Tak Tahan Kena Ejek – Kai Havertz Padam Gambar Tattoo Yang Baru Dimuat Naik

Kai Havertz memuat naik gambar tattoo Batman yang baru beliau cacah di lengannya, sebelum memadam muat naik tersebut kerana terus diejek oleh rakan sepasukannya.

Segelintir pemain Chelsea terutama Cesar Azpilicueta dan Antonio Rudiger menganjing tattoo terbaru Kai Havertz itu dan menyebabkan bintang Jerman itu segera memadam muat naik beliau di laman media sosial.

Pemain penyerang handalan Chelsea itu berjaya catat nama sebagai penjaring gol ketika membantu The Blues mencatatkan kemenangan 2-0 menewaskan Lille dalam saingan Champions League.

Selepas tamat perlawanan tersebut, beliau memutuskan untuk menunjuk tattoo Batman di lengan beliau dengan memuat naik gambar di media sosial.

Kai Havertz mencacah tattoo Batman sedang memegang bola Champions League di lengan beliau dan gambar tattoo tersebut beliau muat naik di media sosial miliknya.

Ia berkemungkinan tribute untuk kejayaan beliau menjaringkan gol kemenangan untuk membantu Chelsea menjuarai saingan Champions League musim lalu.

Ketua pasukan, Cesar Azpilicueta dan Antonio Rudiger tidak mampu menahan rasa mahu mengusik Havertz dengan kedua-dua mereka terus menganjing adik mereka itu.

“Saya harap ia adalah sticker dari keropok dan ia boleh hilang selepas mandi.”

Tulis Cesar Azpilicueta.

Rudiger pula meninggalkan komen dengan meletakkan emoji ketawa tanda mengusik bintang muda Jerman itu.

Komen itu jelas sekali menghiburkan ramai peminat termasuk Havertz sendiri, namun tidak lama selepas itu beliau memilih untuk memadam gambar tersebut dari akaun twitter dan Instagram miliknya.

Semoga saja Kai Havertz tak menyesal mencacah tattoo Batman itu di lengan beliau, terutama selepas teruk kena nganjing dengan rakan sepasukannya.

Havertz tidak dinafikan lagi sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaiknya bersama skuad Chelsea pada ketika ini.

Beliau turut berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk bantu The Blues menjuarai saingan FIFA Club World Cup awal bulan lalu.

Beliau kini merupakan pemain pilihan utama Thomas Tuchel berbanding penandatanganan mega Romelu Lukaku yang ditandatangani dengan nilai £97.5 juta pada musim panas lalu.

Lukaku jelas sekali tidak berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini dan mujur saja Kai Havertz dan pemain midfield lain mampu pamer aksi lebih baik untuk tutup kelemahan bintang Belgium itu.

Lukaku hanya menyentuh bola sebanyak tujuh kali sahaja ketika beliau diturunkan dalam kesebelasan utama Chelsea bertemu Crystal Palace.

Selepas tamat perlawanan yang memperlihatkan Chelsea berjaya mencatat kemenangan 1-0 itu, Thomas Tuchel sendiri meluahkan rasa tak gembira beliau dengan persembahan Lukaku.

Tuchel turut menjelaskan tentang sumbangan Kai Havertz kepada pasukan selepas kejayaan menewaskan Lille dan beliau turut memberikan pujian menggunung kepada bintang Jerman itu.

“Saya sangat berbangga dengan Kai.”

Jelas Thomas Tuchel menurut The Mirror.

“Dia betul-betul menyerlah.”

“Usaha dia memang menakjubkan, work rate dia mengagumkan, tengok saja kawasan yang dia kawal untuk pasukan dalam padang.”

“Dia memang sungguh luar biasa, sangat hebat. Dia langsung tak kisah untuk bantu pertahanan. Kita ada pemain penyerang yang bermain secara aggressive di high line hari ini.”

“Romelu Lukaku bergelut dalam perlawanan sebelum ini untuk berikan yang terbaik.”

Thomas Tuchel mungkin akan sekali lagi bergantung harap kepada Kai Havertz ketika aksi perlawanan akhir saingan Carabao Cup bertemu Liverpool nanti.

Liverpool pada ketika ini sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka, dengan anak-anak buah Jurgen Klopp itu cemerlang merekodkan sembilan kemenangan dalam semua pertandingan secara berturut-turut.

Jelas sekali Chelsea berdepan masalah besar untuk bertemu Liverpool namun tak mustahil untuk melihat mereka mampu mencatatkan kemenangan dalam perlawanan tersebut.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Havertz Anggap Arsenal Seperti Keluarga Walaupun Ketika Masih Bersama Chelsea