Suso: Kejatuhan AC Milan Bukan Salah Gattuso

Penyerang AC Milan, Suso menegaskan Gennaro Gattuso tidak patut dipersalahkan selepas Milan mengharungi permulaan musim yang buruk. Suso berkata lagi tanggungjawab tersebut jatuh sepatutnya jatuh kepada beliau dan rakan sepasukannya yang lain.

The Rossoneri merupakan satu-satunya pasukan dalam Serie A yang masih belum mencatatkan sebarang ‘clean sheet’ musim ini walaupun liga telah memasuki 5 perlawanan. Milan kini tersadai di kedudukan ke-13 dengan mengutip 6 mata selepas mencatatkan 1 kemenangan, 3 seri dan 1 kalah.

Suso berkata pemain juga perlu bertanggungjawab terhadap kejatuhan Milan, bukan Gattuso seorang sahaja.

Milan akan menghadapi pasukan yang sedang meningkat naik, Sassuolo minggu ini di tempat lawan dalam usaha mereka untuk menamatkan badi ‘seri’ dan mencari clean sheet pertama mereka musim ini. Sebelum ini, Milan mencatatkan 3 keputusan seri berturut-turut menentang Cagliari, Atalanta dan Empoli.

Prestasi semasa yang buruk menyebabkan Milan semakin jauh ditinggalkan pendahulu liga, Juventus dan 6 mata di belakang penghuni tempat ke-4, Lazio.

Peminat mula memberi tekanan kepada Gattuso untuk meletakkan jawatan kerana gagal menunjukkan kemajuan seperti yang diharapkan. Namun demikian, Suso menegaskan Gattuso tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya dalam isu tersebut.

“Gattuso tiada sebarang tanggungjawab, prestasi buruk Milan bergantung sepenuhnya kepada pemain. Kami perlu lebih berhati-hati dan fokus, tanpa sebarang perasaan takut. Semua pemain sedar yang pasukan ini mampu bermain lebih baik.”

Keputusan seri kali ke-3 berturut-turut

“Anda boleh menjadi lebih baik dan menyumbang lebih banyak kepada pasukan. Hubungan pemain dalam bilik persalinan agak rapat, dan kami memiliki ramai individu yang bagus.”

“Mengenai Liga Juara-Juara Eropah, kami masih mampu layak. Tetapi kami tidak boleh berterusan kehilangan mata. Apabila menentang Juventus, Roma, atau Inter kami boleh mencatat keputusan seri. Tetapi kami perlu menang apabila menentang pasukan yang lebih kecil.”

Selepas melihat anak buahnya seri buat kali ke-3 berturut-turut menentang Empoli kelmarin, Gattuso menyalahkan ketiadaan naluri ‘membunuh’ dalam pasukannya, pendapat yang turut dipersetujui Suso.

Bontot Gattuso semakin panas di San Siro. Jika keadaan tidak berubah dalam waktu terdekat, beliau mungkin menjadi pengurus pertama di Serie A kehilangan kerja musim ini

“Saya bersetuju dengan pengurus. Kami ada skuad yang layak digelar sebagai pasukan yang besar, tetapi kami tidak mempunyai mentaliti yang diperlukan.”

“Apabila kami berjaya mendapatkan gol pendahuan, kami sepatutnya bermain lebih dekat antara satu sama lain. Mungkin pasukan ini masih lagi muda, tetapi kami perlu membesar dengan secepat yang mungkin.”

Selepas menentang Sassuolo hujung minggu ini, Milan akan meneruskan kempen Europa League dengan menanti kunjungan Olympiacos pada 4 Oktober nanti.

BACA:  Berbanding Mengamuk, Zlatan Lebih Memilih Untuk Memujuk Pengadil Yang Rompak Kemenangan Milan