United Mahu Segera Sambar Kai Havertz Dari Chelsea Dan Liverpool

Wartawan BILD di Jerman telah memberi amaran kepada Manchester United agar mereka mempercepatkan rundingan bagi mendapatkan Kai Havertz sekiranya mereka benar-benar mahu mendapatkan pemain tersebut.

United telah dikaitkan dengan ramai pemain berprofil tinggi pada jendela perpindahan musim panas ini dan antara pemain yang dikaitkan dengan mereka adalah Kai Havertz.

Bintang Bayern Leverkusen itu telah menjadi salah seorang daripada sasaran utama Ole Gunnar Solskjaer bagi jendela perpindahan musim panas nanti.

Tetapi menurut laporan Christian Falk dari BILD, setan merah bukanlah satu-satunya pasukan yang berminat untuk menandatangani pemain muda Bayern Leverkusen itu.

Havertz dianggap sebagai antara bakat muda terbaik dunia pada ketika ini. Jadi tidak hairanlah sekiranya banyak kelab elit di Eropah termasuk Manchester United dan Liverpool berusaha untuk mendapatkannya.

Havertz merupakan prospek masa hadapan yang sangat dimahukan oleh mana-mana pasukan terbaik dunia dan diyakini pemain tersebut bakal lebih bersinar di masa mendatang.

Setan merah memerlukan pemain seperti Havertz untuk menambahkan lagi kualiti yang diperlukan di posisi tengah pasukan.

Namun persoalannya, adakah beliau sendiri sudah bersedia untuk meninggalkan Bayern Leverkusen dan beraksi bersama pasukan atau pemain lain seperti Paul Pogba dan Bruno Fernandes.

Posisi tengah Manchester United ketika ini boleh dikatakan agak padat dengan pemain yang bagus seperti Mctominay, Fred, Bruno Fernandes dan Paul Pogba.

Havertz juga merupakan pemain penting dan nadi utama untuk pasukan Leverkusen. Jadi sudah tentu beliau memikirkan tentang minit permainan untuk kebaikkan kariernya sendiri.

Satu-satunya cara untuk Manchester United mendapatkan beliau adalah dengan menawarkan Havertz minit permainan yang banyak dan menjanjikan kesebelasan utama untuknya.

“Manchester United adalah pilihan terbaik untuk Kai Havertz, ini kerana pihak pengurusannya telah diberitahu tentang rancangan besar pasukan yang baru.”

Jelas Christian Falk.

“Tetapi, Chelsea dilihat lebih dominan dalam urusan perbincangan pada masa ini. Mungkin the blues bakal sekali lagi lebih pantas dari pasukan lain sama seperti kes Timo Werner.”

Havertz mungkin akan yakin dengan rancangan besar yang disediakan oleh United untuknya dan visi Ole Gunnar Solskjaer, tetapi mungkin masih tidak pasti sama ada beliau akan dapat tempat sebagai kesebelasan utama atau tidak.

Selain daripada Kai Havertz, setan merah juga kini dalam pemburuan untuk mendapatkan Jadon Sancho dan Ansu Fati.

Selain daripada Chelsea, Liverpool dan Manchester United, Kai Havertz juga berjaya menarik minat daripada pasukan seperti Barcelona, Real Madrid dan Bayern Munich.

BACA:  Nagelsmann Dedah Sebab Kai Havertz Beraksi Di Posisi Bek Kiri