Zlatan Ibrahimovic Sudi Kembali Bersama Manchester United Jika Diperlukan

Penyerang penuh kontorversi LA Galaxy, Zlatan Ibrahimovic yang terkenal dengan ayat-ayat tidak masuk akal telah menyatakan kesudian untuk kembali bersama bekas kelab lamanya Manchester United jika diperlukan.

Pemain berusia 37 tahun itu percaya beliau masih boleh bermain lagi di Premier League kerana perkara itu telalu ‘kacang’ bagi beliau dan jika Ole Gunnar Solskjaer perlukan ‘aku ada disini’.

Dalam satu temuramah Ibrahimovic menyatakan sekarang beliau fokus kepada LA Galaxy dan tidak menolak untuk kembali kepada bekas kelabnya itu.

“Ya, Singa masih mengaum. Aku masih mampu bermain dengan mudah di Premier League.”

“Jika United perlukan aku, aku di sini. Buat masa sekarang aku bersama Galaxy dan itulah fokus aku sekarang.”

“Aku pernah beraksi di Europe. Nikmat bangat, keren kali. Aku ada 33 trofi dan aku harap aku aku boleh menang sesuatu disini dan kita lihat kat mana kesudahanya.”

Ibrahimovic telah menjalani kempen yang agak berjaya di Premier League bersama rejim Jose Mourinho regime dengan menjaringkan 28 gol dalam 46 perlawanan di musim pertama, sesuatu yang hilang dalam kem Setan Merah.

Jodoh Zlatan bersama Setan Merah hanya semusim selepas Zlatan mengalami kecederaan di penghujung musim 2016/17 ketika menentang Anderlecht di suku akhir Europa League di mana Setan Merah muncul juara pada musim itu.

Zlatan memilih untuk tidak menyambung kontrak walaupun ditawarkan dengan lanjutan kontrak setahun namun kembali semula selepas pulih sebelum ke LA Galaxy.

Bekas kapten Sweden itu juga berbicara mengenai kekalahan Setan Merah kepada Crystal Palace dan mengakui telah memberi nasihat kepada Pogba.

“Aku lihat, aku lihat, aku lihat. Aku lihat perlawanan itu dan aku fikir mereka tidak bernasib baik. Jika mereka menjaringkan penalti, permainan akan berubah tetapi perlawanan di England tidak akan tamat sehingga ianya tamat.”

“Semua boleh terjadi terutamanya pada minit akhir dimana semua berada dalam detik yang mencemaskan.”

“Aku juga ada berbicara dengan Pogba. Banyak nasihat aku bagi tapi takde menda pun aku nak kongsi dengan kau.”

Ketika semusim bersama Manchester United, Zlatan Ibrahimovic telah menjadi penjaring terbanyak kelab dengan 28 gol dalam 46 perlawanan dengan 41 kali bermula sebagai kesebelasan utama dan bermain selama 3847 minit.

Premier League -17 gol
Europa League – 5 gol
League CUp – 4 go
FA Cup – 1 go
Community Shield – 1 gol

Walaupun jodoh yang singkat Zlatan telah menjulang dua trofi iaitu Europa League dan League Cup dengan gaji hanya 200,000 pound (RM1,064,366 juta) seminggu ketika berusia 35 tahun.

Zlatan Ibrahimovic membuat 180 penampilan bersama PSG dan menjaringkan 156 gol. Zlatan Ibrahimovic telah memenangi kejuaraan di 4 liga yang berbeza sejak memulakan karier profesionalnya bersama Malmo pada 1999.

Zlatan Ibrahimovic telah mewakili negaranya Sweden sebanyak 116 kali dan mnjringkan 62 gol sebelum mengumumkan persaraan daripada persada bolasepak antarabangsa.

Zlatan Ibrahimovic lahir pada 3 Oktober 1981 merupakan seorang pemain bola sepak profesional bermain di posisi penyerang dan dari Sweden. Zlatan merupakan pemain tetap pasukan kebangsaan Sweden dari tahun 2001 hingga 2016.

Bersama Sweden Zlatan memakai lilitan ketua pasukan di lengan sejak 2010 dan sehinggalah bersara dari bola sepak antarabangsa pada tahun 2016. Sepanjang kariernya di kelab Zlatan telah bermain di enam liga yang berbeza.

Kerjaya awal Zlatan bermula di Malmo pada penghujung tahun 90-an sebelum berhijrah ke Ajax. Kemudian Zlatan menyertai Juventus dan berjaya membentuk gandingan mantap bersama David Trezeguet sebelum ke Inter Milan.

Pada 2009 Zlatan telah diikat oleh Barcelona dari Inter Milan sebelum kembali ke Italy bersama AC Milan sebagai pemain pinjaman dan terus diikat secara tetap. Selepas bosan di Italy, Zlatan mencari cinta di Kota Paris bersama PSG.

Selepas 4 musim bermaharaja lela di Ligue 1 Zlatan beralih arah ke Premie League bersama Manchester United sebelum bersama LA Galaxy.

BACA:  Meremang Bulu Roma Dengar Ucapan Zlatan Selepas Milan Muncul Juara