Cesc Fabregas telah meneruskan kelangsungan kariernya yang sudah hampir ke penghujung apabila telah mengikat kontrak selama dua tahun bersama kelab Serie B, Como 1907.
Lebih menarik lagi apabila pemain tengah kreatif itu bukan sahaja menjadi pemain tetapi juga menjadi pemilik bersama apabila telah membeli pegangan kelab Como 1907.
Biasa pemain merangkap pengurus kan? Tapi Fabregas kini menjadi pemain merangkap pemilik.
Sepanjang kariernya, Fabregas telah menobatkan dirinya sebagai salah seorang pemain tengah terbaik dunia untuk abad ke-21 bersama pasukan Arsenal, Barcelona dan Chelsea.
Here’s Cesc Fabregas in Italy set to join Como on free move. Fabregas will be unveiled as new Como player today, while he signs contract until June 2024. 🇪🇸 #transfers
Fabregas will play in Italian second division this season. @cesc4official pic.twitter.com/5PS1853Ljo
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 1, 2022
Jangan dilupakan karier antarabangsa bersama skuad kebangsaan Sepanyol di mana Fabregas telah menjulang Piala Dunia dan juga kejuaraan EURO.
Selepas tamat masanya bersama Monaco di Ligue 1 Perancis, Como 1907 menjadi pilihan Fabregas di mana CEOnya adalah hero di Chelsa, Dennis Wise.
Como 1907 boleh dikatakan seperti Phoenix bangkit dari abu apabila membuat kebangkitan kembali di Serie D pada tahun 2017 selepas mengalami bangkrap.
What an amazing couple of days it’s been. I’m so happy and honoured to be signing for Como as a player for the next 2 years and also for becoming a shareholder of the club. It’s a really exciting project for present and future and I can’t wait to get started. 🔵⚪️ #forzacomo pic.twitter.com/sTMuj4N8Qi
— Cesc Fàbregas Soler (@cesc4official) August 2, 2022
Pasukan divisyen dua liga Itali ini hanya kembali ke divisyen profesional bola sepak pada tahun 2019. Perjalanan yang agak pantas menandakan kelab berada di landasan dan tangan yang tepat.
Selain Fabregas ramai pemain bola sepak handalan dunia menjadi pemilik kelab dengan membeli sebahagian pegangan dan kebanyakkanya selepas persaraan mungkin untuk mengisi masa lapang.
Berikut merupakan 10 pemain bola sepak yang menjadi pemilik kelab bola sepak yang mungkin diketahui dan mungkin tidak:
Class of 92 – Salford City
Bermula dengan permulaan yang sangat jelas, kebanyakan peminat bola sepak Inggeris menyedari dan tahu pemain ‘Kelas 92’ Manchester United dan pemilikan mereka terhadap Salford City.
David Beckham checks out his latest investment…
He is the latest member from the Class of 92 to invest in Salford City. pic.twitter.com/VeWFSnVEZw
— Football on BT Sport (@btsportfootball) February 17, 2019
Sejak mengambil alih kelab pada 2014, Kelas 92 – Gary dan Phil Neville, Paul Scholes, David Beckham, Nicky Butt dan Ryan Giggs – telah berjaya membawa Salford ke kelab profesional sepenuh masa dan ke Liga Bola Sepak, dengan kelab itu kini dalam Liga Dua.
Gerard Pique – FC Andorra
Pique memperoleh FC Andorra pada 2018 melalui syarikat perniagaan Kumpulan Kosmos Holdingnya. Mereka bermain dalam sistem bola sepak Sepanyol walaupun secara rasmi pasukan dari kerajaan Andorra, menjadikan kisah mereka sangat unik.
Sejak pertahanan legenda itu mengambil alih pemilikan kelab, Andorra telah mendaki divisyen bola sepak Sepanyol dan musim ini bermain akan berada di divisyen kedua buat kali pertama.
Gerard Pique is an owner & executive at Kosmos Holdings. Kosmos has a 25 year €3B deal for the Davis Cup, a content studio, owns the rights to Ligue 1 & owns club, FC Andorra. Personally, Pique also owns brands in the sunglass, organic burger, Energy drink & eSports sectors. #AF pic.twitter.com/hwCN41vnjf
— Athletic Finance (@AthleticFinance) December 21, 2021
Siapa tahu, Pique mungkin akan mewakili pasukan sendiri dalam La Liga tidak lama lagi selepas mendapat tunggakan gaji dari Barcelona.
Zlatan Ibrahimovic – Hammarby
Ditubuhkan pada tahun 1915, kelab yang berpangkalan di Stockholm, Hammarby telah memenangi liga utama Sweden sekali. Diumumkan bahawa Ibrahimovic telah memperoleh 23.5% kepentingan pegangan saham kelab itu pada 2019.
You are back where we belong! Congratulations @Hammarbyfotboll women team 💚 pic.twitter.com/Sq6Q1cpbyq
— Zlatan Ibrahimović (@Ibra_official) October 31, 2020
Hammarby memenangi Svenska Cupen 2020/21 dan telah bermain di saingan Eropah sejak Zlatan Ibrahimovic terlibat selaku pemilik bersama, tetapi masih bergelut untuk memastikan kejayaan baru mereka kecapi kekal dengan lebih konsisten.
David Beckham – Inter Miami
Selain memiliki pemilikan bersama Salford City, Beckham memiliki francais MLS Inter Miami. Dia berunding dengan MLS selepas menandatangani untuk bersama LA Galaxy pada 2007.
Dalam perbincangan itu Beckham dibenarkan membuka pasukan sendiri di MLS dengan harga tetap $25 juta selepas dia berhenti bermain bersama LA Galaxy.
David Beckham 'edges closer to Inter Miami's $1bn stadium complex and is only one approval away from building starting' https://t.co/TRfKCrmNKh
— MailOnline Sport (@MailSport) August 2, 2022
FC Cincinnati dan Nashville SC menelan belanja sebanyak $150 juta untuk menyertai MLS pada 2019 dan 2020 masing-masing, menonjolkan betapa cemerlangnya keputusan yang dibuat Beckham pada 2007.
David Beckham ternyata serius dan sudah next level perginya apabila dilaporkan bakal membina Komplek Stadium bernilai $1 bilion.
Didier Drogba – Phoenix Rising FC
Beckham memberi inspirasi kepada generasi pemain kelas atasan untuk keluar dan mencuba nasib di Amerika Syarikat. Selepas beraksi di MLS, Drogba turun divisyen bawahan bersama pasukan Kejuaraan USL Phoenix Rising FC pada 2017, di mana dia juga menjadi pemilik minoriti.
Legendary Didier Drogba has joined Phoenix Rising FC of the @USL as as a player and part-owner. pic.twitter.com/w2A6jG8d8p
— B/R Football (@brfootball) April 12, 2017
Tindakan itu menjadikan Drogba pemilik pemain pertama dalam sejarah bola sepak. Mereka masih belum lagi berjaya untuk naik ke MLS, tetapi merupakan satu langkah yang terbukti, ia bukanlah realiti yang mengejutkan.
Jamie Vardy – Rochester New York FC
Segala-galanya tentang pemilikan Jamie Vardy ke atas Rochester New York FC ini adalah pelik. Vardy melabur dalam bola sepak Amerika Utara peringkat bawahan?
Pelik bukan nun jauh di sana. Rochester New York dalam status hiatus (berehat tanpa aksi) dari 2017 hingga 2023 kerana masalah dalaman.
Jamie Vardy on becoming an owner of Rochester New York FC who play their first game since 2017 today 💪 pic.twitter.com/SWMuvrMCuK
— B/R Football (@brfootball) March 25, 2022
Status ini diperoleh berikutan penjenamaan semula daripada Rochester Rhinos pada 2021 selepas percubaan kelab itu gagal untuk menyertai USL League One.
Pembiayaan diperoleh apabila Vardy menyertainya dengan membeli kepentingan dalam kelab dan kelab telah dihidupkan semula. RNYFC kini bersedia untuk bersaing dalam liga sulung MLS Next Pro.
Paolo Maldini – Miami FC
Melengkapkan kumpulan pemain bola sepak yang melabur di negara Uncle Sam ialah Maldini, yang menghabiskan seluruh kerjayanya dengan AC Milan tetapi telah melabur di Miami FC.
Langsung tiada kaitan dengan francais MLS Beckham, Miami FC diasaskan pada 2015 dan bermain dalam Kejuaraan USL.
Italian great Paolo Maldini leads ownership group for new NASL club Miami FC . http://t.co/KofmpJemR4. pic.twitter.com/PE0PVOMMBm
— FOX Soccer (@FOXSoccer) May 20, 2015
Dengan banyak kelab bola sepak ternama Amerika telah berkembang dan dikenali, melabur dalam kelab di divisyen bawah merupakan pilihan yang paling masuk akal sekarang.
Dengan perancangan yang betul, kelab divisyen bawahan akan mampu untuk naik ke liga teratas dan jika ini terjadi pasti akan mendatangkan pulangan lumayan.
Ronaldo – Real Valladolid dan Cruzeiro
Jika ramai bekas pemain melabur di kelab Amerika Syarikat di mana berpotensi besar kerana pasarannya masih berkembang dan belum tepu, Ronaldo si pekan telah memilih kelab La Liga, Real Valladolid dan kelab Brazil, Cruzeiro untuk dimiliki dan dijadikan pelaburan.
Ronaldo embali ke Eropah, salah seorang pemain bola sepak yang paling ikonik dan antara terhebat dunia walaupun belum mencapai puncak dan dalam liga di mana dia sertai mendatangkan impak yang begitu besar.
Ronaldo melabur dalam Valladolid pada 2018, menjadi pemilik majoriti dengan membeli 51% kepentingan.
Ronaldo promised he would cycle 500km if Real Valladolid gained promotion to La Liga.
Today, he reached the finishing line 😅 pic.twitter.com/fGYk3WK76H
— GOAL (@goal) June 8, 2022
Dia kini berkhidmat sebagai Presiden pasukan La Liga, dan meluaskan portfolionya pada 2021 dengan memperoleh kepentingan dalam kelab Brazil Cruzeiro – kelab zaman kanak-kanaknya.
Hasil pelaburan Ronaldo ke atas Real Valladolid ini mendatangkan pulangan yang agak pantas apabila pasukan itu kembali ke La Liga untuk musim 2022/23.
Hector Bellerin – Forest Green Rovers
Bellerin telah menjadi terkenal kerana minatnya yang berterusan dalam alam sekitar serta fesyen dan semua ini datang dari karier bola sepak yang padu sejak bertahun-tahun bersama Arsenal.
Dan walaupun dia boleh meninggalkan Arsenal selepas bersama untuk tempoh yang sangat panjang, dia masih mahu berakar umbi di England selepas menjadi pemilik bersama kelab League One, Forest Green Rovers.
Arsenal defender Hector Bellerin has become the second largest shareholder in Forest Green Rovers 💰
The League Two side are recognised as the world's most environmentally friendly team ♻️ pic.twitter.com/LBU4MdSotr
— GOAL (@goal) September 8, 2020
Bellerin menunjukkan komitmen kepada kemampanan kelab, bek sayap Sepanyol itu menjadi pemegang saham kedua terbesar kelab itu pada 2020.
Dunia akan melihat bagaimana Bellerin boleh membantu untuk membawa kelab bola sepak vegan pertama di dunia yang dikenali dunia sebagai kelab terpaling mesra alam.
Cesar Azpilicueta – Hashtag United
Melengkapkan 10 senarai ini ialah Cesar Azpilicueta, yang telah pergi ke arah yang sama sekali berbeza dengan kebanyakan dan melabur dalam Hashtag United – sebuah kelab yang diasaskan oleh YouTuber Spencer FC.
Hashtag bermula sebagai pasukan yang hanya bermain permainan di YouTube, tetapi sejak itu telah meledak sepenuhnya. Mereka kini merupakan pasukan separuh profesional (semi-pro la tu) sepenuhnya dan telah bermain di Piala FA.
En el 2018, Hashtag United era tan popular en Inglaterra que Adidas y Football Manager se convirtieron en sus patrocinadores oficiales del equipo. Tanto fue así que hasta el capitán del Chelsea, Cesar Azpilicueta se vuelve socio oficial del club y hace una pequeña gran inversión! pic.twitter.com/aLhrdg9THE
— Futbol de Inglaterra (@Mercado_Ingles) August 13, 2020
Telah dilaporkan bahawa Azpilicueta telah menjadi pemilik bersama kelab itu sejak 2018 sememangnya fakta yang menarik.
Gila jugak dari sekadar main permainan video jadi kelab bola sepak sebenar.