Arsenal memulakan perlawanan pra musim dengan langkah sumbang apabila diikat Nurnberg 1-1 pada malam tadi.
Nurnberg adalah kelab yang beraksi di divisyen kedua Jerman dan pada musim lalu menamatkan saingan di kedudukan ke-14 2.Bundesliga.
Segalanya kelihatan sukar buat Arsenal yang telah berkampung di ibu pejabat adidas untuk latihan pra musim apabila Martin Odegaard terpaksa menarik diri daripada senarai pemain kesebelasan utama setelah mengalami kecederaan ketika sesi memanaskan badan.
Walaupun demikian Bukayo Saka memberikan pendahulan awal buat skuad kendalian Mikel Arterta yang mengawal hampir keseluruhan perlawanan.
Pre-season minutes in the bag 💪
📺 Watch the highlights from our friendly against FC Nurnberg 👇 pic.twitter.com/MwD3NR5IaU
— Arsenal (@Arsenal) July 13, 2023
Ia adalah jaringan yang dihasilkan oleh Saka sendiri. Menerima satu hantaran jauh di sebelah sayap kanan, pemain antarabangsa England itu membawa bola memasuki kotak penalti sebelum melepaskan rembatan rendah kaki kiri untuk gol pertama perlawanan.
Saka mempunyai peluang menggandakan kedudukan pada pertengahan babak pertama tetapi percubaan pemain itu di dalam kotak penalti kali ini berjaya diselamatkan oleh Christian Mathenia.
Tidak banyak ancaman dilakukan oleh Nurnberg sepanjang 45 minit pertama selain rembatan liar Kwadwo Duah yang tersasar walaupun berada di posisi baik.
Arteta tidak banyak melakukan perubahan pada babak kedua selain memasukkan bintang baharu bernilai £65 juta, Kai Havertz.
Kai Havertz Numbers vs Nurnberg
0% Cross accuracy
26 touches in 45 minutes played
0 dribble attempted
0 shots on target
1 chances missedWorth 65m ? pic.twitter.com/TpzdAG1GZO
— 17 (@DxBruyne17) July 13, 2023
Keberadaan Gabriel Jesus, Jorginho, Cedric Soares dan Kieran Tierney pada babak kedua bermakna The Gunnes masih lagi memiliki barisan pemain berpengalaman untuk menyambung perlawanan.
Arsenal kemudian melihat Jesus dan Fabio Viera terlepas peluang untuk melebarkan kedudukan. Percubaan dariapda Folarin Balogun juga sekadar mengegarkan tiang gol walaupun sudah menewaskan penjaga gol Nurnberg.
Kai Havertz pula jelas memerlukan lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan pasukan baharunya apabila gagal menghasilkan impak yang diharapkan. Ia pasti debut yang mahu dilupakan oleh pemain itu.
Walaupun secara keseluruhan Arsenal dilihat menguasai perlawanan, malapetaka kemudian berlaku akibat kesilapan penjaga gol gantian, Karl Hein yang menjadi punca gol sendiri Jorginho untuk lawan menyamakan kedudukan
Jaringan tersebut boleh dianggap pemberian oleh Arsenal yang baik hati kepada lawan mereka dari Jerman itu.
Hein yang mengawal bola dengan kakinya cuba untuk melakukan hantaran kepada pemain tengah Itali itu yang pantas diberikan tekanan oleh pemain dari Jepun, Kanji Okunuki.
🔴⚪️ | 🗣️ Arsenal boss Mikel Arteta on his side’s performance against Nurnberg tonight.
🗯️ Arteta: “They have only had three training sessions so I had to give them minutes and exposure for them to understand and start connecting with each other again. I’ve seen some really… pic.twitter.com/QGP69m5z6Y
— Punch Drunk Arsenal (@PunchDrunkAFC) July 13, 2023
Situasi tersebut menyebabkan Jorginho tersepak bola menuju ke arah gawang Arsenal yang kosong, sekaligus menjadikan kedudukan terikat 1-1.
Selepas itu keyakinan Nurnberg semakin meningkat dan satu lagi momen Hein yang gementar hampir menghukum Arsenal.
Percubaan jarak jauh Ali Loune gagal ditampan kemas namun bola muntah yang disambar Nathaniel Brown melambung tinggi.
Pada minit akhir perlawanan Auston Trusty menyelamatkan keadaan buat Arsenal selepas hadangan minit akhir berjaya menghalang percubaan Cristoph Daffener.
Hein akhirnya menebus kesilapannya pada masa kecederaan apabila tangkas menghalang percubaan Felix lohkemper dengan kakinya dari jarak dekat.