Terkilan Layanan Chelsea, Sterling Mahu Pindah Secara Tetap Bukannya Secara Pinjaman

Raheem Sterling sudah menerima hakikat bahawa dia tidak akan menjadi pemain Chelsea lagi. Ini selepas jersi miliknya turut diserahkan kepada Pedro Neto. Ianya isyarat yang terlalu jujur dan jelas bahawa Chelsea sudah tak mahukan pemain itu.

Keputusan kelab itu benar benar membuatkan Sterling terkilan dan kecewa. Kerana dia sebelum ini menjangkakak dia akan menjadi pemain utama Enzo Maresca pada era pertama pengurus itu di Stamford Bridge.

Sterling dan seorang lagi pemain senior iaitu Ben Chilwell telah diarahkan berlatih dengan kumpulan berasingan daripada skuad utama Chelsea. Enzo Maresca baru baru ini menyatakan bahawa dia hanya melatih kumpulan 21 pemain sebagai pasukan utama Chelsea.

Dan selebihnya diletakkan dalam kumpulan berasingan. Maresca berkata: “Mustahil saya bekerja dengan 44 pemain saya. Saya hanya melatih 21 pemain, dan selebihnya, dalam 15 ke 20 orang lagi berlatih berasingan. Semua di sini baik baik sahaja tidak seperti yang digambarkan dari luar.”

Sterling minggu lalu dengan selamba meminta Enzo Maresca dan Chelsea memberikan surat tunjuk sebab kepadanya, kenapa namanya tidak tersenarai untuk aksi menentang Man City. Enzo Maresca sudah menyatakan bahawa keputusan itu dibuat atas sebab teknikal. Di mana pengurus berkuasa dalam keputusan seperti itu walaupun ada pemain tak gembira dengannya.

Maresca kemudian menyatakan bahawa Raheem Sterling bukan pemain yang sesuai dengan taktikalnya. Dia berkata: “Raheem Sterling pemain yang bagus, namun kami perlukan pemain sayap yang lain. Itu adalah hakikatnya ketika ini.”

Maresca sudah memberikan cadangan agar Sterling bersama sama dengan Chilwell mencari kelab baharu. Dalam usaha Chelsea cuba menjual sehingga 15 pemain mereka.

Raheem Sterling benar benar sudah menerima hakikat bahawa dia sudah tidak diperlukan lagi di Chelsea. Dan dia mencari kelab baharu. Juventus antara kelab yang berminat mendapatkan Sterling namun pemain itu lebih memilih untuk kekal bermain di EPL.

Dia mahu mencari pasukan yang boleh menawarkan dia minit permainan agar dia boleh kembali semula menjadi pemain utama skuad England. Chelsea turut menawarkan Sterling kepada Aston Villa. Kelab itu berminat dengan Sterling. Namun mereka sedar, Chelsea mungkin tak akan menjual murah pemain yang mereka beli £47 juta dari City itu beberapa tahun lalu.

Sterling memang sedia menerima pengurangan gaji tetapi Villa juga rasa, gaji Sterling tetap masih mahal. Sterling ketika ini menerima £300 ribu seminggu di Stamford Bridge. Sterling mahukan perpindahan tetap serta merta bukannya perjanjian pinjaman kerana dia sudah benar benar kecewa dan terkilan dengan layanan Chelsea ke atasnya.

BACA:  Sterling Cuma Memerlukan Satu Lagi Jersi Untuk Lengkapkan Koleksinya