum bertemu seorang pun ejen yang memihak kepada had tersebut.”
“Situasi yang mengejutkan, kerana bidang kami sudah ditetapkan dan hampir tunggang terbalik tanpa kami terlibat dalam sebarang perundingan.”
‘We will continue to hold talks with agents and show FIFA that while they believe unilateral decision-making serves their own interests best, a unified front of agents is a much stronger force to reckon with.’
EFAA (European Football Agents Association)…https://t.co/cWPMYPtVqO— Football Transfer Forum (@TransferForumUK) December 28, 2022
Menurut Persatuan Ejen Bola Sepak Eropah (EFAA) lagi peraturan yang diperkenalkan FIFA ini akan membunuh ejen kecil dan sederhana.
“Peraturan ini akan membawa akibat yang teruk untuk kesihatan bola sepak dan kerjaya ribuan ejen kecil dan sederhana di seluruh dunia. Kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk melindungi profesion kami dan menyekat pelaksanaannya.”
Majlis FIFA meluluskan Peraturan Ejen Bola Sepaknya di Qatar pada 16 Disember dengan badan berkuasa itu menyifatkan ia sebagai ‘langkah penting ke arah penubuhan sistem perpindahan bola sepak yang lebih adil dan telus’.
Peraturan menetapkan bahawa ejen yang mewakili pemain yang memperoleh pendapatan lebih daripada $200,000 (£165,000) setiap tahun hanya boleh memperoleh tidak lebih daripada tiga peratus daripada pembayaran kepadanya dalam mana-mana transaksi.
Apabila mewakili kedua-dua kelab pembeli dan pemain bola sepak dalam kurungan gaji yang sama, ejen boleh memperoleh tidak lebih daripada enam peratus daripada mana-mana bayaran pemain.
Apabila mewakili kelab penjual, komisen ejen dihadkan kepada 10 peratus daripada yuran perpindahan.
New FIFA Football Agent Regulations come into force on MONDAY!
New rules on:
✍🏼 engaging an agent
🗣️ representation
👦🏻 representation of minors
🏟️ multi-representation
💶 fees & caps
⚽️ general duties for parties
📖 disclosure and publicationhttps://t.co/CMAeJd05ba pic.twitter.com/W6RWdlCdmU
— Laura Sports Law (@laurasportslaw) January 6, 2023
Kebanyakan peraturan, yang diterbitkan pada hari Jumaat, akan dilaksanakan pada hari Isnin 9 Januari 2023 walaupun had yuran ejen tidak akan berkuat kuasa sehingga 1 Oktober 2023.
Aspek utama peraturan lain termasuk pengenalan lesen FIFA yang mesti dipegang oleh semua ejen untuk bekerja dalam industri. Ia akan melibatkan peperiksaan bertulis. Peraturan ini juga akan digunakan mulai 1 Oktober.
Peraturan akan menghalang ejen daripada mewakili kedua-dua kelab dalam mana-mana perjanjian perpindahan dan daripada bekerja untuk kedua-dua kelab penjual dan pemain. Ejen tidak boleh lagi makan kiri kanan depan belakang.
FIFA menyediakan senarai 14 badan wakil ejen yang didakwanya dijemput untuk terlibat dalam proses perundingan ini kepada pihak media dan menamakan 24 ejen paling terkenal yang kononnya didekati.
EXCLUSIVE: A group of football's most powerful agents are preparing to challenge FIFA's new rules that caps the amount of money they can earn from transfers… after claims their 'entire industry' was at risk of being 'dismantled'https://t.co/kFXeUnee2V
— MailOnline Sport (@MailSport) January 7, 2023
Bagaimanapun, Jonathan Barnett, warga Britain yang dinamakan Forbes sebagai ejen sukan paling berkuasa di dunia pada 2019, memberitahu Daily Mail:
“Saya faham nama saya ada dalam senarai tuntutan FIFA yang mereka rujuk. Saya tidak pernah menyertai sebarang perundingan dengan FIFA.”
“Saya pergi ke mesyuarat mengharapkan perundingan tetapi sebaliknya mereka hanya memberitahu kami apa yang mereka mahu lakukan dan saya keluar. Idea perundingan FIFA bukanlah seperti yang ditakrifkan dalam kamus Inggeris.”
Gianni Infantino yang merupakan presiden FIFA, telah berkata beliau ‘sangat bimbang tentang jumlah wang yang besar yang mengalir keluar dari industri bola sepak’.
Implikasinya ialah ejen berdiri di luar industri dengan Infantino menunjukkan bahawa yuran ejen pada 2019 berjumlah sekitar £550 juta, daripada perbelanjaan global untuk pemindahan sebanyak £5.5 bilion yang bermakna secara purata ejen hanya mengambil 10 peratus sahaja dari yuran perpindahan.
Soccer super-agent Jonathan Barnett is preparing for battle with FIFA https://t.co/ydqdrtaQMk pic.twitter.com/xslnGWdgSf
— Forbes SportsMoney (@ForbesSports) June 20, 2021
Tetapi ejen difahamkan membantah had pada pendapatan mereka apabila tiada satu pun wujud dalam industri ‘bakat’ lain, di mana pemotongan ejen biasanya antara 10 dan 20 peratus dan kadangkala lebih.
Ejen juga percaya FIFA telah bertindak di luar bidang kuasa undang-undang mereka dalam memperkenalkan had seperti itu. FIFA menyatakan mereka dipanggil untuk berunding namun itu bukan satu rundingan tetapi hanya lebih kepada makluman tentang undang-undang baru sahaja.
Persatuan Ejen Bola Sepak Eropah (EFAA) mendedahkan bahawa mereka telah menghubungi ejen bola sepak di seluruh dunia dan semua mereka kecewa dengan tindakan FIFA itu yang dianggap tidak menghormati mereka.
EFAA menambah:
“Kami telah bercakap dengan ejen di Amerika Selatan, Amerika Utara, Eropah, Afrika, Asia dan Australia — tidak seorang pun ejen merasa dihormati atau diambil kira dengan apa yang dipanggil “proses perundingan” FIFA dalam merangka peraturan baharu, mahupun draf peraturan itu sendiri.”
“Kami mahu tidak lebih daripada profesion terkawal dengan standard kualiti tinggi. Walau bagaimanapun, FIFA Football Agent Regulations (FFAR) yang dicadangkan tidak akan mencapai matlamat ini.”
“Kita tidak boleh berdiam diri kerana satu badan berusaha untuk membongkar seluruh profesion kita. Oleh itu, kami telah memulakan tindakan undang-undang terhadap FFAR, dengan niat untuk akhirnya meminta Mahkamah Eropah menyekat peraturan ini di seluruh EU.’