Wenger Label Evolusi Penjaga Gol Sebagai ‘PerubahanTerbesar Dalam Bola Sepak’

Encik Arsene Wenger yang kini merupakan ketua pembangunan bola sepak global FIFA telah melabelkan evolusi penjaga gol dan attacking wide players merupakan ‘perubahan terbesar dalam bola sepak’.

Kumpulan kajian teknikal Piala Dunia yang turut dikelolakan oleh Encik Arsene Wenger telah mendapati bahawa Ball-playing goalkeepers and attacking wide players adalah membawa pengaruh besar di Piala Dunia.

Dapatan oleh Kumpulan kajian teknikal FIFA ini membentangkan laporan ini hanya untuk peringkat kumpulan sahaja yang telah pun selesai.

Penjaga gol menawarkan diri untuk menerima hantaran sebanyak 726 kali dalam perlawanan peringkat kumpulan, meningkat daripada 443 kali pada peringkat yang sama di Rusia empat tahun lalu dan penjaga gol mendapat bola sebanyak 356 kali, meningkat daripada 177 kali.

Wenger menyimpulkan ia adalah tindak balas kepada penyerang yang menekan tinggi (high pressing) yang memaksa pemain pertahanan berpatah balik. Oleh itu, pengurus cenderung untuk memilih penjaga gol yang selesa dengan bola.

“Perubahan terbesar dalam bola sepak ialah penjaga gol.” kata Wenger.

“Sebelum ini permainan bola sepak telah menganggap penjaga gol sebagai satu kesatuan yang berbeza, kini mereka adalah sebahagian daripada pasukan. Itulah evolusi moden. Ia adalah perubahan besar.”

Terdapat juga kepentingan kewujudan wide player, Wenger percaya, wide player telah membawa reaksi balas kepada pertahanan yang melindungi bahagian tengah padang.

“Terdapat perbezaan besar dengan 2018,” Ujar warga Perancis itu.

“Gol daripada permainan terbuka daripada hantaran lintang meningkat 83 peratus. Pasukan menyekat bahagian tengah dan membuka lebih banyak bahagian sayap.”

“Dalam perlawanan Belanda vs USA, semua gol datang dari hantaran silang, yang mengesahkan trend ini.”

“Adakah ini bermakna pasukan yang mempunyai wide player terbaik mempunyai peluang terbaik? Saya percaya ada sesuatu di sana. Bukan sahaja pemain yang menyerang tetapi juga pemain full back.”

Wenger juga menjangkakan bangku simpanan akan menjadi aset penting dalam Piala Dunia dengan lima pemain gantian yang mungkin menyumbang lebih gol lewat permainan setakat ini.

“Boleh jadi pertukaran lima pemain menambah kemungkinan untuk bertahan dengan lebih baik pada minit-minit akhir.” tambahnya.

Dapatan dari kajian Encik Wenger mengenai pemain simpanan ini dibuktikan dengan jumlah jaringan yang dijaringkan oleh pemain gantian di Piala Dunia 2022.

Satu statistik menarik telah dicipta di Piala Dunia Qatar 2022, apabila pemain gantian menjaringkan gol lebih banyak di Qatar berbanding edisi Piala Dunia yang lalu dengan 23 gol diperingkat kumpulan sahaja.

Angka ini telah jauh melepasi jumlah gol yang dijaringkan oleh pemain gantian pada Piala Dunia 2018 di Rusia secara keseluruhannya mengumpul 16 gol selepas 64 perlawanan atau sehingga final.

Secara total, Ia sudah menjadi jumlah ketiga tertinggi dalam sejarah Piala Dunia walaupun masih kurang daripada rekod sepanjang masa 32 gol pada Piala Dunia 2014.

Piala Dunia 2014 di Brazil adalah luar biasa, pemain gantian masuk dan mampu mengubah permainan mencatatkan angka tertinggi dan memecahkan rekod di Piala Dunia 2006 yang mencatatkan 24 gol.

Di Qatar setakat peringkat kumpulan sahaja sebanyak 120 gol secara keseluruhan dijaringkan dan 23 daripadanya datang dari pemain gantian.

Jumlah Jaringan Pemain Gantian Di Piala Dunia Sejak 1970.

1. Piala Dunia 2014 – 32 gol

2. Piala Dunia 2006 – 24 gol

3. Piala Dunia 2022 – 23* gol

4. Piala Dunia 2002 – 21 gol

5. Piala Dunia 1990 – 20 gol

6. Piala Dunia 2018 – 16 gol

7. Piala Dunia 1982 – 16 gol

8. Piala Dunia 2010 – 15 gol

9. Piala Dunia 1998 – 14 gol

10. Piala Dunia 1994 – 13 gol

11. Piala Dunia 1986 – 12 gol

12. Piala Dunia 1978 – 6 gol

13. Piala Dunia 1970 – 5 gol

14. Piala Dunia 1974 – 5 gol

*Masih berlangsung

Ternyata pertukaran lima pemain dalam satu perlawanan yang buat pertama kali diperkenalkan di Piala Dunia memberi impak kepada pasukan ditambah pula dengan penambahan pemain skuad dari 23 kepada 26 orang.

BACA:  Arsene Wenger Menyesal Kerana Bersama Arsenal Terlalu Lama