Walau Mengalami Kecederaan Rusuk, Shaw Tetap Beraksi Cemerlang Dalam Saingan Euro 2020

Luke Shaw sebenarnya menderita kecederaan patah tulang rusuk ketika beraksi dalam saingan Euro 2020 bersama skuad kebangsaan England.

Walau menderita kesakitan, beliau masih tetap mempamerkan aksi permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan di posisi full-back skuad The Three Lions.

Pemain left back yang ketika ini berusia 26 tahun itu telah diletakkan dibangku simpanan ketika aksi perlawanan pembukaan Euro 2020 bertemu Croatia di Wembley.

Walau bagaimanapun, Shaw kemudiannya telah turun sebagai kesebelasan utama untuk skuad England dalam saingan Euro 2020, seterusnya membantu skuad kendalian Gareth Southgate itu untuk mara ke perlawanan akhir.

Pemain kebangsaan England itu beraksi dengan sangat baik sepanjang kejohanan ini, hingga beliau turut diberi julukan nama Shawberto Carlos atas persembahan mantap dipamerkan.

Lebih menarik lagi, legenda bola sepak Brazil, Roberto Carlos sendiri turut memuji Shaw atas persembahan hebat yang dipamerkan ketika beraksi bertemu Ukraine di peringkat suku akhir.

Shaw telah dikeluarkan pada aksi babak kedua permainan dalam aksi kemenangan 4-0 England menewaskan Ukraine di Stadio Olimpico, Rome itu.

Walau bagaimanapun, bintang Manchester United itu turun beraksi penuh selama 120 minit ketika aksi kemenangan 2-1 England menewaskan Denmark di Wembley.

Shawberto Carlos turut membuka tirai jaringan dalam aksi perlawanan akhir bertemu Itali di Wembley, seawal minit ke-2 permainan.

Namun jaringan beliau tidak membantu England untuk menjulang Piala pertama mereka sejak 55 tahun lalu selepas skuad The Three Lions terpaksa akur dengan kekalahan menerusi penentuan sepakan penalti bertemu Itali.

The Daily Telegraph kini melaporkan yang pemain full-back Manchester United itu sebenarnya menderita kecederaan teruk ketika aksi kemenangan 2-0 England menewaskan Jerman di pusingan 16 terbaik di Wembley.

Aksi hebat dan super mantap yang ditunjukkan oleh Shaw sepanjang kejohanan Euro semakin dikagumi selepas peminat tahu yang beliau beraksi sambil menahan kesakitan.

Dalam pada menanggung derita kecederaan, Shaw tetap berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dan ia benar-benar membuatkan ramai pihak teruja.

Walau bagaimanapun, kecederaan yang beliau hadapi sedikit membimbangkan Manchester United yang sedang memantau tahap kecergasan beliau pada ketika ini.

Akhbar tersebut turut menambah lagi yang setan merah mahu membawa pulang bekas bintang Southampton itu ke pusat latihan Carrington untuk mendapatkan rawatan berkait masalah kecederaannya.

Dan United pada ketika ini agak terdesak untuk melihat berapa lama masa yang diperlukan untuk Shaw kembali pulih dan cergas sepenuhnya.

United turut bimbang Shaw akan terlepas sepenuhnya aksi pra musim skuad setan merah dek kerana masalah kecederaan dan kecergasan yang sedang beliau alami ketika ini.

Shawberto Carlos ketika ini berada di Greece untuk menikmati percutiannya selepas kecewa gagal untuk membantu England memenangi Piala pertama mereka sejak kali terakhir mereka menangi Piala Dunia pada 1966.

Walau cedera masih mampu beraksi hebat seperti itu, bayangkan kalau dia fit?

Setan merah baru sahaja menandatangani Jadon Sancho pada musim panas ini dan mereka pada ketika ini sedang dalam rundingan untuk tandatangani pemain pertahanan.

Setan merah sepertinya sudah hampir pasti untuk menandatangani pertahanan Real Madrid yang dianggap sebagai salah seorang pemain pertahanan terhebat dunia ketika ini, Raphael Varane.

Pemain berusia 28 tahun itu ketika ini berada di tahun terakhirnya bersama kelab dan beliau sudah memutuskan untuk mencari cabaran baru selepas menghabiskan 10 tahun kariernya di Sepanyol.

Madrid sebelum ini sudah melepaskan Sergio Ramos untuk sertai Paris Saint Germain secara percuma dan mereka tentunya mahu mendapatkan keuntungan dari penjualan Varane.

United kebiasaannya menggandingkan Harry Maguire bersama Victor Lindelof namun pimpinan dan pengurusan kelab sedar mereka memerlukan pemain lebih berpengalaman untuk digandingkan bersama ketua pasukan mereka.

Varane telah memenangi empat kali gelaran Champions League bersama Real Madrid dan beliau juga telah berjaya memenangi gelaran Piala Dunia bersama Perancis pada 2018 yang lalu.

Pengurus setan merah, Ole Gunnar Solskjaer telah ditanya tentang perpindahan tersebut selepas tamat aksi kemenangan 2-1 United menewaskan Derby County dalam perlawanan persahabatan kemarin.

Sancho dijangka akan diumumkan secara rasmi sebagai penandatanganan kedua kelab selepas Tom Heaton, namun Solskjaer masih tidak mahu ulas tentang hal tersebut.

“Masih ada beberapa hal yang perlu kami lakukan tapi kami masih berharap agar kami akan mampu untuk umumkan salah seorang pemain yang dah ramai orang bercerita tentang dia sekarang. Kami sedang berusaha, kami mahu skuad yang hebat dan kuat.”

Jelas Ole Gunnar Solskjaer kepada Sky Sports.

“Saya tak rasa ia satu rahsia, kita sudah ada perjanjian dengan Borussia Dortmund, tapi selagi semuanya tak selesai, dia masih lagi pemain Borussia Dortmund.”

Ketika ditanya tentang Raphael Varane, Ole menjawab:

“Sama juga”.

Setan merah akan turun beraksi bertemu Queens Park Rangers, Brentford, Preston dan Everton sebelum mereka memulakan aksi musim baharu premier league pada Ogos nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Harry Maguire Tuduh Luke Shaw Buat Cerita