Zlatan Menganjing Penyokong England

Zlatan Ibrahimovic tanpa berselindung lagi telah menganjing penyokong England ketika menikmati cuti dengan membuat kembali aksi jaringan popular beliau ketika Sweden menewaskan England 4-2 pada 2012.

Jaringan Zlatan Ibrahimovic ketika menentang England itu telah dipilih sebagai gol terbaik dunia tahun itu menewaskan pencabar lain untuk meraih anugerah PUSKAS untuk mengiktiraf gol terbaik dunia.

Faiz Subri pernah memenangi anugerah ini dan berada sebaris dengan Zlatan Ibrahimovic, Cristiano Ronaldo, Mohamed Salah dan ramai lagi. Pencapaian membanggakan dari Anak Malaysia.

Siapa yang boleh pertikaikan gol jaringan lipat dari jarak jauh Zlatan adalah gol terbaik? Sudah tentu tidak ada yang akan pertikaikan kerana pertama gol itu cantik dan kedua sebab Zlatan.

Gol tersebut keempat pada minit terakhir perlawanan daripada Zlatan Ibrahimovic melengkapkan kemenangan bergaya Sweden ke atas England dengan jaringan 4-2.

Selepas 8 tahun berlalu Zlatan telah mengungkit kembali jaringan tendangan akrobatik yang dipanggil overhead kick dari jarak 30 ela yang membuatkan Joe Hart terpaku meratap langit.

Ketika bercuti di pantai selepas tamat kempen musim ini bersama AC Milan, Zlatan memuat naik video beliau di laman Twitter meniru aksi itu kembali dengan kapsyen yang ditujukan kepada penyoong England.

Nganjingan Zlatan kepada pasukan England yang sememangnya mampu mencetuskan perbalahan ini pasti telah membuatkan penyokong England melompat kemarahan dan koyak.

“God Save the Queen”

Gol terbaik antara yang terbaik dalam sejarah Puskas adalah milik Zlatan Ibrahimovic.

Zlatan tetap Zlatan apabila terus dengan sikap angkuh, ego dan sombong amat beliau tetapi dapat diterima ramai. Tanpa rasa takut dan steady menganjing pasukan England.

Pengurus England ketika itu, Roy Hodgson telah mengiktiraf gol daripada bekas pemain Manchester United dan PSG itu sebagai hasil kerja seni.

“Gol keempat merupakan satu gol kemuliaan makhota.”

“Ini merupakan satu gol yang indah untuk dilihat di padang bola sepak, namun aku lebih sanggup melihat jaringan ini jika dijaringkan menentang pasukan lain.”

Zlatan Ibrahimovic lahir pada 3 Oktober 1981 merupakan seorang pemain bola sepak profesional bermain di posisi penyerang dan dari Sweden. Zlatan merupakan pemain tetap pasukan kebangsaan Sweden dari tahun 2001 hingga 2016.

Bersama Sweden Zlatan memakai lilitan ketua pasukan di lengan sejak 2010 dan sehinggalah bersara dari bola sepak antarabangsa pada tahun 2016. Sepanjang kariernya di kelab Zlatan telah bermain di enam liga yang berbeza.

Kerjaya awal Zlatan bermula di Malmo pada penghujung tahun 90-an sebelum berhijrah ke Ajax. Kemudian Zlatan menyertai Juventus dan berjaya membentuk gandingan mantap bersama David Trezeguet sebelum ke Inter Milan.

Pada 2009 Zlatan telah diikat oleh Barcelona dari Inter Milan sebelum kembali ke Italy bersama AC Milan sebagai pemain pinjaman dan terus diikat secara tetap. Selepas bosan di Italy, Zlatan mencari cinta di Kota Paris bersama PSG.

Selepas 4 musim bermaharaja lela di Ligue 1 Zlatan beralih arah ke Premie League bersama Manchester United. Di PSG Zlatan muncul sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman PSG dengan 156 gol dalam 180 perlawanan.

Selepas itu Zlatan telah ke Major League Soccer(MLS) berasama LA Galaxy. Selepas cemerlang di LA Galaxy, Zlatan terus cemerlang membantu AC Milan pula selepas liga kembali bersambung.

Di usia sangat senja bagi pemain bola sepak iaitu 38 tahun, Zlatan Ibrahimovic masih lagi tidak menunjukkan faktor usia menjadi penghalang buat beliau untuk beraksi diperingkat tertinggi.

BACA:  Zlatan Membidas Manchester United Kerana Masih Hidup Dibawah Bayangan Ferguson