Wayne Rooney Pernah Merayu Kepada Xavi Supaya Jangan Buli Manchester United

Wayne Rooney tidak dinafikan sememangnya salah seorang legenda terhebat dalam sejarah saingan premier league.

Beliau bukan hanya dikenali sebagai legenda terhebat Manchester United, Rooney juga dianggap sebagai penyerang paling prolific yang pernah England miliki.

Wayne Rooney pernah merayu meraih simpati ketika skuad Manchester United dibuli teruk oleh Barcelona dalam aksi perlawanan akhir Champions League pada tahun 2011.

Kira-kira sedekad yang lalu, legenda Manchester United itu terpaksa merayu-rayu kepada Xavi supaya berhenti membuli pasukannya.

Gergasi Catalan itu telah mempamerkan aksi permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika dalam aksi perlawanan yang dilangsungkan di Wembley itu.

Persembahan mantap para pemain Barcelona ketika itu berjaya membantu mereka untuk menewaskan Manchester United 3-1 seterusnya menjulang kejuaraan Champions League.

Kejayaan menewaskan setan merah itu juga merupakan kejayaan kedua Barca menjulang Piala kejuaraan Champions League dalam tempoh tiga musim terakhir ketika itu.

Persembahan yang ditunjukkan oleh para pemain Barcelona ketika itu merupakan kemuncak kepada era kegemilangan Pep Guardiola sebagai pengurus kelab.

Wayne Rooney yang menjaringkan gol penyamaan untuk setan merah pada aksi babak pertama permainan pada ketika itu, telah merayu-rayu kepada Xavi supaya tidak membuli pasukannya.

Lebih kurang 10 minit sebelum wisel penamat dibunyikan, ketika itu lah Rooney sudah tidak sanggup melihat rakan sepasukannya dipermalukan oleh para pemain Barca yang mendominasi permain seperti bermain dengan skuad kanak-kanak bawah sembilan tahun.

“Sudah cukuplah, kamu sudah menang. Kamu boleh berhenti bermain seperti ini sekarang.”

Ia dikatakan ayat yang tidak habis-habis disebut oleh Rooney menurut Sergio Busquets dalam satu temu bualnya bersama The Guardian tahun lalu.

Pedro, Lionel Messi dan David Villa merupakan penjaring gol yang membantu Barcelona menewaskan Man Utd 3-1 pada ketika itu.

Perlawanan tersebut juga dianggap aksi tiki-taka terbaik pernah dimainkan oleh Barca dibawah kendalian Pep Guardiola.

Kehebatan mereka mengawal dan mendominasi permainan telah membuatkan Sir Alex Ferguson begitu bengang hingga menggenggam penumbuk menjelang lima minit sebelum perlawanan tamat.

Selepas tamat perlawanan tersebut, legenda terhebat sepanjang zaman United itu mengakui bahawa beliau tidak pernah melihat setan merah ditindas sedemikian rupa oleh pasukan lawan.

Beliau juga mengakui yang skuad Barcelona pada ketika itu merupakan pasukan paling sukar yang pernah dihadapi dalam kariernya.

“Tidak ada sesiapa yang mampu membuatkan kami diaibkan seperti itu, tapi mereka memang berhak untuk menang.”

Jelas Ferguson kepada BBC Sport.

“Mereka bermain dengan cara yang betul dan mereka benar-benar menikmati bola sepak. Mereka mampu mengelirukan kamu dengan hantaran dan kami tak pernah benar-benar boleh mengawal Messi. Dan ramai orang katakan itu.”

“Selama saya bergelar pengurus, mereka adalah pasukan terhebat yang pernah saya hadapi.”

Tidak dinafikan Barcelona pada ketika itu sangat jauh berbeza dengan skuad yang mereka ada pada ketika ini, walau masih dibarisi oleh pemain-pemain bertaraf dunia.

Rooney ketika beraksi bersama Manchester United

Sejak beberapa musim kebelakangan ini, Barca bukan hanya gagal untuk menjulang kejuaraan Champions League, mereka bahkan sering menjadi pasukan belasahan di pusingan kalah mati.

Bermula dengan disingkirkan oleh AS Roma, kemudian come back menakjubkan dari Liverpool, Barcelona turut pernah ditewaskan teruk ditangan Bayern Munich.

Mereka bukan lagi pasukan yang digeruni di pentas bola sepak Eropah seperti mana ketika zaman kegemilangan mereka dahulu.

Ditambah dengan masalah kewangan pada ketika ini, Barca hanyalah sebuah pasukan biasa sahaja dan sama sekali tidak digeruni oleh pasukan lawan.

Mereka musim lalu hanya berjaya memenangi satu Piala sahaja iaitu Copa Del Rey dan terlepas semua Piala lain termasuk gelaran La Liga.

Ronald Koeman ketika ini sedang mempersiapkan anak buahnya untuk musim baharu nanti dan tentunya mereka bertekad untuk memenangi setidak-tidaknya satu Piala antara gelaran Liga, ataupun Champions League.

Sumber: GivemeSport

BACA:  Wayne Rooney: 'Jika Saya Pengurus, Saya Tak Akan Turunkan Trent Dan Buang Bowen'