Kesilapan penjaga gol dalam bolasepak bukanlah perkara yang baru, tetapi dalam kes penjaga gol Duisburg, Mark Flekken ia mungkin kali pertama kita lihat ia berlaku dalam sukan ini.
Dalam perlawanan Bundesliga 2 menentang Ingolstadt semalam, penjaga gol berasal dari Belanda itu bertukar dari hero kepada zero selepas melakukan kesilapan yang tidak dijangka sama sekali.
Tujuh minit sebelum insiden itu, beliau berjaya menyelamatkan penalti pada minit k-11 untuk mengekalkan kedudukan tanpa jaringan.
Tetapi tidak lama kemudian, tindakan beliau mengambil botol air di dalam gawang gol mengundang padah apabila pemain Ingolstadt,tefan Kutschke berjaya menolak masuk bola ke dalam gol yang tidak dikawal.
Pemain pertahanan Duisburg seakan-akan tidak dapat mempercayai apa yang telah berlaku selepas melihat penjaga gol mereka berada di dalam gol meminum air dan tidak sedar bola menuju ke arahnya.
Flakken berpaling ke arah belakang gol untuk meneguk minuman tanpa menyedari serangan yang dilakukan pasukan lawan !
Mujur buat Flakken kerana Duisburg berjaya mencatatkan kemenangan dalam perlawanan tersebut dengan jaringan 2-1.
Ketika bercakap kepada pemberita selepas tamat perlawanan, Flakken berkata beliau tidak akan mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang.
“Perlawanan selepas ini, saya akan pastikan botol air tidak berada di dalam gol lagi.”
Mungkin Flakken agak bernasib baik kerana pasukannya menang, tetapi insiden ini akan terus diingati untuk tahun-tahun yang akan datang dan bakal menjadi kenangan kenangan ‘terindah’ buat Flakken apabila beliau bersara kelak.