Makin tua makin menjadi. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan Lionel Messi pada ketika ini.
Dalam perlawanan La Liga menentang Espanyol hujung minggu lalu, Messi membuktikan kepada semua peminat bola sepak mengapa beliau wajar mendapat gelaran sebagai pengambil sepakan percuma terbaik dunia ketika ini.
Pada minit ke-72, Barcelona dianugerahkan sepakan percuma betul-betul di hadapan kotak penalti. Kedudukan pada ketika itu masih lagi terikat tanpa jaringan, dan Barcelona dilihat bergelut untuk menembusi pintu gol Espanyol yang dikawal oleh Diego Lopez.
Melihat pada jarak di antara pintu gol dan sepakan percuma, Lopez mengambil pendekatan untuk berdiri berdekatan dengan ‘far post’, meninggalkan banyak ruang di kawasan ‘near post’.
Kebiasaannya pada situasi seperti itu, ramai pemain akan cuba menyepak bola ke bahagian ‘far post’ kerana lebih mudah untuk dilaksanakan.
Tetapi Messi bukan biashe-biashe. Beliau adalah pemenang Ballon d’Or sebanyak 5 kali dan kali ini kapten Argentina itu mengambil pendekatan yang unik untuk menghukum Diego Lopez.
Messi melakukan sesuatu yang di luar jangkaan apabila menyungkit bola melepasi benteng Espanyol, dan ia kelihatan seperti sepakan percuma yang diambil dengan gaya ‘Panenka’.
Watch Lionel Messi's glorious goal against Espanyol yesterday ? ? ? pic.twitter.com/LP3GCALVYf
— Marc Zeus ?? (@MarcZeus7) March 31, 2019
Messi turut mendapat bantuan dari pemain tengah Espanyol, Victor Sanchez yang menjaga pintu gol ketika sepakan percuma apabila pemain itu tertanduk bola ke dalam gawang sendiri ketika cuba menyelamatka percubaan Messi.
Kebiasaannya kita akan melihat pemain seperti Sergio Ramos dan Zlatan Ibrahimovic melakukan penalti ‘Panenka’, tetapi Messi membawanya ke satu tahap yang lebih tinggi dengan sepakan percuma ‘Panenka’.
Revivamos el golazo de Tiro libre de Lionel Messi en el Derbi Catalán desde el ángulo de la gente.#IngeDelFutbol #Fcb #Espanyol #BarçaEspanyol #DerbiCatalán pic.twitter.com/oWaWiLyfNT
— IngedelFutbol (@IngedelFutbol) March 30, 2019
Lebih menakjubkan, ini adalah gol dari sepakan percuma ke-12 Messi sejak tahun 2018, jumlah tertinggi yang diraih mana-mana pemain dalam tempoh yang sama.
Tambah manis, tidak lama kemudian, Messi sekali lagi menjaringkan gol pada penghujung permainan untuk mematikan sisa-sisa perjuangan Espanyol untuk Barcelona memperolehi kemenangan selesa 2-0 ke atas seteru setempat.