Perancis Umum Skuad Rasmi Untuk EURO 2020

Juara Piala Dunia Rusia 2018, Perancis telah mengumumkan senarai skuad rasmi untuk saingan kejohanan paling agung di Eropah iaitu kejohanan European Championship (EURO) 2020.

Selepas menjuarai Piala Dunia 2018 sudah pasti Perancis mahu membawa trofi Eropah ini sekali untuk diletakkan bersama trofi Piala Dunia di dalam kabinet.

Barisan pemain yang dibariskan oleh Didier Deschamp ini boleh dikatakan sangat kuat dan bagi setiap posisi mempunyai dua atau tiga pemain ganti yang berkualiti.

Squad Depth Perancis tidak perlu dipertikaikan lagi walaupun diundi berada dalam kumpulan maut bersama juara bertahan EURO, Portugal, Jerman dan Hungary.

Berita paling sensasi sejak semalam lagi pastinya tentang Karim Benzema yang kembali mendapat panggilan untuk menguatkan jentera serangan Perancis.

Kali terakhir Karim Benzema bermain untuk Perancis adalah pada tahun 2015 dan selepas itu Benzema terus tergantung sepi tanpa mengumumkan persaraan peringkat antarabangsa.

Karim Benzema tidak lagi dipanggil mewakili Perancis sejak terpalit dengan tuduhan menyebarkan pita rakaman lepas rakam abang delete atau aksi bermukah rakan sepasukannya Mathieu Valbuena.

Pemain penyerang Real Madrid itu konsisten menafikan tuduhan itu sebagaimana konsistennya aksi beliau bersama Real Madrid sepanjang 6 tahun ini.

Didier Deschamps dengan keras hari tidak memanggil pemain yang kini berusia 33 tahun itu untuk kejohanan EURO 2016 dan Piala Dunia 2018 di mana Perancis muncul juara.

Bekas pemain penyerang Lyon itu setakat ini telah menjaringkan 22 gol di La Liga musim ini menjadikan Benzema penjaring terbanyak kelab dan bakal menentukan kejuaraan La Liga dalam perlawanan terakhir.

Konsistensi dan pengalaman Karim Benzema sejak beberapa musim lalu pasti ditagih oleh Didier Deschamps mungkin kerana prestasi tidak konsisten Antoine Griezmann.

Manakala Olivier Giroud pula jarang beraksi musim ini bersama Chelsea dan Benzema menjadi pemain terbaik untuk membimbing pemain muda seperti Kylian Mbappe.

Didier Deschamps telah menyenaraikan tiga orang penjaga gol, 9 pemain pertahanan, 5 pemain tengah berbisa dan 9 pemain penyerang.

Berikut merupakan senarai penuh pemain 26 pemain Perancis untuk EURO 2020.

Penjaga Gol (3 Pemain):

1. Hugo Lloris (Tottenham Hotpur)
2. Steve Mandanda (Marseille)
3. Mike Maignan (Lille)

Pemain Pertahanan (9 Pemain):

4. Benjamin Pavard (Bayern Munich)
5. Leo Dubois (France)
6. Raphael Varane (Real Madrid)
7. Presnel Kimpembe (Paris Saint-Germain)
8. Lucas Hernandez (Bayern Munich)
9. Lucas Digne (Everton)
10. Clement Lenglet (Barcelona)
11. Kurt Zouma (Chelsea)
12. Jules Kounde, (Sevilla)

Pemain Tengah (5 Pemain):

13. N’golo Kante (Chelsea)
14. Paul Pogba (Manchester United)
15. Adrien Rabiot (Paris Saint-Germain)
16. Corentin Tolisso (Bayern Munich)
17. Moussa Sissoko (Tottenham);

Pemain Penyerang (9 Pemain):

18. Karim Benzema (Real Madrid)
19. Olivier Giroud (Chelsea)
20. Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain)
21. Marcus Thuram (Borussia Monchengladbach)
22. Kingsley Coman (Bayern Munich)
23. Wissam Ben Yedder (Monaco)
24. Antoine Griezmann (Barcelona)
25. Thomas Lemar (Atletico Madrid)
26. Ousmane Dembele (Barcelona).

Benzema mungkin mempunyai masalah dengan Olivier Giroud kerana Benzema dengan selamba telah mengutuk Giroud sebelum ini dan sesi latihan menemukan dua pemain ini sangat ditunggu oleh peminat bola sepak.

Penyerang Chelsea itu adalah watak penting dalam kejayaan Perancis dalam Piala Dunia 3 tahun lalu, tapi ada seorang penyerang bernama Benzema tak berapa nak hairan sangat pun dengan dia.

Ketika ditanya tahun lepas untuk bagi rating kepada Giroud, Benzema bawa benda ini ke media sosial dan berkata:

“Kejap je tau. Kau jangan keliru antara F1 dengan go-kart. Kira aku baik dah ni. Lepas tu…aku adalah F1.”

“Benda ni(pasukan) jalan elok sebab dia ada kat situ. Itu je. Nak kata hebat, takde la sampai mantap nokharom tapi dengan cara dia tu kau akan lebih nampak Griezmann dan Mbappe sebab dia tu selit-selit gitu je.

“Orang suka ke cara permainan gitu? Entah lah.”

Bagi Benzema, Giroud tidak memainkan peranan penting pun untuk pasukan Perancis, ada takda sama je kerana Perancis dipacu oleh Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe.

Kutukan daripada Benzema itu hadir melalui siaran langsung di laman Instagram miliknya di mana beliau telah bermain permainan soal jawab bersama peminatnya.

BACA:  Peluang England Hanya 5.2% Untuk Juarai EURO 2020 Mengikut Perkiraan Supercomputer