Union of European Football Associations (UEFA) badan yang bertanggungjawab menganjurkan kejohanan EURO 2020 akan mengenakan tindakan ke atas mana-mana pasukan bertanding jika para pemain mereka terus bergaduh dengan botol minuman penaja kejohanan.
Cristiano Ronaldo telah mencetuskan sensasi apabila telah merenung dan tidak berpuas hati dengan botol minuman Coca-Cola yang merupakan rakan penaja utama EURO 2020.
Kemudian Ronaldo telah mengalihkan botol Coca-Cola tersebut ketepi dan mengangkat air mineral yang dipegangnya dan menyebut ‘Air’.
🥤👀 Cristiano Ronaldo wasn't pleased with the bottles of coke at his press conference and shouted 'drink water!'…#POR | #CR7 pic.twitter.com/QwKeyKx2II
— The Sportsman (@TheSportsman) June 14, 2021
Menurut laporan daripada BBC, UEFA ternyata tidak menyenangi tindakan pemain mengalihkan botol minuman penaja yang diletakkan di atas meja semasa sidang media.
Pasukan negara bertanding di EURO akan menerima denda jika ada pemain pasukan yang melakukan tindakan tersebut selepas ini.
“Uefa telah mengingatkan pasukan yang bertanding bahawa perkongsian (penajaan) tidak dapat dipisahkan dalam penganjuran kejohanan dan ini bagi memastikan perkembangan bola sepak di seluruh Eropah, termasuklah untuk pasukan remaja dan wanita,”Ujar penganjur kejohanan pada hari Khamis.
UEFA Events SA CEO Martin Kallen reflects on the first week of the tournament: ⬇️#EURO2020
— UEFA (@UEFA) June 17, 2021
Pengarah kejohanan UEFA EURO 2020, Martin Kallen mengingatkan bawah pemain diwajibkan secara kontrak “melalui negara untuk patuh peraturan kejohanan” dan kerana itu disarankan tidak mengalihkan botol minuman penaja.
Pasukan telah diingatkan tentang peraturan kontrak mereka dan Kallen mengatakan tindakan disiplin adalah satu “kemungkinan”.
UEFA tidak berhasrat untuk mengambil tindakan dan mendenda pemain secara langsung dan sebarang hukuman adalah mengikut budi bicara persatuan bola sepak negara bertanding.
“Kami dari pihak UEFA tidak pernah mendenda pemain secara langsung, kami akan mengenakan tindakan melalui persatuan bola sepak negara bertanding dan kemudian mereka akan menilai apakah mereka akan mengambil tindakan ke atas pemain itu, tetapi kami tidak akan langsung menghukum pemain itu,” Tambah Kallen memberi penjelasan.
UEFA tidak akan terus mengenakan tindakan ke atas pemain dan hanya memaklumkan kepada pesatuan jika ada perlanggaran kontrak yang terjadi ini kerana kontrak kejohanan dimaterai oleh UEFA dengan pasukan bertanding.
Pemain midfield Perancis, Paul Pogba pula telah mengalihkan botol Heineken yang ada di atas mejanya ketika sesi sidang media sebelum perlawanan bertemu Jerman.
#Euro2020: #Pogba like #CristianoRonaldo #CR7, french midfielder removes a bottle of #Heineken during the post-match interview #FRAGER #PaulPogba https://t.co/wZpEl7qDMp
— NextGenHD.com (@nextgenhdcom) June 16, 2021
Ketika sesi sidang bersama pengurus Perancis, Didier Deschamps. Pogba telah melihat sebotol Heineken berada di depannya dan beliau rasa kurang senang dengan kehadiran minuman tersebut.
Beliau dengan segera mengambil botol Heineken tersebut dan meletakkannya di bawah meja sebelum meneruskan sesi sidang media itu seperti biasa.
Tindakan beliau itu mencuri tumpuan peminat dan kebanyakkannya memuji reaksi spontan beliau itu yang tidak mahu mempromosikan produk yang jelas dilarang dalam agamanya.
paul pogba hates heineken
Don't give Paul Pogba Heineken pic.twitter.com/4inexnnO3J— Vini Johny28 (@ViniJohny28) June 15, 2021
Seperti semua sedia maklum, Paul Pogba merupakan seorang pemain bola sepak profesional yang beragama Islam dan tindakan yang beliau lakukan semalam jelas boleh difahami.
Martin Kallen yang merupakan Pengarah kejohanan UEFA EURO 2020 mengatakan bahawa dia memahami tindakan pemain seperti Pogba, melakukan perkara tersebut atas alasan agama serta tiada masalah berbangkit.
Manuel Locatelli is the latest player to replace a fizzy drink sponsor with water at #ITA's post match press conference following their win over #SUI pic.twitter.com/gAUVCs3OLy
— Sky Sports News (@SkySportsNews) June 17, 2021
Kontroversi yang dicetuskan oleh Cristiano Ronaldo itu kemudian diikuti oleh pemain Itali Manuel Locatelli telah dijemput untuk hadir ke sidang media bagi memberikan sepatah dua kata tentang perlawanan menentang Switzerland.
Sebelum duduk di kerusi di depan para wartawan, Locatelli telah mengikut jejak langkah pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, dengan mengalihkan dua botol minuman bikarbonat Coca-Cola di depannya.
Tindakan Manuel Locatelli mengalihkan botol Coca-Cola itu mengundang tawa wartawan yang hadir dan telah menjadi bahan berita yang popular.
Locatelli following Ronaldo’s footsteps. Coca Cola gonna be a meme at this point 😂😂 pic.twitter.com/gK5wCKGM1v
— Abduł (@Abdul999_) June 16, 2021
UEFA memandang serius perkara ini kerana
Bagaimanapun, syarikat pengeluar minuman tersebut mengambil pendekatan dengan memberikan jawapan yang tenang dan tidak mahu terus menimbulkan persepsi negatif akan imej mereka.
“Semua orang mempunyai pilihan minuman maing-masing dan setiap insan mempunyai citarasa dan keperluan yang berbeza.”
“Pemain ditawarkan air, bersama Coca Cola dan Coca Cola Tanpa Gula, apabila datang ke sidang media.”
Syarikat minuman gergasi Coca-Cola telah menjadi rakan minuman rasmi Kejohanan Eropah sejak tahun 1980-an lagi dan mereka telah berbelanja jutaan dollar untuk mendapatkan hak rasmi ini.