Skuad kebangsaan Indonesia bakal menentang Argentina pada 19 Jun 2023 akan datang.
Perlawanan tersebut adalah sebahagian daripada perlawanan antarabanga di dalam kalendar FIFA yang bermakna ia turut melibatkan pengiraan mata ranking.
Bagi Indonesia, perlawanan menentang Argentina adalah penting daripada pelbagai aspek termasuk untuk meningkatkan mata ranking FIFA.
Sudah tentu jika tewas, ia turut menjejaskan mata ranking pasukan negara jiran itu. Sejauh manakah ia mampu menjejaskan Indonesia sekiranya tewas kepada Argentina?
Amat jarang sekali pasukan dari Asia Tenggara yang rata-rata berada di dalam ranking 100 ke atas di dalam senarai FIFA menentang 10 pasukan terbaik dunia. Bagaimana ia boleh membantu Indonesia sekiranya menang?
Rumor terkini menyebutkan Argentina berencana menurunkan starting utama lawan Australia, lalu starting rotasi lawan Indonesia. Dilihat dari ranking FIFA, sebenarnya ini hal yang wajar & logis, jikalau Argentina memang sangat mencari kemenangan pada dua FIFA Match Day kali ini.… pic.twitter.com/jjGyh1kGXI
— FaktaBola (@FaktaSepakbola) June 11, 2023
Sebelum berjumpa Argentina di Jakarta, Timnas Indonesia akan lebih dulu akan menentang Palestine pada malam ini di Stadium Gelora Bung Tomo.
Daripada aspek kompetitif, Palestin sebenarnya dianggap lebih sesuai menjadi lawan Indonesia.
Saat ini, Palestina berada di peringkat ke-93 ranking FIFA. Sehingga Mei 2023, Indonesia berada di kedudukan ke-149.
Sudah tentu sekiranya menang dua perlawanan ini, mata ranking Indonesia akan naik secara signifikan.
Berdasarkan simulasi yang dibuat oleh Football Ranking, Indonesia akan mendapat tambahan 6.77 mata jika menang menentang Palestine. Namun, jika kalah mata Indonesia bakal berkurang -3.23.
Melawan Argentina, Indonesia berpotensi mendapat tambahan mata lebih banyak.
🔥 LIONEL MESSI TO MISS FRIENDLY MATCH AGAINST INDONESIA 🇮🇩 ON JUNE 19
🇦🇷 Superstar Lionel Messi will not fly to Jakarta to attend the friendly match between Indonesia and Argentina on June 19.
He will only play a friendly match against Australia on June 15.#AFA #PSSI pic.twitter.com/bBbrN4JSD8
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) June 13, 2023
Jika Marc Klok, Saddil Ramdani dan rakan sepasukan yang lain berjaya menang ke atas Argentina, maka Indonesia akan mendapat tambahan 9.66 mata.
Jika keputusan menentang Argentina berakhir dengan seri, Indonesia masih akan mendapat 4.55 mata.
Jika tewas, skuad kebangsaan negara jiran sebenarnya tidak rugi banyak kerana hanya akan kehilangan 0.45 mata.
Siapa tahu tanpa kelibat Messi, Indonesia mampu melakar kejutan mengejutkan juara dunia di Jakarta lima hari akan datang.