Kai Havertz Beri Hint Mahu Sertai Timo Werner Ke Chelsea

Sasaran utama Chelsea, Kai Havertz telah memberi tanda-tanda besar melalui media sosial bahawa beliau akan mengikut jejak langkah Timo Werner untuk ke Stamford Bridge musim panas ini.

Havertz yang kini sudah berusia 21 tahun merupakan pemain paling diminati oleh kebanyakkan kelab pada jendela perpindahan kali ini.

Aksinya yang mantap dan persembahan yang luar biasa dalam saingan Bundesliga menjadikan beliau antara pemain paling hangat menjadi rebutan kelab-kelab gergasi Eropah.

The Blues antara pasukan yang sangat berminat untuk mendapatkan bintang Bayern Leverkusen itu pada jendela perpindahan musim panas ini bagi mempersiapkan pasukan untuk menghadapi saingan musim 2020/21.

Akan tetapi, Chelsea mungkin akan bersaing dengan pasukan-pasukan seperti Manchester United, Bayern Munich, Real Madrid dan Liverpool yang turut sama berminat untuk mendapatkan Kai Havertz.

Walau bagaimanapun, Kai Havertz telah menunjukkan tanda-tanda bahawa hatinya sudah membuat keputusan untuk berpindah ke London.

Beliau telah menyukai satu ciapan dari twitter yang membalas berita berkenaan pengesahaan Timo Werner ke Chelsea dari RB Leipzig. Ciapan yang telah disukai olehnya bertulis:

“Umumkan Havertz.”

Selepas dikesan oleh ramai peminat yang turut masuk komen sama, Havertz telah menarik balik tanda suka yang telah beliau tandakan pada komen tersebut.

Para peminat Chelsea dengan pantas menjalankan siasatan dan terus memantau aktiviti Havertz di laman twitter miliknya.

“Dia tahu apa yang dia telah lakukan.”

“Kami dapat maksud disebalik apa yang telah dia lakukan tadi.”

“Dia mahu menyertai revolusi baru Chelsea.”

Antara komen-komen dari peminat yang yakin Kai Havertz akan sertai Chelsea pada musim panas nanti.

Chelsea sebelum menandatangani Timo Werner, mereka terlebih dahulu sudah menandatangani Hakim Ziyech dari Ajax dengan nilai perpindahan bernilai £37 juta.

Selepas menandatangani Hakim Ziyech, Chelsea meneruskan langkah cemerlang dalam jendela perpindahan musim panas ini dengan mendapatkan bintang RB Leipzig, Timo Werner.

Kini mereka mungkin akan mendapatkan khidmat dari bintang Leverkusen, Kai Havertz pula. Sekiranya Chelsea berjaya menandatangani Havertz, mereka akan memiliki barisan pemain yang sangat berbeza musim hadapan.

Para peminat sudah pastinya tidak sabar untuk melihat gandingan Hakim Ziyech dan Timo Werner, pastinya mereka lebih teruja seandainya Chelsea berjaya membawa Kai Havertz ke Stamford Bridge juga musim panas nanti.

BACA:  Graham Potter Mencarut Lihat Kai Havertz Hilang Akal Cuba Bermain Bola Baling