Jones Bakal Sertai Pasukan Champions League Januari Ini

Phil Jones sedang dalam pertimbangan untuk meninggalkan Manchester United pada jendela perpindahan Januari ini dengan beliau mungkin akan melengkapkan perpindahan sebagai pemain berstatus pinjaman.

Jones pada ketika ini sedang menghabiskan musim ke-11 beliau bersama Manchester United, dan beliau sebelum ini turut pernah diangkat sebagai calon legenda terhebat sepanjang zaman kelab.

Walau bagaimanapun, nasib tidak begitu menyebelahinya sejak dua tahun kebelakangan ini, dan ia juga boleh dianggap sebagai antara detik kejatuhan dalam karier Jones.

Aksi terakhir Jones bersama Manchester United adalah ketika Januari 2020 yang lalu dengan beliau beraksi dalam saingan Piala FA.

Jones ketika itu berjaya meledak gol ketika membantu setan merah mencatatkan kemenangan selesa 6-0 menewaskan Tranmere Rovers.

Selepas tamat perlawanan itu, Jones berdepan kecederaan panjang yang menyebabkan beliau terpaksa diketepikan selama 20 bulan.

Pemain centre-back United itu kembali disenaraikan dalam senarai barisan pemain simpanan untuk skuad United di bawah kendalian Ralf Rangnick.

Ketika ramai berfikir yang beliau mungkin akan mampu untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas ini, kelab lebih memilih untuk meninggalkan Jones.

Menurut sumber laporan dari Daily Mail, Rangnick pada ketika ini bersedia untuk menerima tawaran dari mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan pemain berusia 29 tahun itu.

Tujuan utama kelab mahu melepaskan Jones adalah kerana Rangnick mahu mengurangkan mana-mana pemain yang dirasakan tidak perlu, dan mahu sediakan ruang untuk menandatangani pemain baru.

Akhbar tersebut turut mendedahkan yang Benfica sangat berminat untuk mendapatkan bekas pemain pertahanan Blackburn Rovers itu.

Benfica dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Jones menerusi perjanjian secara pinjaman pada jendela perpindahan Januari ini nanti.

Gergasi Portugal itu berjaya melayakan diri ke pusingan kalah mati saingan Champions League musim ini, selepas Barcelona tewas 3-0 di tangan Bayern Munich.

Walau bagaimanapun, Benfica tidak mencatatkan kecemerlangan yang sama di pentas bola sepak domestik, dengan mereka ketika ini berada empat mata dibelakang seteru utama Porto dan Sporting.

Atas alasan itulah Benfica mahu berusaha mendapatkan khidmat Jones kerana menganggap bintang setan merah itu sebagai pemain pertahanan yang versatile.

Jones sememangnya memiliki pengalaman untuk bermain di pelbagai posisi seperti centre-back, full-back dan turut pernah bermain di posisi midfield.

Bekas pemain kebangsaan England itu pernah beraksi di pentas Piala Dunia 2018 di bawah kendalian Gareth Southgate.

Jones juga sebenarnya sudah membuat kemunculan dalam saingan Champions League pada musim ini selepas Ralf Rangnick terpukau melihat kemampuan beliau.

Dek kerana terpukau dengan aksi hebat yang beliau persembahkan, Ralf Rangnick mahu menurunkan Jones ketika aksi bertemu Young Boys sebelum ini.

Walau bagaimanapun, beliau gagal untuk melakukan hal itu, kerana nama Jones sebenarnya langsung tidak didaftarkan dalam pertandingan itu pada musim ini.

Ralf Rangnick akhirnya memutuskan untuk menggunakan Eric Bailly dan Nemanja Matic sebagai pemain utamanya dalam perlawanan tersebut.

Rangnick kini sedang berusaha untuk mencari pemain baru yang boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Jones, dengan beliau dilaporkan sangat berminat untuk mendapatkan khidmat Antonio Rudiger dari Chelsea.

Setan merah turut dikaitkan dengan Boubacar Kamara dari Marseille, dan turut berpotensi untuk menandatangani Julian Alvarez pada jendela perpindahan Januari ini.

Seandainya Jones benar-benar pergi menyertai Benfica pada jendela perpindahan Januari ini, tidak akan mengejutkan andai beliau mampu untuk bersinar.

Beliau jelas sekali memiliki bakat yang sungguh luar biasa menakjubkan dan turut pernah menjadi antara pertahanan terbaik yang beraksi dalam saingan Premier League.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jones Dedah Alasan Mengapa Beliau Tak Suka Media Sosial