‘CR7 Turut Jadi Punca’ – Top 5 Kelab Paling Banyak Hutang Di Eropah Musim 2021/22

Berikut merupakan lima buah kelab di Eropah yang memiliki hutang paling banyak sepanjang musim 2021/2022.

Masalah kewangan yang meruncing pasca pandemik menyebabkan banyak kelab-kelab besar mengalami masalah kewangan.

Berikut adalah lima kelab utama yang memiliki hutang paling banyak di kalangan lima liga utama di eropah.

Barcelona (La Liga)

Gergasi Catalan iaitu Barcelona menjadi kelab paling parah dalam berhutang. Hal itu disebabkan kelab itu sendiri yang menjadi kelab paling boros sejak beberapa musim sebelum ini.

Membuatkan keadaan semakin buruk, pelaburan kelab tersebut terhadap beberapa pemain tidak menjadi dan membuatkan komitmen kewangan kelab bertambah.

Sehingga ke hari ini, Barca dilaporkan memiliki hutang sebanyak €1.3 juta. Situasi tersebut menyebabkan Xavi Hernandez tidak boleh berbelanja sewenang-wenangnya pada musim panas akan datang.

Beberapa pemain seperti Frenkie de Joong terpaksa dijual sekiranya keadaan kewangan kelab tidak berubah pada musim panas ini.

Juventus (Serie A)

Kelab raksasa Serie A Itali, Juventus menjadi kelab kedua yang memiliki hutang terbanyak. Hal itu dipercayai berlaku setelah ada beberapa keputusan kurang tepat pada jendela perpindahan, termasuk membawa masuk Cristiano Ronaldo (CR7) pada 2018.

Kedudukan kewangan di Juventus semakin meruncing pada 2020 disebabkan pandemik yang melanda. Prestasi di dalam padang yang merudum sejak dua musim terakhir tanpa sebarang trofi juga tidak membantu.

Perkhabaran terbaru mengatakan Juventus kini memiliki hutang sebanyak €900 juta. Situasi ini bermakna mereka tidak boleh berbelanja seperti dihajatinya untuk mendapatkan pemain pada musim panas akan datang.

Ini bermakna Massimiliano Allegri hanya boleh mendatangkan pemain dengan harga murah atay percuma seperti Francesco Acerbi (Lazio), Ivan Perisic (Inter Milan), Paul Pogba (Manchester United) dan Angel Di Maria (PSG).

Tottenham Hotspur (Premier League)

Setelah Juventus, Tottenham Hotspur menjadi kelab ketiga dengan jumlah hutang terbanyak, dan menjadi kelab tunggal Premier League berada di dalam senarai ini.

Hutang yang membebani Spurs bukan disebabkan kelab itu boros untuk mendapatkan pemain.

Pengerusi Spurs, Daniel Levy dikenali sebagai antara individu paling kedekut di dalam bola sepak sehingga sangat jarang berbelanja di pasaran pemain.

Lakaran stadium baru Spurs selepas siap. Lawo

Faktor utama hutang yang dialami oleh Tottenham Hotspur adalah berpunca daripada perbelanjaan untuk membina stadium baharu untuk menggantikan White Hart Lane.

Situasi tersebut menjadi lebih teruk akibat pandemik yang melanda. Pada hari ini kelab London itu memiliki hutang sebanyak €826 juta.

Inter Milan (Serie A)

Pada musim lalu, Inter Milan terpaksa melepaskan Romelu Lukaku ke Chelsea dan Achraf Hakimi ke PSG dengan harga yang cukup besar.

Namun, penjualan itu ternyata tidak cukup untuk menutup hutang yang ditanggung kelab.

Keadaan menjadi semakin parah apabila penaja utama mereka, Pirelli, enggan menyambung komitmen tajaan yang telah dilakukan sejak 1996.

Sehingga kini Inter merekodkan hutang sebanyak €702 juta.

AC Milan (Serie A)

Meski baru sahaja meraih gelaran Serie A musim 2021/22, AC Milan tidak dapat mengelak diri daripada realiti hutang yang menjadi beban kelab itu pada musim ini.

Pengurusan kelab yang buruk, kegagalan di pasaran pemain, dan pandemik yang melanda adalah antara punca utama masalah hutang di AC Milan.

Giroud melengkapkan perpindahannya menyertai AC Milan

Kini laporan terbaru menyebut kalau AC Milan memiliki hutang sebanyak €666 juta.

Meski pun begitu, penyokong Milan tidak perlu panik karena Rossoneri baru saja diambil alih oleh RedBird Capital Partners.

BACA:  Son, Kane Dan Lucas Dianggap Lebih Hebat Berbanding Sancho, Rashford Dan Cavani