Teknik Sepakan Penalti Putaran Buku Lali Rashford Yang Aneh

Pemain muda harapan England, Marcus Rashford telah menyajikan pentas bola sepak antarabangsa dengan satu teknik sepakan penalti putaran buku lali yang sangat aneh dan tampak menggerunkan.

Sepakan yang dilakukan oleh Marcus Rashford dalam perlawanan pemanas badan terakhir England menentang Romania sebelum aksi EURO 2020 bermula itu telah menjadi viral.

Mata helang warga maya dapat melihat sesuatu yang aneh selepas sepakan dilepaskan di mana buku lali Marcus Rashford telah berpusing ke belakang.

Pemain bola sepak profesional kebiasaannya membuat sepakan penalti dengan elemen kekuatan tendangan menjadi faktor utama dan melihat buku lali berpusing sebegini agak menarik kejadiannya.

Marcus Rashford kerap kali mengalami masalah kecederaan buku lali musim ini yang menyaksikan beliau banyak terlepas perlawanan bersama Manchester United.

Kecederaan terakhir dialami Marcus Rashford adalah pada bulan Mac yang lalu selepas berjaya menewaskan jiran mereka yang muncul juara, Manchester City 2-0.

Terdapat serpihan tulang yang terapung-apung di buku lali pemain berusia 23 tahun selama lebih 11 bulan selepas diterjah oleh Jordan Henderson pada februari 2019.

Ada warga maya bergurau mengatakan kerana teknik seperti inilah yang selalu menyebabkan Marcus Rashford mengalami kecederaan sepanjang musim.

“Tak pelik la kenapa mamat ni perlukan pembedahan buku lali.”

Marcus Rashford menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada minit ke-68 dari sepakan penalti selepas Jack Grealish dijatuhkan oleh Tiberiu Capusa.

Gol penalti ini merupakan gol ke-100 dalam karier Rashford bersama negara dan juga kelab, di mana 88 untuk Manchester United dan 12 gol untuk England.

Marcus Rashford turut diturunkan dalam kesebelasan utama dan diberikan lilitan ketua pasukan untuk perlawanan menentang Romania ini.

Diusia 23 tahun 218, Rashford menjadi pemain termuda menjadi kapten sejak Michael Owen melakukannya ketika menentang Slovkaio pada Jun 2003 di usia 23 tahun 179 hari.

Secara kebetulannya ketika Michael Owen dilantik menjadi kapten pada 2003 itu, perlawanan berlangsung di tempat yang sama iaitu, Stadium Riverside, Middlesbrough.

Setakat ini Manchester United telah mempunyai tujuh orang pemain yang beraksi untuk England sebagai ketua pasukan dalam perlawanan dan turut menjadingkan gol.

Mereka adalah David Beckham, Sir Bobby Charlton, Rio Ferdinand, Harry Maguire, Bryan Robson, Wayne Rooney dan yang terkini Marcus Rashford.

Marcus Rahsford selepas perlawanan menyatakan bahawa dapat menjadi ketua pasukan England merupakan satu perkara yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata.

“Dalam kepala otak aku selalu telah ditanam bahawa kau tidak perlu memakai lilitan dilengan untuk menjadi pemimpin di padang namun aku tidak dapat menipu. Perasaan ini tidak dapat dijelaskan.”

“Terima kasih England dengan penghormatan ini. Sayang England.”

Dalam perlawanan ini Jack Grealish terus menyerlah dan menjadi pemangkin kepada bahagian serangan England yang membawa sinar kepada jentera serang dengan bijak mencipta ruang dan peluang.

Seperti biasa Jack Grealish tidak pernah jemu melakukan larian cap dagangnya dari tepi masuk ke kotak penalti untuk mendapatkan foul dari lawan.

Hasilnya satu sepakan penalti diperolehi dan menjadi gol kemenangan England dan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Jordan Henderson yang masuk pada separuh masa kedua menggantikan Kalvin Phillips membuat kemunculan pertama sejak 20 februari 2021 dan gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas Dominic Calvert Lewis telah dikasari dengan aksi kung fu oleh Vlad Chiriches.

Kontroversi terus tercetus apabila Gareth Southgate menyatakan Henderson memandai-mandai dan demi kepentingan diri mengambil sepakan yang sepatutnya dilakukan oleh Dominici Calvert Lewin.

Jordan Henderson pula menyatakan bahawa penalti itu tidak penting telah mencetuskan kemarahan penyokong England.

BACA:  Jones: England Tidak Gentar Jumpa Mana-Mana Pasukan Di Peringkat Kalah Mati