Trio Terhebat Sepanjang Zaman Premier League

Wayne Rooney, Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez telah dinamakan sebagai trio serangan terbaik dalam sejarah premier league menurut dari kajian yang dilakukan oleh Daily Mail.

Trio itu berjaya mengatasi kehebatan trio serangan Liverpool kini yang berjaya menakluk dunia dan juga trio serangan Arsenal ketika mereka memenangi gelaran liga dengan tidak terkalahkan.

Terdapat banyak trio serangan yang mengagumkan dalam kancah saingan Premier League sejak beberapa tahun ini, dengan kebanyakkan pasukan menukar formasi 4-4-2 kepada 4-3-3.

Dengan formasi 4-3-3 sepertinya tradisi gandingan dua penyerang seperti Shearer / Sutton dan Cole / Yorke di era 90an telah berlalu dan tidak lagi digunakan dalam bola sepak modern.

Trio handalan Liverpool yang telah berjaya membawa the reds menakluki dunia bola sepak dalam dua musim terakhir ini, Firmino, Mo Salah dan Sadio Mane turut berada dalam senarai ini.

Trio Manchester City, Sergio Aguero, Raheem Sterling dan Leroy Sane turut berada dalam senarai dengan kecemerlangan yang telah mereka tunjukkan sebelum ini.

Berikut merupakan senarai lima trio serangan terhebat dalam sejarah dengan trio legenda setan merah mengungguli senarai ini.

Lima Trio Serangan Terhebat Dunia:

1. Manchester United – Wayne Rooney, Cristiano Ronaldo, Carlos Tevez:

Beraksi 42 perlawanan memenangi 32 perlawanan dan menjaringkan 93 gol.

2. Liverpool – Mo Salah, Roberto Firmino, Sadio Mane:

Beraksi 81 perlawanan memenangi 61 perlawanan dan menjaringkan 178 gol.

3. Arsenal – Thierry Henry, Dennis Bergkamp, Robert Pires:

Beraksi 128 perlawanan memenangi 78 perlawanan dan menjaringkan 272 gol.

4. Manchester City – Sergio Aguero, Raheem Sterling, Leroy Sane:

Beraksi 57 perlawanan memenangi 38 perlawanan dan menjaringkan 128 gol.

5. Chelsea – Didier Drogba, Arjen Robben, Damien Duff:

beraksi 27 perlawanan memenangi 25 perlawanan dan menjaringkan 61 gol.

Ia adalah penilaian yang sangat dipersetujui oleh Gary Neville. Minggu lalu beliau membincangkan hal ini di Sky Sports Football Show, dan bekas ketua pasukan setan merah itu menjelaskan mengapa beliau memilih trio yang pernah beraksi bersamanya berbanding trio Liverpool yang hampir memenangi premier league musim ini.

“Tevez, Ronaldo dan Rooney melalui musim yang sungguh menakjubkan, terlalu luar biasa. Bukan hanya dari kualiti para pemain, tetapi mereka juga mempunyai semangat luar biasa, tidak mementingkan diri sendiri, mengerikan dan sangat hebat.”

“Ronaldo sangat berbeza dalam padang, dia tidak peduli perkara lain dia tidak mengganggu orang, dia sangat luar biasa dengan aksi yang dipersembahkan tetapi Rooney dan Tevez pula seperti petarung jalanan tetapi dengan kemampuan yang mengagumkan dan ada sesuatu yang hebat dalam diri trio serangan itu.”

“Mereka adalah trio serangan terhebat dalam sejarah premier league, bagi saya tiada gandingan yang boleh menewaskan mereka. Kamu boleh cakap tentang Mane, Salah dan Firmino, saya pon sedikit suka mereka,”

“Sama juga seperti Raheem Sterling, Aguero, dan Sane di Manchester City, tapi kamu tidak boleh bandingkan mereka semua dengan Rooney, Tevez dan Ronaldo ketika waktu kemuncak mereka. Mereka terlalu hebat untuk ditandingi.”

Neville juga menganggap Tevez sangat hebat ketika beraksi bersama Rooney dan Ronaldo terutama ketika mereka memenangi saingan Liga dan Liga Juara-juara pada tahun 2008.

Beliau juga mempunyai masalah peribadi dengan pemain Argentina itu ketika di akhir kerjayanya di Old Trafford.

Minggu lalu beliau telah bersemuka dengan ejen kepada bekas penyerang Juventus itu, Kia Joorabchian dan itu adalah perkara yang sangat menghiburkan Jamie Carragher.

BACA:  Lima Pemain Terbaik Dalam Saingan La Liga Musim Ini