Bekas pemain Swansea tidak lama dulu, Bafetimbi Gomis berjaya menakutkan seorang budak milo ketika meraikan gol jaringannya beberapa hari yang lalu.
Gomis kini beraksi untuk kelab Al-Hilal, pasukan yang sedang mendahului carta liga di Arab Saudi.
@BafGomis Great goal ! pic.twitter.com/cR4wHiuLyt
— مجيد (@MGED_54) February 23, 2019
Dalam perlawanan yang berlangsung pada hari Khamis lalu, Al-Hilal berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 di tempat lawan ke atas Al-Ittihad.
Gomis berjaya memecah kebuntuan perlawanan pada separuh masa ke-2 untuk meletakkan Al-Hilal di hadapan.
Bagi mereka yang masih ingat, Gomis mempunyai gaya keraian gol yang unik yang dikenali sebagai ‘panther walk’. Sebaik sahaja menjaringkan gol, beliau akan merangkak perlahan-lahan seperti harimau kumbang yang sedang memburu mangsanya.
Ketika meraikan gol jaringannya pada perlawanan Khamis lalu, Gomis bertindak meraikannya di hadapan seorang budak milo yang berada di tepi padang.
Bafetimbi Gomis scaring away a kid with his lion celebration ? pic.twitter.com/lG7Dl4qQnm
— Marwan Ahmed (@MarwanAhmed_KF) February 21, 2019
Gomis merangkak perlahan-lahan ke arah budak milo tersebut dengan gaya seperti harimau kelaparan yang ingin membaham mangsa.
Budak milo yang duduk di atas kerusi pada mulanya mengangkat kaki kerana takut dengan kehadiran Gomis yang semakin dekat. Sebaik sahaja Gomis berada di hadapan beliau, budak milo tersebut nyata tidak dapat menyembunyikan ketakutannya lagi dan terus meninggalkan kerusinya dengan laju. Macam mangsa yang cuba lari dari harimau.
Thank you gomis, this the result of what you have done?????? pic.twitter.com/UX0O1unEim
— ?????ابو ياسر ????? (@abuyaser0001) February 21, 2019
Gomis menyedari tindakannya itu telah menakutkan budak yang tidak bersalah. Sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan, Gomis memberikan jersi yang dipakainya dalam perlawaan tersebut kepada budak milo tersebut.
Tidak lama selepas itu, budak milo tersebut memuat naik satu video menerusi snapchat meniru kembali gaya keraian gol Gomis yang cukup ikonik itu.
Bafetimbi Gomis scared the life out of this ball boy last night after celebrating his goal for Al-Hilal.
He apologised by giving the young boy his shirt at the end of the game.
???? pic.twitter.com/Zt8QSL12TQ
— Mozo Football (@MozoSports) February 22, 2019
Bafétimbi Gomis scared the s**t out of a ball-boy yesterday after his goal celebration. ?
To apologise, he gave the kid his shirt after the match. ? pic.twitter.com/9MH7hlKs1g
— Football Tweet (@Football__Tweet) February 22, 2019
Wakanda Forever !!!!
Sebenarnya ada sebab mengapa Gomis meraikan gol beliau dengan melakukan ‘The Panther Walk’. Menurut laporan, Gomis mula menggunakan gaya tersebut sejak mewakili kelab pertamanya lagi iaitu AS Saint-Etienne yang beraksi di Ligue 1.
Gomis ingin menghargai sumbangan salah seorang pemain terbaik dalam sejarah St-Etienne, Salif Keita yang berjaya menjaringkan 125 gol dari 149 perlawanan untuk kelab tersebut.
GOAL! Swansea 2-1 Man United (Gomis) "The panther strikes again". Watch live now on SS1 http://t.co/C6gnAQta6r pic.twitter.com/Mva3YOoqA2
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) August 30, 2015
Nama samaran Keita adalah ‘The Black Panther’. Jadi Gomis meniru gaya seekor harimau kumbang sebagai tanda penghargaan kepada Keita atas sumbangannya selama ini untuk kelab Perancis tersebut.