TMJ Dedah Bagaimana Nelo Vingada Boleh Dilantik Menjadi Pengurus Harimau Malaya

Pendedahan eksklusif Tunku Mahkota Johor (TMJ) tentang tangan ghaib petang semalam sepertinya telah mencetuskan sensasi di internet pada hari ini.

Terdapat pelbagai isu yang dibincangkan dalam temu bual yang berlangsung selama sejam itu dan antara yang paling mencuri perhatian adalah ketika TMJ mendedahkan kisah tentang bagaimana beliau boleh melantik Nelo Vingada sebagai pengurus skuad Harimau Malaya.

Nelo Vingada telah dilantik sebagai pengurus skuad kebangsaan Malaysia pada 15 Mei 2017 dan beliau akhirnya meletak jawatan pada 6 Disember 2017.

The Profesor bersama dua pembantu yang beliau bawa bersamanya ke bumi Malaysia bersama-sama mengundurkan diri dari skuad kebangsaan Malaysia.

1. Joao Arnaldo Correia De Carvalho – Penolong jurulatih
2. Francisco Jose Bruto Da Costa – Jurulatih kecergasan

“Atas rasa tanggungjawab dengan apa yang telah berlaku itu, saya dengan ini mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan berkuat kuasa serta merta.”

“Saya ingin memaklumkan juga bahawa dua pembantu yang saya bawa bersama ke sini iaitu Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa turut bersama melepaskan jawatan mereka, masing-masing selaku penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan skuad kebangsaan.”

Di bawah kendalian Vingada Harimau Malaya gagal mencatat sebarang kemenangan dan tersingkir dari saingan Piala Asia 2019.

Formasi 4-6-0 genius yang digunakan oleh The Profesor pasti akan menjadi kenangan dan terpahat sebagai satu nostalgia dalam sejarah bola sepak Malaysia.

Beliau jelas sekali akan dikenang sebagai antara pengurus paling gagal dalam sejarah bola sepak Malaysia dan TMJ semalam telah mendedahkan bagaimana beliau boleh melantik Vingada.

“Banyak orang bangkitkan isu Nelo Vingada. Tahu macam mana saya kenal Nelo Vingada? Bojan Hodak yang memperkenalkan Nelo Vingada kepada saya ,”

Jelas TMJ.

TMJ juga turut menjelaskan yang tugas beliau ketika memimpin FAM adalah lebih kepada untuk membayar hutang-hutang yang ada dan memperbetulkan kembali perlembagaan yang ada.

“Masa itu saya punya komitmen adalah untuk menyelesaikan hutang-hutang yang ada dalam FAM dan juga untuk menukar perlembagaan.”

“Kerana pada masa itu kuasa Presiden FAM terlampau besar sangat. Jadi kami terpaksa menukar kembali perlembagaan tersebut kerana FAM bukannya pemilik liga.”

“Jadi saya tak dapat beri perhatian 100% kepada skuad kebangsaan kerana sibuk memperbetulkan sistem yang ada. Termasuk dengan hutang dan kes-kes lama,” terang TMJ panjang lebar.”

“Yang penting, perancangan tu kena jelas, visi tu kena jelas, polisi kena jelas. Itu yang paling mustahak sekali,”

Jelas TMJ lagi dalam temu bual tersebut.

Selain isu Vingada, isu hangat lain yang dibincangkan dalam temu bual semalam adalah tentang gaji yang diminta oleh Lim Teong Kim.

TMJ mendedahkan yang Lim Teong Kim meminta gaji yang tinggi namun bekas pengurus Mokhtar Dahari AMD itu menegaskan bahawa tuduhan tersebut tidak benar.

LTK bahkan turut mencabar TMJ agar memberi beliau sebuah pasukan untuk dilatih dalam usahanya untuk membuktikan kemampuan sebenar beliau.

LTK Cabar TMJ berikan sebuah pasukan untuk beliau latih

Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim (LTK) mencabar Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) supaya memberi beliau sebuah pasukan untuk dilatih, agar beliau mampu membuktikan kemampuan sebenarnya.

Selepas Tunku Mahkota Johor mempersoalkan kemampuan LTK dengan menganggap gaji yang beliau mintak terlalu tinggi, Teong Kim tampil mempertahankan dirinya dan memberi cabaran kepada TMJ.

“Sorry Tunku, apa yang kamu kata tidak benar. Kamu mempersoalkan kredibiliti dan kemampuan saya sebagai jurulatih. Saya cabar kamu berikan saya pasukan untuk dilatih,”

Tulis Lim Teong Kim di ruangan komen di Instagram.

TMJ pada hari ini ada membuat pendedahan eksklusif tentang tangan ghaib dan turut menjawab beberapa soalan berkait skuad kebangsaan Malaysia.

Dari pelbagai topik yang dibincangkan sepanjang temu bual tersebut, Tunku Mahkota Johor ada mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa Lim Teong Kim pernah meminta gaji setinggi €70,000 hingga €80,000 (RM300,000 – RM340,000) sebulan.

Tuan punya badan sendiri tidak menunggu lama untuk membidas hal tersebut, dengan beliau meninggalkan satu komen di muat naik @pemainke12_my di Instagram dengan menyatakan:

“Sorry Tunku, apa yang kamu kata tidak benar,”

Tulis Teong Kim mahu menafikan dakwaan yang dilakukan oleh TMJ.

Tidak lama selepas itu, TMJ segera masuk membalas komen LTK dengan menyatakan:

“Teong Kim, I don’t do b*******. Jadi jangan nak temberang. Pihak kewangan kami tahu berapa banyak yang kami minta,”

Balas TMJ.

“Bila saya tanya kenapa mahal sangat, awak jawab jikalau saya mampu beli Lamborghini takkan gaji tu saya tak mampu. Itu yang awak cakap. Jadi tolong, jangan nak twist.”

Dan selepas komen inilah Teong Kim masuk memberi cabaran kepada TMJ supaya memberi beliau sebuah pasukan untuk dilatih agar beliau mampu untuk membuktikan kemampuan sebenarnya.

Lim Teong Kim sebelum ini tidak pernah mengendalikan mana-mana kelab atau negara untuk pasukan senior dengan beliau lebih terkenal dengan program akar umbi.

TMJ mendedahkan yang kerana melihat LTK tidak pernah ada pengalaman menguruskan skuad senior maka permintaan gaji haruslah berpatutan demi untuk membantu bola sepak negara.

“Untuk sistem pebangunan boleh… tapi nak gaji berapa? Masa dia [Lim Teong Kim nak kerja dengan saya, dia minta 70-80 ribu euro (RM330,000-RM380,000) sebulan dan nak bawa 2-3 orang pembantu,”

Jelas TMJ ketika temu bual tersebut.

“Takkan saya nak bayar sampai begitu. Saya punya players dan ketua jurulatih pun tak sebanyak itu. Tetapi kalau betul dia nak buat pembangunan, sayang dengan bola sepak Malaysia, suruhlah dia buat dengan gaji RM20,000 – RM30,000 sebulan.”

LTK teguh dengan pendirian beliau dalam menentang komen TMJ yang menganggap beliau meminta gaji tinggi dan setakat ini cabaran beliau masih belum mendapat balasan dari Tunku Mahkota Johor lagi.

Tonton temu bual penuh pendedahan eksklusif TMJ tentang tangan ghaib:

Sumber: Astro Arena

BACA:  Piala AFF 2022: Kesebelasan Utama Malaysia vs Vietnam