[VIDEO] Klaas-Jan Huntelaar Cipta Rekod Baru di Eredivisie Bersama Ajax

Masih kah anda ingat penyerang berasal dari Belanda yang bernama Klaas-Jan Huntelaar ?

Jika ingatan anda masih kuat, Huntelaar kini mewakili Ajax pada usia yang sudah  mencecah 36 tahun !

Huntelaar mencipta reputasi sebagai penyerang yang klinikal di hadapan gol. Beliau pernah mewakili kelab ternama seperti Real Madrid, AC Milan dan Schalke 04 sepanjang kariernya

Walaupun Ajax dibarisi ramai pemain muda yang hebat, pasukan tersebut masih lagi mempunyai ruang untuk penyerang berpengalaman seperti Huntelaar.

Walaupun kelibat beliau jarang kelihatan, Huntelaar masih lagi mampu memberikan impak setiap kali khidmatnya diperlukan di atas padang.

Itulah yang berlaku ketika perlawanan Eredivise di antara Ajax menentang Groningen. Ajax yang masih lagi dibuai mimpi menyingkirkan Juventus dari Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu, bertandang ke gelanggang Groningen untuk mencari 3 mata berharga.

Namun begitu, mereka berdepan kesukaran untuk menembusi tembok pertahanan Groningen yang kental utuh bertahan. Separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan.

Babak kedua bermula dan Huntelaar dimasukkan pada minit ke-59 menggantikan pemain sayap, Lasse Schone.

Akhirnya, gol yang dicari-cari Ajax tiba pada minit ke-78 menerusi pemain gantian, Huntelaar yang masuk pada awal babak kedua. Beliau bijak menggunakan badannya untuk mengawal bola sebelum merembat kencang untuk gol tunggal perlawanan.

Sebaik sahaja menjaringkan gol, Huntelaar memecat jersi yang dipakainya ketika meraikan gol jaringannya. Akibat daripada tindakan tersebut, beliau menerima kad kuning.

Selang 5 minit kemudian, Huntelaar dilayangkan kad merah akibat menyiku pemain lawan ketika cuba bersaing untuk bola tinggi.

Walaupun bermain 10 orang, Ajax bertahan dengan baik selepas itu dan berjaya membawa pulang mata penuh untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka di persada Eredivisie. Mereka kini berkongsi mata yang sama dengan penghuni tempat ke-2, PSV Eindhoven tetapi Ajax mempunyai kelebihan jaringan.

Huntelaar turut mencipta sejarah baru dalam Eredivise apabila muncul pemain pertama yang masuk sebagai pemain gantian, menjaringkan gol dan selepas itu dilayangkan kad merah.

Takpe lah Huntelaar, asalkan 3 mata dalam tangan. Sabor je lah.

https://twitter.com/ajaxtimes/status/1119875010389315584

BACA:  Salah Seorang Mangsa Gugurkan Dakwaan Dikasari Antony