[VIDEO]’Rainbow Flick’ Dari Neymar Yang Hampir Hasilkan Gol Bertaraf Puskas

Dalam saingan Coupe de France semalam, Neymar hampir menjaringkan gol bertaraf ‘Puskas’ ketika Paris Saint-Germain bertemu Strasbourg di halaman sendiri.

Namun sayang percubaan Neymar dari luar kotak penalti gagal menemui sasaran. Tetapi Neymar mencipta sendiri peluang tersebut dengan melakukan ‘Rainbow Flick’ terhadap seorang pemain Strasbourg sebelum merembat bola ke arah gol.

Selepas berang disepak 3 kali, Neymar melakukan flick pelangi terhadap pemain yang mengasarinya tadi. Ouchhh

Sebelum percubaan tersebut dilakukan, Neymar cuba dijatuhkan berulang kali oleh pemain Strasbourg bernombor 7,  Moataz Zemzemi.

Neymar jelas marah dengan kekasaran yang dilakukan Zemzemi terhadapnya dan pergaduhan kecil tercetus di antara kedua-dua pasukan sejurus selepas kekasaran tersebut.

Bekas pemain Barcelona itu menerima bola dari sepakan percuma tersebut dan melakukan ‘Rainbow Flick’ terhadap pemain yang mengasarinya tadi sebelum merembat kencang ke arah gawang gol Strasbourg.

Malangnya ia tidak menepati sasaran kerana jika ia menghasilkan gol, sudah pasti ia akan dicalonkan dalam anugerah Puskas untuk tahun 2019.

Walaupun PSG berjaya meraih kemenangan 2-0 ke atas Strasbourg, kemenangan tersebut perlu dibayar dengan harga mahal kerana Neymar mengalami kecederaan yang agak serius pada separuh masa kedua sehingga terpaksa dikeluarkan.

Kaki kanan Neymar terkehel ketika beliau membawa bola dan ia mungkin mengakibatkan kaki Neymar terseliuh dengan teruk.

Sejurus selepas mengalami kecederaan tersebut, Neymar terpaksa diusung keluar dan beliau dilihat menitiskan air mata kerana menyedari beliau mengalami kecederaan yang agak serius.

BACA:  Neymar Copy Ori Berjaya 'Memperbodohkan' Peminat, Media Dan Sekuriti Di Piala Dunia