Zlatan Menjawab Tuntutan Beckham Dan Memuji Kecemerlangan Sweden

Pemain penyerang LA Galaxy, Zlatan Ibrahimovic bakal berdepan situasi yang memalukan apabila kalah pertaruhan dengan bekas ketua pasukan dan pemain bintang England, David Beckham selepas Sweden tewas kepada England.

Akibat kalah bertaruh Zlatan terpaksa memakai jersi pasukan Tiga Singa ketika menyaksikan perlawanan England di Stadium Wembley. Jadual perlawanan terdekat England sebagai tuan rumah pada 12 September 2018.

Adakah Zlatan akan memakai jersi England ketika menentang Switzerland dalam perlawanan persahabatan September nanti? Namun setakat ini venue perlawanan persahabatan ini belum diketahui akan berlangsung di mana.

Kerana yakin dengan kemampuan negara masing-masing kedua-dua pemain ini telah membuat pertaruhan dan pertaruhan ini memihak kepada Beckham. Namun sebagai lelaki sejati dan berprinsip Zlatan menerima kekalahan ini.

Zlatan telah memuat naik status di InstaStory menjawab kembali tuntutan Beckham dengan ringkas dan padat.

“@Davidbeckham, Mu Tunggu Aku Datang. Tahniah.”

—-

“@Davidbeckham, Im Coming. Congrats.”

Pasukan LA Galaxy juga tidak ketinggalan untuk memanaskan keadaan apabila turut membuat satu Twit ‘Important Update’ mengenai kesediaan Zlatan menerima kekalahan ini.

Bekas pemain Manchester United ini turut memuji pasukan Sweden dengan satu mesej yang penuh berkelas sebagai menghargai persembahan cemerlang Sweden di Piala Dunia Russia ini.

Zlatan telah mengkritik pasukan Sweden selepas tewas kepada Jerman 2-1 dan menyifatkan bahawa beliau boleh bermain lebih baik dari pemain Sweden selepas tewas pada perlawanan kedua peringkat kumpulan.

Sweden dilihat lebih baik dan cemerlang sejak Zlatan mengumumkan persaraan dari bola sepak antarabangsa. Pujian Zlatan ke atas pasukan Sweden ini seolah-olah mahu menebus balik keceluparan beliau sebelum ini.

“Setiap pemain perlu diberikan sebiji bola emas di Sweden. Apa yang mereka melakukan akan dikenang selama-lamanya. Terima kasih untuk pesembahan ini”

—-

“Every player should get a golden ball in Sweden. What they did will be remembered forever. Thank you for the show”

Beckham Mengingatkan Zlatan Tentang Pertaruhan Mereka

Zlatan Ibrahimovic telah memuat naik statusnya yang berbaur pertaruhan di Instagram yang ditujukan kepada bekas ketua pasukan England, David Beckham menjelang pertemuan England dan Sweden pada suku akhir Piala Dunia 2018.

Pertemuan ke-25 antara Sweden dan England menyaksikan England menang 8 kali Sweden menang 8 kali dan seri 9 kali. Di suku akhir pula England tenang menewaskan Sweden dengan dua gol tanpa balas.

Pada minit ke-30 akhirnya England dihadapan melalui sundulan tajam Harry Maguire. Gol terhasil berpunca dari sepakan penjuru dan Maguire melonjak sesedap rasa sebelum menyundul menewaskan, Robin Olsen.

Pada minit ke-59 pemain tengah Tottenham Hotspur, Delle Alli menggandakan kedudukan. Jesse Lingard cantik membuat hantaran mencari kepala Alli, tanpa rasa melekit Alli membuat sundulan bebas yang menerjah jaring.

Deretan percubaan Sweden tenang diselamatkan Pickford membuatkan Sweden terus buntu. England mara ke separuh akhir mengulangi pencapaian terbaik mereka pada 1990.

Bekas pemain Manchester United itu membuat pertaruhan akan membelanja Beckham makan malam jika England menang dan jika sebaliknya Beckham akan belanja Zlatan membeli-belah di Ikea.

“Yo @davidbeckham jika @england menang aku akan belanja kau makan malam tak kira kat mana kau nak dalam dunia ni, tapi jika @swemnt kau belanja aku apa saja aku nak kat @ikeasverige ok?”

—-

“Yo @davidbeckham if @england wins I buy you dinner where ever you want in the world, but if @swemnt wins you buy me what ever I want from @ikeasverige ok?”

Cabaran Zlatan itu telah disahut dengan penuh budiman oleh David Beckham yang bersuara lunak itu dengan pertaruhan yang lagi padu.

Beckham berkat jika Sweden menang, beliau sendiri akan membawa Zlatan ke Ikea dan belanja barang-barang untuk rumah baru Zlatan di Los Angeles.

Tetapi jika England menang, Beckham mahu Zlatan ke Wembley menyaksikan perlawanan England dengan memakai jersi England dan menikmat fish & chip di separuh masa pertama.

Selepas kemenangan England ke atas Sweden, Beckham yang merupakan pesara pasukan kebangsaan Tiga Singa itu dengan pantas segera mengingatkan Zlatan mengenai pertaruhan mereka sebelum ini di Instagram Story beliau.

“Nampak gayanya ada orang akan datang ke Wembley lagi.”

Masak Pak Berahim kali ni.
Beckham merayu pasukan England supaya menang.

Bekas rakan sepasukan Zlatan di Manchester United, Wayne Rooney juga telah membuat satu Twit bagi memastikan Zlatan tidak melupakan pertaruhan yang dibuat selepas perlawanan England.

“Kau rasa lagu mana hari ni kawan @Pak Berahim? Kalau nak teman berbual aku ada ni ha.”

Adakah Pak Berahim akan menepati janji beliau?

David Beckham pernah bermain bersama Ibrahimovic di PSG ketika di penghujung kerjayanya.

BACA:  Robinho Dedah Kisah Ibrahimovich Belasah Gattuso Dengan Jiu Jitsu