12 Kelab Telah Mengikat Kontrak European Super League Selama 23 Tahun

Sebanyak 12 kelab yang digelar Founding Club dari tiga negara Eropah telah mengikat kontrak taat setia selama 23 tahun bersama European Super League bagi membuktikan komitmen mereka untuk mewujudkan pemisahan liga.

Manchester United, Manchester City, Chelsea, Liverpool, Tottenham Hotspur, Arsenal, Inter Milan, AC Milan, Juventus, Atletico Madrid, Real Madrid dan Barcelona telah bersetuju dengan rancangan yang akan merubah dunia bola sepak.

Founding Club sepatutnya disertai oleh 15 pasukan yang akan kekal abadi di European Super League atau sekurang-kurangnya untuk tempoh 23 tahun namun pencarian tiga masih lagi dilakukan.

Betapa hebatnya impak daripada pengumuman pembentukan European Super League ini menyaksikan kemenangan Manchester United yang seperti ada sinar mengejar Manchester City dipandang sepi.

Malah perlawanan hebat antara Liverpool menentang Leeds United yang berakhir dengan keputusan seri tidak mampu melawan topik hangat bola sepak yang sudah masuk hari kedua.

Sky Sports melaporkan bahawa semua 12 belas kelab telah bersetuju untuk mengambil bahagian dalam Super League sehingga tahun 2044 dan mereka percaya usaha ini tidak dapat dihentikan dan bakal menjadi kenyataan.

Becakap kepada Sky Sports News, seorang wartawan bernama Kaveh Solhekol telah menyebut:

“Usaha kelab terlibat kini adalah untuk memberi input positif yang akan terhasil daripada kewujudan Europena Super League.”

“Founding Club kini terdiri daripada 12 kelab dan tiga lagi akan bakal menyertai telah menandatangan kontrak 23 tahun sebagai komitmen kepada Super League. Betapa seriusnya mereka ini.”

Menurut Kaveh Solhekol lagi Founding Club ini juga telah bersedia dari segi perundangan jika ada pihak yang mahu menghentikan mereke.

“Mereka juga menyebut bawah kelab telah menerima nasihat perundangan bahawa mereka tidak boleh disekat. Mereka percaya jika mereka disekat daripada melakukakn perkara ini, tindakan itu telah melanggar undang-undang peraturan persaingan EU dan UK.”

“Kelab percaya bahawa duit akan menjadi sumber dan membantu permainan yang lebih luas. Sekurang-kurangnya 10 bilion Euro sebagai bayaran solidariti disediakan.”

Setakat ini Bayern Munich, Borussia Dortmund, Paris Saint-Germain, Porto dan RB Leipzig telah menolak gagasan penyatuan ummah ini dan masih kekal berpaksikan kepada peminat yang menjadi nadi kewujudan kelab.

Mungkin salah satu kelab ini hanya menunggu semuanya menjadi kenyataan lalu menyertai Super League tanpa rasa melekit dan pening kepala melayan desakan serta penentangan bertubi-tubi.

Selepas UEFA mengeluarkan kenyataan penentangan kepada European Super League, presiden UEFA, Aleksander Ceferin sendiri telah memberi pengesahan pemain yang terlibat akan diharamkan dari beraksi di Piala Dunia dan EURO.

“Pendapat aku adalah, aku mahukan semua kelab terbabit dan pemain diharamkan serta merta dari menyertai kejohanan kelolaan kami.” Ujar Aleksander Ceferin yang marah dikencing pengerusi Juventus.

“Pemain bermain di Super League diharamkan bermain di Piala Dunia dan EURO. Mereke tidak dibenarkan bermain untuk pasukan kebangsaan.”

Aleksander Ceferin nyata bengang kerana ditipu pengerusi Juventus, Agnelli kerana menyatakan semua ini khabar angin dan menutup telefon selepas berjanji akan menelefon dalam tempoh sejam.

Kenali European Super League

Menatang apakah itu European Super League yang tiba-tiba meletup lalu menjadi sebutan dan bualan dunia bola sepak yang dilaporkan akan diumumkan secara rasmi penubuhannya dalam masa terdekat ini?

European Super League boleh dikatakan liga baru yang akan ditubuhkan bagi menyaingi UEFA Champions League yang kini mendominasi bola sepak Eropah dan terkenal di seluruh dunia.

Liga orang kaya ini akan disertai oleh kelab-kelab yang kaya-raya di Eropah bagi menambahkan lagi kekayaan kelab lebih tepat kekayaan pemilik sebenarnya.

Sebanyak 12 kelab dilaporkan telah bersetuju untuk menyertai gagasan baru yang melibatkan 6 kelab Inggeris 3 kelab Sepanyol dan 3 kelab Itali

Premier League (England) – Manchester United, Liverpool, Manchester City, Arsenal, Chelsea, Tottenham.

La Liga (Sepanyol) – Barcelona, Real Madrid, Atletico Madrid.

Serie A (Itali) – Inter Milan, AC Milan and Juventus.

Liga Eropah yang baru ini akan melibatkan sejumlah wang yang sangat besar dan akan dinikmati oleh kelab yang menyertai European Super League.

Sebanyak $6 bilion dan ada laporan menyebut $5 bilion telah disediakan untuk projek baru ini dan pembiayaan ini dilakukan melalui American bank JP Morgan.

Idea ini bukan perkara baru dan terus direalisasikan selepas kewangan kelab teruk dibadai oleh wabak melanda sejak setahun yang lalu sehingga kita semua tidak dapat balik kampung untuk beraya.

Ini merupakan salah satu sebab kenapa kelab besar Eropah merasakan inilah masa terbaik untuk liga orang kaya ini dilaksanakan.

Bagaimana European Super League akan dijalankan?

Menurut laporan The Times, gadisku dalam koma seriuskah keadaannya? telah mendedahkan kertas kerja bagaimana European Super League akan dijalankan mengikut format pertandingan dan pembahagian wang untuk pasukan bertanding.

Modal Awal

Sebanyak 15 pemilik kelab yang digelar Founding club akan akan berkongsi modal awal sebanyak €3.5 bilion (£3.1 bilion) sebagai ‘geran infrastruktur’ yang dibelanjakan untuk stadium, fasiliti latihan atau tempat perlawanan yang bebas dari wabak.

Untuk modal awal ini setiap kelab akan mengeluarkan wang dari £89 juta sehingga £310 juta dan ini mungkin bergantung kepada kekayaan kelab.

Format European Super League

Format European Super League akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan dihuni oleh 10 pasukan yang akan bermain di home dan juga away. Maknanya akan ada 20 pasukan di European Super League.

15 Founding club ini akan kekal di European Super League sampai kiamat dan lima lagi pasukan akan melalui pusingan kelayakan.

European Super League akan bermula pada bulan Ogos dan perlawanan akhir pada bulan Mei. Sama macam jadual Champions League.

Tiga pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan layak ke suku akhir dan dimainkan secara timbal balik dan perlawanan akhir seperti biasa dengan satu perlawanan tunggal sahaja.

Pasukan tempat ke-4 dan ke-5 akan bermain play-off secara timbal balik untuk merebut dua tempat suku akhir yang berbaki.

Perlawanan akan diadakan pada pertengahan minggu dan kelab masih lagi boleh beraksi di liga domestik.

Kelab yang menyertai European Super League ini akan diberikan hak penyiaran sebanyak empat perlawanan semusim dan boleh menyiarkan perlawanan di platform digital mereka sendiri ke seluruh dunia.

Pembahagian Wang

Pendapatan daripada TV dan penajaan sudah tentu akan dinikmati oleh kelab yang mengeluarkan modal awal atau Founding club di mana 32.5 peratus akan dibahagikan sama rata antara 15 kelab ini.

Manakala 32.5 peratus lagi akan dinikmati oleh semua kelab yang bertanding di liga orang kaya ini termasuklah lima kelab yang melepasi pusingan kelayakan.

Founding club ini saja dah makan 65 peratus dah. Masyuk. Nampak tak?

Sebanyak 20 peratus akan dibahagikan secara merit sebagaimana yang dilakukan oleh Premier Leageu. Setiap pasukan akan mendapat bahagian mereka berdasarkan kedudukan mereka di European Super League. Juara dapat paling banyak.

Baki 15 peratus lagi dipanggil ‘commercial share’ akan dibahagikan mengikut populariti kelab. Semakin popular kelab semakin tinggi nilai komersial dan paling banyak dapat makan.

Untuk mengawal kelab tidak berbelanja sewenang-wenangnya, had dikenakan, hanya 55 peratus daripada pendapatan yang dibenarkan dibelanjakan untuk gaji dan pindahan.

Dengan itu ‘Financial Sustainability Group’ atau ‘Kumpulan Kelestarian Kewangan’ diwujudkan bagi memantau perbelanjaan kelab.

UEFA Tekad Hentikan European Super League

Union of European Football Associations (UEFA) dan rakan kongsi tekad untuk menghentikan European Super League (ESL) yang dianggap mengarut dan tidak menerapkan semangat kesukanan yang diamalkan dalam bola sepak.

Tindakan tegas dan keras akan dikenakan kepada pasukan yang terlibat dengan European Super League (ESL) yang boleh melenyapkan kelab dan pemain dari peta bola sepak.

Kenyataan daripada bersama dan sebulat suara UEFA, English Football Association, Premier League, the Royal Spanish Football Federation (RFEF), LaLiga, Italian Football Federation (FIGC) dan Serie A hadir selepas European Super League (ESL) dilaporkan bakal membuat pengumuman rasmi.

UEFA juga turut memuji pasukan dari Liga Perancis, Ligue 1 dan Jerman, Bundesliga kerana tidak menyertai liga yang mengarut ini.

Menurut kenyataan bersama UEFA dan rakan kongsi:

UEFA, Persatuan Bola Sepak Inggeris dan Liga Perdana, Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF) dan LaLiga, dan Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) dan Lega Serie A telah mengetahui bahawa beberapa kelab Inggeris, Sepanyol dan Itali mungkin merancang untuk mengumumkan penciptaan liga tertutup yang dipanggil Super League.

Sekiranya ini berlaku, kami ingin mengulangi bahawa kami – UEFA, FA Inggeris, RFEF, FIGC, Liga Perdana, LaLiga, Lega Serie A, tetapi juga FIFA dan semua ahli persatuan kami – akan tetap bersatu dalam usaha kami untuk menghentikan projek yang sinis ini, projek yang didasarkan pada kepentingan diri beberapa kelab pada masa ketika masyarakat memerlukan solidariti lebih daripada sebelumnya.

Kami akan mempertimbangkan semua langkah yang tersedia untuk kami, di semua peringkat, baik kehakiman dan sukan untuk mencegah hal ini terjadi. Bola sepak didasarkan pada pertandingan terbuka dan prestasi sukan; ia tidak boleh dilakukan dengan cara lain.

Seperti yang diumumkan sebelumnya oleh FIFA dan keenam Gabungan, kelab-kelab yang bersangkutan akan dilarang bermain dalam pertandingan lain di peringkat domestik, Eropah atau dunia, dan pemain mereka tidak diberi kesempatan untuk mewakili pasukan kebangsaan mereka.

Kami mengucapkan terima kasih kepada kelab-kelab di negara lain, terutamanya kelab Perancis dan Jerman, yang enggan mendaftar. Kami menyeru kepada semua pencinta bola sepak, penyokong dan ahli politik, untuk turut serta dalam memerangi projek seperti ini sekiranya ia akan diumumkan. Kepentingan diri berterusan oleh segelintir umat ini telah terjadi terlalu lama. Cukuplah cukup.

Selain UEFA ramai pihak termasuk bekas pemain bola sepak dan pengurus tidak bersetuju dengan idea penubuhan European Super League (ESL) yang dilihat akan membunuh bola sepak itu sendiri.

Apakah Itu European Super League?

Menatang apakah itu European Super League yang tiba-tiba meletup lalu menjadi sebutan dan bualan dunia bola sepak yang dilaporkan akan diumumkan secara rasmi penubuhannya dalam masa terdekat ini?

European Super League boleh dikatakan liga baru yang akan ditubuhkan bagi menyaingi UEFA Champions League yang kini mendominasi bola sepak Eropah dan terkenal di seluruh dunia.

Liga orang kaya ini akan disertai oleh kelab-kelab yang kaya-raya di Eropah bagi menambahkan lagi kekayaan kelab lebih tepat kekayaan pemilik sebenarnya.

Sebanyak 12 kelab dilaporkan telah bersetuju untuk menyertai gagasan baru yang melibatkan 6 kelab Inggeris 3 kelab Sepanyol dan 3 kelab Itali

Premier League (England) – Manchester United, Liverpool, Manchester City, Arsenal, Chelsea, Tottenham.

La Liga (Sepanyol) – Barcelona, Real Madrid, Atletico Madrid.

Serie A (Itali) – Inter Milan, AC Milan and Juventus.

Liga Eropah yang baru ini akan melibatkan sejumlah wang yang sangat besar dan akan dinikmati oleh kelab yang menyertai European Super League.

Sebanyak $6 bilion dan ada laporan menyebut $5 bilion telah disediakan untuk projek baru ini dan pembiayaan ini dilakukan melalui American bank JP Morgan.

Idea ini bukan perkara baru dan terus direalisasikan selepas kewangan kelab teruk dibadai oleh wabak melanda sejak setahun yang lalu sehingga kita semua tidak dapat balik kampung untuk beraya.

Ini merupakan salah satu sebab kenapa kelab besar Eropah merasakan inilah masa terbaik untuk liga orang kaya ini dilaksanakan.

Bagaimana European Super League akan dijalankan?

Menurut laporan The Times, gadisku dalam koma seriuskah keadaannya? telah mendedahkan kertas kerja bagaimana European Super League akan dijalankan mengikut format pertandingan dan pembahagian wang untuk pasukan bertanding.

Modal Awal

Sebanyak 15 pemilik kelab yang digelar Founding club akan akan berkongsi modal awal sebanyak €3.5 bilion (£3.1 bilion) sebagai ‘geran infrastruktur’ yang dibelanjakan untuk stadium, fasiliti latihan atau tempat perlawanan yang bebas dari wabak.

Untuk modal awal ini setiap kelab akan mengeluarkan wang dari £89 juta sehingga £310 juta dan ini mungkin bergantung kepada kekayaan kelab.

Format European Super League

Format European Super League akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan dihuni oleh 10 pasukan yang akan bermain di home dan juga away. Maknanya akan ada 20 pasukan di European Super League.

Empat pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan layak ke suku akhir dan dimainkan secara timbal balik dan perlawanan akhir seperti biasa dengan satu perlawanan tunggal sahaja.

Perlawanan akan diadakan pada pertengahan minggu dan kelab masih lagi boleh beraksi di liga domestik.

Kelab yang menyertai European Super League ini akan diberikan hak penyiaran sebanyak empat perlawanan semusim dan boleh menyiarkan perlawanan di platform digital mereka sendiri ke seluruh dunia.

Pembahagian Wang

Pendapatan daripada TV dan penajaan sudah tentu akan dinikmati oleh kelab yang mengeluarkan modal awal atau Founding club di mana 32.5 peratus akan dibahagikan sama rata antara 15 kelab ini.

Manakala 32.5 peratus lagi akan dinikmati oleh semua kelab yang bertanding di liga orang kaya ini termasuklah lima kelab yang melepasi pusingan kelayakan.

Founding club ini saja dah makan 65 peratus dah. Masyuk. Nampak tak?

Sebanyak 20 peratus akan dibahagikan secara merit sebagaimana yang dilakukan oleh Premier Leageu. Setiap pasukan akan mendapat bahagian mereka berdasarkan kedudukan mereka di European Super League. Juara dapat paling banyak.

Baki 15 peratus lagi dipanggil ‘commercial share’ akan dibahagikan mengikut populariti kelab. Semakin popular kelab semakin tinggi nilai komersial dan paling banyak dapat makan.

Untuk mengawal kelab tidak berbelanja sewenang-wenangnya, had dikenakan, hanya 55 peratus daripada pendapatan yang dibenarkan dibelanjakan untuk gaji dan pindahan.

Dengan itu ‘Financial Sustainability Group’ atau ‘Kumpulan Kelestarian Kewangan’ diwujudkan bagi memantau perbelanjaan kelab.

BACA:  Real Madrid, Barcelona dan Juventus Pertahankan Liga Haram dan Kecam UEFA