Timo Werner Hanya Mahu Sertai Liverpool Bukan Man Utd Atau Pasukan Lain

Timo Werner secara terang-terangan telah menegaskan bahawa beliau hanya mahu pergi ke Liverpool sahaja sekiranya mahu meninggalkan RB Leipzig.

Seandainya bukan ke Liverpool, Timo Werner lebih rela untuk terus kekal bersama pasukan yang beliau wakili sekarang.

Menurut laporan dari The Athletic, Timo Werner pada hari ini telah menyatakan bahawa beliau sanggup untuk kekal semusim lagi bersama RB Leipzig sebelum berhijrah ke Liverpool musim hadapan.

Menurut laporan sama, Werner mengakui dia telah dihubungi oleh setan merah dan Chelsea yang mahu memanfaatkan kelewatan Liverpool untuk memuktamadkan urusan perpindahan pemain itu.

Selain pasukan dari Premier League, Barcelona turut menunjukkan minat mereka untuk mendapatkan khidmat dari pemain muda Jerman itu.

Sebelum kesemua saingan bola sepak digantung, Liverpool telah menyatakan bahawa mereka mahu membayar klausa pelepasan kontrak Werner bernilai €60 juta yang aktif sehingga akhir musim ini.

Namun kerana tekanan ekonomi yang sedang teruk melanda kini, Liverpool dilihat telah menukar polisi perpindahan mereka.

Kontrak Werner akan berakhir pada 2023 nanti dan ia bermaksud klausa perlepasan beliau akan berkurangan pada setiap musim menjelang tamat kontrak, jadi the reds mahu mengintai peluang untuk mendapatkan beliau dengan harga lebih murah.

Pada tahun 2022, klausa pelepasan Werner dijangka akan menurun sehingga €25 juta sahaja memandangkan baki kontraknya hanya tinggal setahun.

Werner sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau hanya akan meninggalkan Leipzig untuk mana-mana pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Juara-juara sahaja.

Werner turut mengelak untuk ke Liverpool kerana bimbang tiada jaminan tempat untuknya dalam pasukan utama kendalian Jurgen Klopp itu.

Namun selepas mendengar Jurgen Klopp sudah menyiapkan perancangan tersendiri untuknya, Werner terus tertarik untuk menyertai pasukan penakluk dunia itu.

Andai Liverpool berjaya membawa masuk Werner ke dalam skuad mereka, jentera serangan pasukan terhebat dunia itu pastinya akan tampil lebih garang dan handal.

Jadi pasukan seperti Manchester United, Chelsea, Bayern Munich, dan Barcelona sudah boleh melupakan niat mereka untuk mendapatkan Werner kerana beliau sudah memilih Liverpool.

Werner memilih Liverpool kerana merasakan pasukan itu sesuai dengan corak permainannya dan beliau teringin berkerjasama dengan Jurgen Klopp.

BACA:  Penyerang Sensasi Jerman Lebih Berminat Menyertai Manchester United Dari Liverpool