Zlatan Dan Beckham Membuat Pertaruhan Sempena Perlawanan England vs Sweden

England bakal bertemu Sweden diseparuh akhir Piala Dunia 2018 dan ini merupakan perlawanan terbesar England sejak Piala Dunia 2006 di mana sejak itu pasukan Tiga Singa sentiasa kandas.

Pasukan bimbingan Gareth Southgate itu akan memastikan tempat ke separuh akhir buat pertama kali sejak 1990 jika berjaya menewaskan Sweden di Samara.

England gagal memenangi sebarang perlawanan di pusingan kalah mati Piala Dunia sejak 2006 dan menamatkan rentetan kekalahan itu dengan menewaskan Colombia.

Piala Dunia 2006 – Tersingkir di pusingan kalah mati.

EURO 2008 – Gagal layak.

Piala Dunia 2010 – Tersingkir di pusingan 16 terbaik kepada Jerman.

EURO 2012 – Kalah sepakan penalti kepada Italy.

Piala 2014 – Persembahan terburuk England di Piala Dunia, pulang awal selepas gagal melepasi peringkat kumpulan.

EURO 2016 – Kekalahan memalukan kepada pendatang baru Iceland.

Sweden telah melebihi segala jangkaan yang diberikan kepada negara pertukangan perabot itu dan menjadi pasukan underdog atau bawah anjing yang cemerlang walaupun kini tanpa Zlatan Ibrahimovic.

Terdapat beberapa pendapat yang menyatakan bahawa persaraan Zlatan dari peringkat antarabangsa membolehkan Sweden beraksi lebih baik sebagai sebuah pasukan dan pendapat ini seakan benar jika dilihat prestasi Sweden sekarang.

Zlatan tetap Zlatan walau di mana jua berada. Zlatan telah memuat naik statusnya yang berbaur pertaruhan di Instagram yang ditujukan kepada bekas ketua pasukan England, David Beckham.

“Yo @davidbeckham jika @england menang aku akan belanja kau makan malam tak kira kat mana kau nak dalam dunia ni, tapi jika @swemnt kau belanja aku apa saja aku nak kat @ikeasverige ok?”

—-

“Yo @davidbeckham if @england wins I buy you dinner where ever you want in the world, but if @swemnt wins you buy me what ever I want from @ikeasverige ok?”

Bekas pemain Manchester United itu membuat pertaruhan akan membelanja Beckham makan malam jika England menang dan jika sebaliknya Beckham akan belanja Zlatan membeli-belah di Ikea.

Cabaran Zlatan itu telah disahut dengan penuh budiman oleh David Beckham yang bersuara lunak itu dengan pertaruhan yang lagi padu.

Beckham berkat jika Sweden menang, beliau sendiri akan membawa Zlatan ke Ikea dan belanja barang-barang untuk rumah baru Zlatan di Los Angeles.

Tetapi jika England menang, Beckham mahu Zlatan ke Wembley menyaksikan perlawanan England dengan memakai jersi England dan menikmat fish & chip di separuh masa pertama.

BACA:  Zlatan Menjawab Tuntutan Beckham Dan Memuji Kecemerlangan Sweden