Xavi Berikan Masa Sebulan Kepada Bintang Barca Ini Untuk Buktikan Sesuatu

Xavi menunjukkan ketegasan beliau dalam menguruskan kelab selepas pengurus Barcelona itu memberi tempoh satu bulan kepada Philippe Coutinho untuk membuktikan kemampuan sebenarnya.

Pengurus baru Barcelona itu juga menegaskan yang Coutinho perlu memanfaatkan tempoh sebulan itu untuk buktikan yang beliau layak untuk terus kekal di Nou Camp.

Seandainya tempoh satu bulan itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya, Xavi akan menunjukkan pintu keluar kepada bintang Brazil itu.

Media Sepanyol, SPORT mendakwa yang pemain berusia 29 tahun itu merupakan pemain yang menerima gaji paling besar berbanding pemain lain di Nou Camp pada ketika ini.

Namun begitu, beliau sepertinya sukar untuk mendapat tempat dan memberikan sesuatu yang diharapkan oleh pihak kelab sepanjang musim ini.

Bintang Brazil itu hanya mampu menjaringkan dua gol sahaja dari 13 penampilan dalam semua pertandingan bersama Barcelona musim ini.

Dari 13 perlawanan, Coutinho hanya membuat empat penampilan sahaja dalam kesebelasan utama Barcelona dan selebihnya beliau dimasukkan sebagai pemain gantian.

Laporan sama turut menyatakan yang Coutinho telah ditawarkan kepada kedua-dua Manchester City dan Manchester United, dengan Barcelona dilaporkan berminat untuk mendapatkan Ferran Torres, Raheem Sterling, Anthony Martial atau Edinson Cavani.

Laporan itu menjelaskan yang masa depan bekas bintang Liverpool itu di Nou Camp sudah terlalu malap, dan beliau sepertinya sedang menghitung hari sahaja lagi untuk dilepaskan.

Beliau telah diberi kesempatan selama satu bulan untuk buktikan sesuatu, dan seandainya gagal, Coutinho akan dilepaskan oleh kelab pada jendela perpindahan Januari nanti.

Coutinho sebenarnya berjaya untuk memberikan impak ketika aksi terakhirnya bersama Barcelona, dengan beliau cemerlang meledak gol ketika aksi bertemu Villarreal hujung minggu lalu.

Beliau perlu konsisten memberikan impak setiap kali diturunkan dengan Coutinho selepas ini perlu memberi tumpuan untuk aksi bertemu Real Betis pada hujung minggu ini.

Sejak Barca dikendalikan oleh Xavi, mereka sepertinya telah menunjukkan peningkatan yang sangat positif dengan gergasi Catalan itu masih belum tewas dari enam perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Barcelona pada ketika ini mengumpul 23 mata dari 14 perlawanan, dengan mereka sedang berada di kedudukan ke-14 dalam carta saingan La Liga.

Mereka ketika ini ketinggalan 10 mata di belakang Real Madrid dan sepertinya agak sukar untuk Barcelona mencabar kejuaraan liga musim ini.

Skuad kendalian Xavi itu juga pada ketika ini sedang memberi tumpuan untuk aksi dalam saingan Champions League nanti, dengan mereka perlu mencatat kemenangan bertemu Bayern Munich untuk mara ke peringkat kalah mati.

Seandainya mereka sekadar mencatatkan keputusan seri atau tewas, maka tiada harapanlah untuk Barcelona beraksi di peringkat kalah mati.

Xavi benar-benar mahu merombak dan mengubah skuad Barca, membuang pemain tak berfungsi merupakan salah satu hal yang akan beliau lakukan dalam tempoh terdekat ini.

Coutinho bakal menjadi pemain pertama yang akan disingkirkan, dengan Xavi turut sudah menyenaraikan 10 pemain yang beliau mahu kelab tandatangani pada jendela perpindahan Januari nanti.

Kedudukan ekonomi kelab pada ketika ini tidak begitu mengizinkan untuk mereka berbelanja besar, dan kerana itulah pemain yang menerima gaji besar harus disingkirkan.

Dari 10 pemain yang ada dalam wishlist beliau, sepertinya Barca akan berusaha untuk mendapatkan dua atau tiga pemain dari senarai itu, dalam usaha mereka untuk menyokong Xavi menaikkan semula kelab.

Adakah Coutinho mampu untuk buktikan sesuatu dalam tempoh sebulan ini? Atau beliau akan ditendang keluar pada jendela perpindahan Januari nanti? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Klopp Tidak Menyangka Liverpool Mampu Bermain Lebih Baik Tanpa Coutinho