Van de Beek Ludah Chewing Gum Depan Ole

Rakaman yang memperlihatkan Donny Van De Beek meluahkan kemarahan beliau kerana tidak diberikan peluang untuk beraksi tular di media sosial.

Beliau yang ketika itu berada di bangku simpanan dalam aksi pertemuan Manchester United bertemu Villarreal dalam saingan Champions League, dilihat tidak gembira kerana tidak diturunkan.

United ketika itu mahu membuat pertukaran dengan kedudukan pada ketika itu terikat 1-1, dan pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer memanggil pemain simpanan untuk di bawa masuk.

Beliau membawa masuk membawa keluar Alex Telles dan Jadon Sancho untuk membawa masuk Fred dan Jesse Lingard.

Ketika kedua-dua pemain itu mahu masuk, Van de Beek yang ketika itu sedang duduk di bangku simpanan dilihat meluahkan kemarahannya.

Beliau meluahkan kemarahannya dengan meludah chewing gum ke tanah sebelum ditenangkan oleh rakan sepasukannya, Eric Bailly.

Pemain berusia 24 tahun itu dilihat sukar untuk mendapatkan minit permainan yang mencukupi sejak ketibaannya dari Ajax pada musim panas lalu.

Beliau sepertinya sudah mula terkesan kerana sering diketepikan dan emosinya sudah mula terganggu.

Para peminat turut sedih melihat reaksi Van de Beek dan turut sama memikirkan tentang nasib bintang Belanda itu yang sering diketepikan.

Ramai yang percaya Van de Beek mungkin lebih sesuai beraksi bersama pasukan lain, agar kariernya tidak terbenam kerana kurangnya minit permainan.

Lingard walau bagaimanapun berjaya memainkan peranan penting dalam membantu Cristiano Ronaldo menjaringkan gol kemenangan di minit akhir permainan, seterusnya mencatatkan kemenangan pertama mereka dalam saingan Premier League musim ini.

Paco Alcacer membuka tirai jaringan untuk Villarreal pada minit ke-53 untuk mendahului setan merah 1-0.

De Gea akhirnya berjaya ditewaskan selepas beliau mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan pada aksi babak pertama permainan.

Alex Telles kemudiannya berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-60 permainan, menerusi half volley yang sungguh mengagumkan.

Kemasukkan Lingard dan Fred telah menghasilkan gol kemenangan Manchester United pada saat akhir perlawanan melalui Cristiano Ronaldo. Klasik Manchester United.

Hantaran yang tampak kelaut dari Fred berjaya ditanduk Cristiano Ronaldo yang mencari Jesse Lingard yang dikawal dua pemain Villarreal.

Menyaksikan kedudukan beliau membelakangi gawang, Jesse Lingard menolak kembali bola kepada Cristiano Ronaldo kembali yang segera melepaskan rembatan kencang.

Laungan SIU kembali bergema bukan sahaja di Old Trafford malahan turut bergegar ke media sosial. Ronaldo diangkat menjadi wira dan jasa Lingard dan Fred dilupakan.

Manchester United ketika ini berada di kedudukan ketiga dalam saingan peringkat kumpulan F, dengan mereka sebelum ini mencatatkan kekalahan di tangan Young Boys, sebelum menang menewaskan Villarreal.

Villarreal pula sementara itu berada di kedudukan keempat dalam saingan peringkat kumpulan kerana masih belum mencatatkan sebarang kemenangan.

Mereka setakat ini hanya mampu mencatatkan satu keputusan seri ketika beraksi bertemu Atalanta sebelum ini.

Manchester United selepas ini bakal beraksi bertemu Atalanta di Old Trafford pada 20 Oktober nanti, dan mereka tentunya bakal melakukan apa saja untuk mencatatkan kemenangan, seterusnya membuka ruang untuk ke peringkat kalah mati.

Walau bagaimanapun, United tidak akan menurunkan Aaron Wan-Bissaka ketika aksi bertemu Atalanta nanti, kerana hukuman penggantungan pemain full-back itu dilanjutkan lagi.

Hal ini mungkin bakal sedikit membimbangkan Ole Gunnar Solskjaer kerana Diogo Dalot sepertinya tidak begitu bersedia untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.

Ole Gunnar Solskjaer tentunya berharap agar anak-anak buahnya akan mampu untuk terus mengekalkan rentak kemenangan ini, selepas mereka sebelum ini mencatatkan tiga kekalahan dari empat perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.

Sumber: SPORTbible

BACA:Β  Ferdinand Suruh Ole Hubungi Beliau Untuk Selesaikan Masalah