Akhirnya segala desas-desus mengenai penghijrahan Luqman Hakim Shamsuddin ke KV Kortrijk terlerai apabila secara rasmi dan sahnya mengikat kontrak bersama dengan kelab daripada Belgium itu.
Majlis pengikatan kontrak selama 5 tahun antara Luqman Hakim dan kelab Jupiler Pro League, KV Kortrijk itu berlangsung tengah hari tadi di Berjaya Times Square Hotel.
Pemilik kelab KV Kortrijk yang merupakan orang kaya daripada Malaysia, Tan Sri Vincent Tan turut hadir dalam majlis tersebut.
Sebenarnya kami di Berjaya Times Square Hotel untuk majlis menandatangani kontrak antara @luqmansham10 & @kvkofficieel. 😄
Tak lama lagi nak mula dah ni! #sTayMindful #staysafe #newnormal #RMCO #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/8DPwR7qSQO
— Team Malaysia (@TeamMsia) August 6, 2020
Tahun lalu, Luqman Hakim telah ditawarkan kontrak untuk ke Eropah namun terpaksa menunggu hingga Luqman mencapai umur 18 tahun pada bulan Mac 2020.
Namun pandemik melanda telah menunda satu ikatan yang sah untuk dimeterai dan telah tertangguh hampir 5 bulan dan kini segalanya pasti.
“Kita telah mengenal pasti bakat Luqman Hakim, selepas persembahan memberansangkan beliau dalam beberapa kejohanan peringkat antarabangsa sebelum ini, menjaringkan banyak gol, dan konsisten dalam menjaringkan gol.”
“Jadi di bawah peraturan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa), kami tidak boleh mengambil pemain melainkan sudah berusia 18 tahun. Jadi Luqman Hakim akan berlatih di Cardiff dahulu, baru menyertai KVK, kelab Belgium yang dimiliki rakyat Malaysia.” Ujar Tan Sri Vincent Tan.
Luqman Hakim merupakan produk hasil air tangan Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) dan bakat yang ada pada beliau sudah dikesan ketika berusia 13 tahun lagi.
KV Kortrijk telah menyambut kedatangan Luqman Hakim dengan satu video yang berkelas dunia dan video itu telah dimuat naik ke laman Facebook rasmi mereka.
Video memaparkan seorang pakcik yang berjalan dan mendapat petunjuk demi petunjuk dengan kehadiran Luqman ke bumi Belgium.
Dalam video ini juga aksi Luqman Hakim menjaringkan gol padu bersama bersama pasukan Malaysia turut dipamerkan.
Lebih istimewa dalam video ini adalah aksi Luqman Hakim menimang bola dengan memakai jersi Selangor dan berlatar belakangkan stadium yang tertera tulisan ‘Home of The Red Giangs’.
Padu bukan?
Dihujung video ini telah dipaparkan ucapan penuh teruja Luqman Hakim yang akhirnya kini sah bersama kelab dari Belgium itu dengan kontrak 5 tahun.
“Saya sangat teruja dan berasa bangga dan tidak sabar mewakili KV Kortrijkl.”
“Lakoh luas ni sobat, sek kito jange pecoh.”
Selamat maju jaya buat Luqman dan semoga penghijrahan Luqman akan menjadi pembuka jalan kepada bakat muda bola sepak Malaysia ke luar negara.
60 Pemain Muda Terbaik Dunia
Selepas ditawarkan peluang yang begitu hebat oleh kelab Belgium, Luqman Hakim telah menggemparkan dunia bola sepak Malaysia apabila disenaraikan sebagai salah seorang 60 pemain muda terbaik dunia oleh media antarabangsa, Ther Guardian
Hanya 5 orang sahaja pemain muda dari Asia yang tersenarai dalam senarai 60 pemain ini termasuk Luqman Hakim untuk pemain muda yang lahir pada tahun 2002. Wonderkid.
Next Generation 2019: 60 of the best young talents in world football https://t.co/XtwY3kWaCx pic.twitter.com/GR826NHUSp
— Guardian sport (@guardian_sport) October 10, 2019
Walaupun ada yang memperlekehkan tawaran bermain di luar namun Luqman membuktikan beliau layak dan mendapat pengiktirafan media antarabangsa.
Berikut merupakan empat pemain dari Asia yang lain yang turut tersenarai dalam 60 pemain muda terbaik duni :
1. Jun Nishikawa (Jepun/ Cerezo Osaka)
2. Khasanov Mukhriddin (Tajikistan/ Parvoz)
3. Suphanat Muenta (Thailand/ Buriram United)
4. Jasurbek Jaloliddinov (Uzbekistan/ Bunyodkor)
Biodata Ringkas Luqman Hakim
Nama: Luqman Hakim Shamsudin
Umur: 16
Tarikh Lahir: 5 Mac 2002
Tempat Lahir: Kelantan
Posisi: Penyerang
Tinggi: 170 Sm
Berat: 59 Kg
Hobi: Berkenalan
Pasukan Kegemaran: Manchester United & Brazil
Pemain Kegemaran: Zico & Shamsudin Mahmmod
Page Kegemaran : The Sukan