Tindakan Keluarkan Jack Grealish Walaupun Masuk Sebagai Pemain Gantian Adalah Bukti Gareth Southgate Pengurus Genius dan Berani

Gareth Southgate membawa impian yang ditunggu seluruh rakyat England dan kaum kerabat mereka di Malaysia menjadi kenyataan selepas anak didiknya berjaya menewaskan pasukan Denmark dalam perlawanan separuh akhir Euro 2020, sekaligus menempah tiket di Stadium Wembley untuk menentang Itali pada hari Ahad ini.

Walaupun terlebih dahulu dikejutkan oleh Denmark menerusi gol cantik pada minit ke-30 perlawanan di mana Mikkel Damsgaard telah membuatkan Pickford tewas buat kali pertama dalam kejohanan ini apabila dia melakukan tendangan kunckle shot yang padu ketika mengambil sepakan percuma.

Bola sepakannya meluru laju menerjah jaring tanpa sempat ditampan oleh penjaga gol England, sekaligus mendiamkan seketika para penyokong England di stadium dan juga di rumah.

Tidak menunggu lama, England berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-38 apabila bola lorongan ke tengah kotak penalti oleh Bukayo Saka ditampan ke gawang sendiri oleh kapten marvel Denmark, Simon Kjaer selepas diberikan tekanan oleh Encik Raheem Sterling.

Pada minit ke-51, jantung penyokong England terhenti seketika apabila penyerang sensasi Denmark, Kasper Dolberg berjaya menewaskan kepungan tiga pertahanan England dan melepaskan rembatan leret ke arah gol Tiga Singa.

Nasib baik Pickford tidak membawa perangai Evertonnya ke dalam perlawanan ini apabila dia menunjukan refleks yang pantas dan menyelamatkan rembatan Dolberg tersebut.

Tiga minit kemudian, Harry Maguire hampir berjaya menambahkan gol buat England namun tandukannya berjaya diselamatkan oleh Kasper Schmeichel.

Kedua-dua pasukan gagal menambahkan sebarang jaringan sehingga wisel penamat dibunyikan sekaligus terpaksa mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Selepas tiga minit masa tambahan dimainkan, Harry Kane mendapat peluang terbuka selepas dia menerima bola lorongan daripada Kyle Walker di dalam kotak penalti.

Walaubagaimanapun rembatan leretnya berjaya ditampan keluar oleh Schmeichel sekali lagi.

Pada minit ke-101 akhirnya gol yang dicari hadir juga. Encik Raheem yang begitu culas di sepanjang perlawanan telah dijatuhkan oleh pemain Denmark dalam kotak penalti lantas pengadil tidak menunggu lama untuk menunjukkan tangannya ke titik penalti di depan gol Denmark.

Harry Kane bertindak mengambil sepakan tersebut dan menolak bola ke sebelah kiri Schmeichel, namun dapat dibaca dan diselamatkan oleh penjaga gol Denmark itu. Tapi sayang, bola tampanannya singgah semula ke kaki Kane yang kemudiannya mudah menolak bola ke dalam gol Denmark, sekaligus membawa England ke perlawanan akhir buat kali pertama dalam sejarah bola sepak moden.

Pertukaran Jack Grealish

Dengan waktu perlawanan hanya tinggal 20 minit, kapten Aston Villa, Jack Grealish, telah dimasukkan oleh Southgate untuk merobek kedegilan barisan pemain Denmark.

Walaubagaimanapun, pemain berusia 25 tahun itu gagal memberikan impak yang besar di atas padang dan menjadi mangsa kekejaman para pemain Denmark, lantas dikeluarkan semula oleh Southgate sebaik selepas gol kemenangan  dijaringkan oleh Harry Kane. dan digantikan oleh Kieran Trippier.

Kemasukan pemain bek sayap ini pastinya mengubah rangka pasukan daripada empat pertahanan kepada lima. Ini adalah penting bagi pasukan yang mendahului bagi menyerap asakan demi asakan pasukan lawan yang terdesak mencari gol penyamaan. Menerangkan pertukaran tersebut, Southgate berkata;

“Dia okay je – dia faham. Dia pun mantap bila dia masuk dan bagi kita momentum.

“Tapi kita tahu bila mana mereke (Denmark) sedang ketinggalan mereka akan letak empat orang penyerang di atas jadi kita perlukan seorang pertahanan ekstra hanya untuk memastikan kita lebih kuat dan aku nak kekalkan kepantasan Encik Raheem dalam padang jadi itu bermaksud aku kena keluarkan salah sorang daripada pemain yang baru masukk,” ujar Southgate panjang lebar seperti yang dilaporkan oleh Metro.

Sebelum ini Southgate dilabel sebagai terlalu lembut untuk membuat sebarang keputusan yang penting dalam misi mereka memburu kejuaraan terbesar dunia bola sepak. Tetapi bekas rakan sepasukannya, Ian Wright, percaya bahawa tindakannya yang mengeluarkan Grealish akan menutup mulut para pengkritik.

“Aku kesian kat Jack Grealish.

“Kau boleh tengok dalam kejohanan ni dia memang nak sangat menyumbang. Dikeluarkan macam tu, kau sebagai pemain gantian dan dikeluarkan, memang la tak seronok rasa dia.

“Tapi ini adalah berkenaan pasukan dan menjadi sebahagian daripadanya. Hari Ahad nanti Jack mungkin akan masuk dan membuat perbezaan yang besar, mungkin dia yang akan merencanakan gol kemenangan nangi,” ujar Wright, cuba mengambil hati Grealish.

Sumber : Harian Metro England

BACA:  Syarikat Ini Rugi RM2 Juta Kerana Mencetak 18,000 Baju 'England World Cup Winners'