Trent Alexander-Arnold Digugurkan Dari Skuad England

Skuad Three Lions, England telah menggugurkan pemain pertahanan kanan terhebat dunia ketika ini, Trent Alexander Arnold sekaligus akan terlepas aksi EURO 2020.

Pemain pertahanan Liverpool yang hebat itu telah mengalami kecederaan paha pada penghujung perlawanan ketika skuad Baginda Ratu mencatatkan kemenangan 1-0 menentang Austria di Middlesbrough.

Pemeriksaan lanjut telah dilakukan bagi mengetahui tahap kecederaan Trent Alexander-Arnold dan setelah itu telah disahkan beliau telah menarik diri.

Berita penarikan diri Trent Alexander-Arnold ini telah diumumkan secara rasmi oleh England melalui laman sesawang mereka englandfootball.com:

“Trent Alexander-Arnold telah digugurkan dari UEFA EURO 2020.
.
Pemain Liverpool itu mengalami kecederaan paha pada penghujung perlawanan dalam kemenangan 1-0 Rabu lalu menentang Austria di Middlesbrough.
.
Imbasan pada hari Khamis mengesahkan pemain berusia 22 tahun itu tidak akan dapat bermain dalam kejohanan yang akan datang, jadi dia telah menarik diri dari skuad England untuk kembali ke kelabnya untuk pemulihan.
.
Gareth Southgate tidak akan mengesahkan pengganti sehingga hari Ahad apabila kembali ke Stadium Riverside untuk perlawanan pemanas badan menentang Romania.”

Pengguguran Trent Alexander-Arnold ini telah menyebabkan skuad England mempunyai satu lagi kekosongan dan Gareth Southgate akan mengumumkannya selepas perlawanan menentang Romania.

England berjaya menewaskan Austria 0-1. Ketika perlawanan hampir tamat, Trent Alexander Arnold yang bermula dari kesebelasan utama telah mengalami kecederaan dan terus meninggalkan perlawanan.

Trent Alexander Arnold mengalami kecederaan di kaki kirinya ketika mahu mengeluarkan bola dari kawasan padang. Dilaporkan Trent Alexander Arnold memerlukan tempoh sehingga enam minggu untuk pulih.

Bercakap selepas perlawanan menentang Austria itu, Gareth Southgate menyatakan kebimbangan dengan situasi Trent Alexander Arnold:

“Kami akan memantau situasi ni. Tidak bagus melihat cari beliau keluar tapi kami perlu menilainya dalam tempoh 24 jam.”

“Au fikir itu kecederaan paha. Pasukan perubatan masih lagi membuat pemeriksaan. Kita tunggu dan lihat. Itu bukan petanda yang baik. Kita akan tahu selepas 24 jam.”

“Kita lihat tahap kecederaan Trent dulu dan dari situ kita akan buat keputusan. Kami tidak tahu situasi penuh. Tapi perkara terakhir kau nak lihat adalah bagaimana dia meninggalkan padang.

Kebimbangan Gareth Southgate ternyata berasas, selepas 24 jam England secara rasmi mengumumkan penyingkiran Trent Alexander Arnold kerana kecederaan.

Gary Lineker pula menyifatkan kecederaan yang dialami oleh Trent Alexander Arnold sehingga terlepas aksi EURO 2020 sebagai memalukan. Entah apa yang memalukan pun tak pasti.

“Bala apakah untuk @TrentAA dan @England. Kehilangan attacking right back terbaik dalam bola sepak Dunia amat memalukan.”

Tanpa Trent Alexander Arnold, Gareth Southgate mempunyai tiga lagi pemain pemain right back yang boleh diturunkan iaitu Kyle Walker, Reece James dan Kieran Trippier.

Kekosongan yang ditinggalkan Trent Alexander Arnold ini membuka kembali peluang kepada Jesse Lingard, James Ward-Prowse, Ollie Watkins, Aaron Ramsdale, Ben Godfrey dan Ben White.

Mungkin kerana kemungkinan kecederaan dalam perlawanan pemanas badan inilah menjadi sebab kenapa Gareth Southgate turut membawa pemain yang digugurkan.

Atau mungkin kerana ketiadaan pemain Manchester United, Chelsea dan Manchester City yang diberikan cuti rehat kerana menamatkan musim lebih lewat berbanding pemaian pasukan lain.

Empat pemain Manchester United, Harry Maguire, Dean Henderson, Marcus Rashford dan Luke Shaw telah tiba ke kem latihan England dan mendaftarkan diri untuk sesi latihan.

Di EURO 2020, England telah diundi berada dalam D bersama Croatia, Czech Republic dan Scotland. Perlawanan pertama England adalah bertemu Croatia di Stadium Wembley pada 13 jun.

BACA:  Carragher: Sangat Mengaibkan Jika Arnold Hilang Tempat Kepada Trippier