Wonderkid Tahun 2012 Yang Diramal Menjadi Bintang Pada Tahun 2020

Bintang sensasi Paris Saint Germain, Neymar telah diramal bakal menjadi pemain bola sepak terhebat dunia pada tahun 2020 sejak dari tahun 2012 lagi.

Menurut laporan dari Bleacher, sebuah media penerbitan telah menyenaraikan 10 pemain muda pada tahun 2012 dan meramal bahawa kesemua pemain itu bakal menjadi bintang besar pada tahun 2020.

Pemilihan 10 pemain itu telah dilakukan selepas melihat aksi mereka ketika itu dan bleacher mengatakan bahawa:

“Bakat-bakat muda yang luar biasa hebat, para pemain ini semua bakal menjadi bintang dan pujaan para peminat beberapa tahun dari sekarang”.

Neymar yang kini sudah berusia 28 tahun telah mula menjadi perhatian sejak dari bersama pasukan Santos lagi.

Pada ketika itu beliau sering dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Real Madrid dan Barcelona.

Ketika itu, Bleacher mengatakan bahawa pemain sayap Brazil itu mempunyai gaya potongan rambut paling teruk antara pemain lain yang disenaraikan.

Tetapi menurut salah sebuah syarikat penerbitan ketika itu, Neymar mempunyai ciri untuk menjadi seorang bintang dalam sukan bola sepak dan beliau akan menjadi seorang pemain terbaik dunia sebaik masuk tahun 2020.

Dan beberapa tahun selepas itu Neymar telah menyertai pasukan Barcelona dan telah menjadi pemain paling bernilai selepas dibeli oleh PSG dengan nilai £198 juta pada tahun 2017.

Tetapi sayangnya Neymar sering ditimpa kecederaan dan aksinya tidak mencapai tahap sebenar beliau.

Pemain kebangsaan Brazil itu masih belum mampu untuk menandingi kehebatan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Selain Neymar, Mario Gotze turut berada didalam senarai itu dan berada di kedudukan kedua dibelakang Neymar.

Gotze ketika itu mempamerkan aksi begitu cemerlang bersama pasukan Borussia Dortmund.

Pemain midfield Jerman yang kini berusia 27 tahun itu meninggalkan Dortmund pada tahun 2013 untuk bersama pasukan seteru mereka Bayern Munich.

Gotze bersama Bayern Munich selama tiga musim dan beliau tidak berjaya mempamerkan aksi semantap ketika bersama Dortmund sebelumnya.

Selepas mengharungi tiga musim bersama Bayern dan memenangi tiga gelaran Bundesliga berturut-turut, Gotze akhirnya kembali beraksi bersama pasukan Dortmund.

Eden Hazard turut berada didalam senarai dan berada dikedudukan ketiga pada ketika itu.

Pada tahun 2012, Eden Hazard telah meninggalkan pasukan Lille dan menandatangani perjanjian bersama pasukan Chelsea.

Pemain sayap Belgium yang kini berusia 29 tahun itu telah bersama Chelsea selama tujuh tahun dan beliau turut mempamerkan aksi sangat mantap ketika menyarung jersi the blues itu.

Sepanjang bersama pasukan Chelsea, Hazard telah berjaya menjulang dua kejayaan Liga Perdana dan dua kejuaraan Europa League.

Hazard meninggalkan Chelsea pada jendela perpindahan musim panas lalu dengan nilai £88.5 juta ke Real Madrid.

Dan menurut laporan Bleacher juga, mereka meramal bahawa Hazard bakal meninggalkan Chelsea dan akan berhijrah ke Real Madrid.

Ramalan itu dibuat pada 2012 dan ia benar- benar berlaku. Mungkin ini satu-satunya ramalan mereka yang tepat?

Senarai dibawah merupakan senarai yang di buat pada tahun 2012 mengenai 10 pemain muda ketika itu yang dijangka bakal menjadi bintang besar pada tahun 2020.

Senarai pemain muda tahun 2012 yang dijangka menjadi bintang pada 2020

10. Mamadou Sakho
9. Alex Oxlade-Chamberlain
8. Mario Balotelli
7. Jack Wilshere
6. Lucas Moura
5. Christian Eriksen
4. Thiago Alcantara
3. Eden Hazard
2. Mario Gotze
1. Neymar

Kini telah masuk tahun 2020 dan siapa saja pemain dari senarai ni yang menepati ramalan?

Mamadou Sakho masih lagi tidak menepati ramalan dan masih gagal untuk menjadi salah seorang bintang terhebat premier league. Apatah lagi mahu menguasai dunia.

Pemain seperti Jack Wilshere dan Thiago Alcantara masih lagi berada ditahap sederhana bersama pasukan masing-masing.

Mario Balotelli kini kembali beraksi bersama pasukan di Serie A dan setakat
19 perlawanan dalam musim ini beliau sudah menjaringkan lima gol untuk pasukan Brescia.

Musim lalu adalah merupakan antara musim yang cemerlang untuk Lucas Moura. Tetapi sehingga kini beliau masih belum menunjukkan tahap permainan sebenarnya yang diharapkan.

Christian Ericksen telah meninggalkan Tottenham Hotspur untuk bersama pasukan Inter Milan.

Mungkin bersama Inter, bakatnya yang sudah mulai tumpul akan kembali tajam seperti yang diharapkan.

Oxlade-Chamberlain sepertinya hampir menepati ramalan yang dilakukan oleh Bleacher apabila pemain itu mempamerkan aksi cemerlang bersama Liverpool.

Namun, mungkin kerana kerap mengalami kecederaan menyebabkan Oxlade-Chamberlain sukar untuk terus bersinar.

BACA:  Pemain Setan Merah Koyak Lalu Memijak Neymar