13 Kelab Berebut Mahu Dapatkan Phil Jones Dari United

Bintang Manchester United Phil Jones pada ketika ini sedang dipantau oleh 13 kelab berbeza menjelang jendela perpindahan Januari dibuka nanti.

Walaupun beliau sudah lama tidak diturunkan bersama skuad utama United, namun Phil Jones sebenarnya antara produk United yang paling digilai oleh pasukan lain.

Kali terakhir bintang berusia 29 tahun itu membuat penampilan bersama Man United adalah ketika aksi kemenangan bertemu Tranmere Rovers, dalam saingan Piala FA.

Beliau kemudiannya terpaksa diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan lutut dan masih tidak diturunkan sehingga ke hari ini walau sudah pulih sepenuhnya.

Phil Jones berkemungkinan akan meninggalkan kelab pada Januari nanti, dan menurut laporan dari media UK, terdapat banyak kelab yang sangat berminat untuk menandatanganinya.

Dua dari 13 kelab yang sedang memantau Jones, adalah Newcastle United dan Watford yang sedang bergelut di zon penyingkiran dalam saingan Premier League pada ketika ini.

Satu lagi pasukan lain yang sangat berminat untuk mendapatkan khidmatnya adalah Derby County yang kini dikendalikan oleh bekas rakan sepasukan Jones sendiri, Wayne Rooney.

Pengurus kelab, Ole Gunnar Solskjaer masih belum memutuskan tentang masa depan Jones dengan beliau hanya akan memberi kata putus pada Januari nanti.

Musim ini United sedikit bergelut dengan krisis kecederaan pemain, dan selepas melihat kecederaan yang menimpa Maguire dan Raphael Varane, Solskjaer bimbang ia akan menjejaskan skuadnya.

Dan kerana bimbang posisi pertahanan akan bermasalah seandainya kehilangan pemain, maka beliau masih mahu mengekalkan Jones di dalam skuadnya.

Jones pada musim ini ada terlibat bersama skuad bawah 23 tahun, namun beliau telah dipanggil untuk menyertai skuad utama ketika beraksi dalam saingan Carabao Cup.

Beliau sekadar berada di bangku simpanan dan masih belum membuat sebarang penampilan bersama Man United sepanjang musim ini.

Jones pada ketika ini menerima £130,000 seminggu dengan kontrak beliau akan tamat pada 2023 nanti selepas beliau menandatangani kontrak baru pada 2019 yang lalu.

Pemain kebangsaan England itu baru-baru ini pernah mendedahkan tentang bagaimana beliau berdepan dengan gangguan dari peminat di media sosial.

Alasan mengapa Jones tak ada media sosial

Pemain pertahanan Manchester United, Phil Jones telah bercakap tentang cabaran pemain muda pada hari ini, tentang bahana media sosial.

Beliau mendedahkan tentang bagaimana teruknya kebencian dan toksik di media sosial, dengan Jones turut menjelaskan tentang mengapa beliau tidak memuat naik apa-apa di media sosial miliknya sejak 2017 yang lalu.

Pemain centre-back yang kini berusia 29 tahun itu telah diganggu oleh beberapa siri kecederaan yang menjejaskan karier 10 tahun beliau di Old Trafford.

Beliau tidak teragak-agak untuk membahaskan tentang segala kritikan dan hinaan yang beliau terima di media sosial, ketika dalam satu temu bual bulan lalu.

“Saya sebenarnya dianggap sasaran yang mudah.”

Jelas beliau kepada The Times.

“Setiap pemain bola sepak ada label dia sendiri yang dilabelkan oleh peminat, dan sayangnya label saya adalah, ‘mari kita ketawakan dia’. Tapi.. biar saya katakan ini dengan cara paling sopan… Saya tahu siapa yang akan ketawa besar pada akhirnya.”

“Saya sangat berbangga dengan karier saya dan ketika ia berakhir, dan saya akan menikmati kehidupan saya. Saya tersangat beruntung kerana saya mampu untuk melakukan semua itu, kerana pemain bola sepak memang beruntung.”

“Mereka (keyboard warriors) akan terus menumpang dalam bilik lebih yang ada dekat rumah mak dia, minum Pepsi diet, duduk rumah pakai boxer dan tulis status.”

Jones jelas sekali antara pemain paling teruk di ganggu di media sosial seperti Twitter dan Facebook, dan beliau turut mendedahkan tentang mengapa beliau memutuskan untuk meninggalkan media sosial.

“Saya jauhkan diri dari media sosial sejak lama dahulu, tapi ia sukar kerana semua kawan-kawan kamu baca, keluarga kamu baca dan mereka sokong kamu, mereka mahukan yang terbaik untuk kamu.”

Jelas Jones di UTD Podcast.

“Mereka tak mahu melihat sahabat mereka, suami, ayah mereka dihina dan dihentam di dada akhbar di semua media, jadi ia sukar kerana secara mentalnya saya sudah melalui kesukaran dan perlu baca semua itu.”

“Ia sangat sukar, tapi ia merupakan sesuatu yang saya belajar untuk berdepan dengannya, terutama sekali sepanjang tempoh saya bersama United, dan lebih banyak pengalaman kamu dapat, kamu akan menjadi semakin matang, maka semakin mudah untuk kamu tangani semua situasi seperti itu.”

Dalam temu bual di UTD Podcast, bekas pemain kebangsaan England itu turut menyatakan perbezaan tentang pemain muda sekarang adalah kerana mereka membesar dengan media sosial, berbanding beliau perlu melalui pengalaman berdepan dengan kewujudannya.

“Saya beritahu semua pemain muda yang masuk ke dunia bola sepak, bukan hanya di Manchester United, tapi seluruh dunia, media sosial penuh dengan kebencian, tempat yang sangat toksik untuk kita masuk dan kamu semua perlu mampu untuk berurusan dengan ia dengan kekuatan mental dan fizikal.”

“Saya lihat bagaimana ia berkembang sejak lebih 10 tahun lalu dan cara media sosial berkembang, saya rasa susah untuk kita terus jauhkan diri. Susah untuk kita tak ada kaitan dengan dia, untuk pemain muda yang baru masuk, saya rasa sukar untuk mereka tak baca media sosial.”

“Saya tahu, sebagai pemain muda, itu perkara pertama kamu lakukan, lepas tamat perlawanan, kamu mahu tengok apa orang katakan tentang kamu dan ketika koyak ia terbawa ke alam realiti, jangan pedulikan apa kata mereka kerana bukan mereka yang pilih kita.”

Jones turut ditanya tentang adakah beliau mahu hentam pengkritiknya, dan beliau menjawab:

“Soalan yang bagus.”

Jawab Jones.

“Saya cuma rasa saya lebih bagus dari itu sekarang, saya sudah biasa dengan semua itu.”

“seseorang menggantung lobak untuk digigit. Seperti saya katakan, ia sangat sukar, tapi saya sudah belajar untuk berdepan dengannya. Atas sebab-sebab tertentu, mungkin, saya lebih teruk dikritik berbanding pemain lain, tapi saya yakin semua orang akan katakan hal yang sama.”

“Tapi orang akan kata yang semua itu sudah menjadi lumrah untuk seorang pemain bola sepak, jadi saya terima saja.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kepulangan Bak Seorang Wira Yang Bernama Phil Jones Selepas 707 Hari