Southgate Perlu Bawa Phil Jones Ke Piala Dunia Qatar

Phil Jones dianggap antara pemain centre-back terbaik England pada ketika ini, dan beliau turut diharap akan dapat beraksi untuk skuad The Three Liones dalam aksi saingan Piala Dunia Qatar nanti.

Beliau buat pertama kalinya diturunkan ketika aksi bertemu Wolves kemarin selepas hampir dua tahun terpaksa berehat atas pelbagai alasan.

Selepas bergelut dengan beberapa siri kecederaan, pemain berusia 29 tahun itu akhirnya membuat penampilan pertamanya untuk setan merah selepas 708 hari.

Beliau juga merupakan antara pemain terbaik ketika aksi kekalahan 1-0 Manchester United bertemu Wolverhampton Wanderers di Old Trafford hujung minggu lalu itu.

Beliau dilihat sangat tenang dalam mengawal barisan pertahanan United dan tidak keterlaluan untuk menganggap Jones sebagai pemain terbaik skuad dalam perlawanan tersebut.

Rakan sepasukannya, Luke Shaw bahkan turut memberikan pujian menggunung kepada Jones atas aksi hebat yang beliau persembahkan.

Jones bergelut dengan beberapa siri kecederaan sejak kali terakhir beliau membuat penampilan pada Januari 2020 bertemu Tranmere dalam saingan Piala FA.

Ketibaan pemain pertahanan termahal dunia seperti Harry Maguire dan Raphael Varane sepertinya akan menyukarkan lagi Jones untuk mendapat minit permainan.

Beliau jelas sekali begitu beremosi sebaik tamat aksi perlawanan bertemu Wolves kemarin, dek kerana para penyokong tidak henti-henti chanting nama beliau ketika beliau sedang dalam perjalanan meninggalkan padang.

Penyampai Sports Bar yang juga penyokong Manchester United, Andy Goldstein menganggap Jones merupakan pemain terbaik dan paling layak untuk Gareth Southgate bawa ke Qatar nanti.

Mereka menegaskan yang seandainya Jones mampu kekalkan tahap persembahan yang sama, maka beliau sudah tentu akan berjaya menjadi antara pemain centre-back terhebat dalam dunia bola sepak.

“Saya akan buat satu kenyataan di sini.”

Jelas Andy Goldstein.

“Phil Jones akan mewakili England untuk saingan Piala Dunia.”

“Kita tidak mempunyai centre-back yang baik. Saya rasa Jones lebih bagus dari beberapa pemain centre-back yang lain.”

“Saya fikir dia lagi bagus dari Mings, dan saya lebih memilih Jones untuk bermain sebagai pemain utama.”

“Seandainya Jones kekalkan persembahan seperti itu, saya yakin dia layak ke Piala Dunia.”

“Mengikut persembahan dia bertemu Wolves, saya rasa dia lagi bagus dari John Stones.”

“Saya memang selalu bimbang melihat John Stones.”

“Phil Jones akan pergi ke Piala Dunia.”

Rangkuman aksi persembahan mantap Jones ketika bertemu Wolves

Phil Jones kembali beraksi dalam saingan Premier League bertemu Wolves awal pagi tadi, selepas sekian lama beliau diketepikan atas pelbagai alasan.

Apa yang menariknya, walaupun barisan pertahanan Manchester United beraksi dengan agak hambar dalam perlawanan ini, namun Jones tetap berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Kali terakhir Jones membuat penampilan sebelum ini adalah ketika aksi bertemu Tranmere pada Januari 2020, dalam aksi saingan Piala FA.

Beliau berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut, dan kali terakhir beliau muncul dalam saingan Premier League adalah bertemu Burnley, empat hari sebelum aksi bertemu Tranmere.

Selepas sekian lama berehat kerana masalah kecederaan dan kecergasan, beliau akhirnya turun membuat penampilan pertamanya pada musim ini bertemu Wolves.

Gol jaringan Joao Moutinho berjaya mengesahkan kemenangan 1-0 Wolves menewaskan setan merah, dan ia bukanlah sesuatu yang diharapkan oleh Jones.

Tidak dinafikan rata-rata pemain Manchester United dalam perlawanan ini kecuali De Gea dan Jones beraksi dengan sangat hambar dan mendukacitakan.

Jones berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dengan beliau turut cemerlang melakukan beberapa hadangan dalam menggagalkan serangan dari pasukan lawan.

Pemain berusia 29 tahun itu telah menerima pujian dari pelbagai pihak yang mahu melihat beliau diturunkan dalam kesebelasan utama setan merah selepas ini menggantikan Harry Maguire.

“Saya cuma harap dia konsisten, dia bermain dengan sangat baik dan saya yakin gandingan dia dengan Varane pasti akan sangat berkesan.”

“Maguire sudah sepatutnya rasa tercabar kerana Jones benar-benar cemerlang mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan.”

“Inilah apa yang kita mahu lihat, saya cuma harap dia akan dapat lagi kesempatan untuk bermain selepas ini dan membuktikan kepada semua kemampuan sebenar dia.”

“Kalau tanya saya, sejujurnya dia pemain terbaik dalam perlawanan ini, dia betul-betul nampak bermain demi lencana di dada.”

“Tidak ada mana-mana pemain yang memberikan 100 peratus dalam aksi perlawanan bertemu Wolves ini berbanding Jones.”

Jones selayaknya untuk menerima segala pujian tersebut kerana aksi dan persembahan yang beliau persembahkan sememangnya terbaik.

Statistik yang beliau catatkan dalam perlawanan ini juga mengukuhkan lagi dakwaan yang menganggap Jones merupakan pemain terbaik United dalam aksi kekalahan 1-0 bertemu Wolves.

Ketika Jones diberikan pujian yang menggunung atas aksi hebat dan persembahan mantap yang beliau tunjukkan, nasib rakan sepasukannya pula sebaliknya.

Aaron Wan-Bissaka teruk dihentam oleh para peminat, yang merasakan beliau pemain paling tak berguna ketika aksi bertemu Wolves awal pagi tadi.

Ramai peminat yang merasakan bahawa Bissaka tak sepatutnya dianggap sebagai pemain bola sepak selepas melihat aksi hambar beliau dalam perlawanan ini.

Sejak Man Utd diambil alih oleh Ralf Rangnick, tempat Bissaka sebagai pemain utama sering tergugat dek kerana pengurus dari Jerman itu lebih mempercayai Diogo Dalot.

Kekalahan ini merupakan kekalahan kedua mereka dari tiga perlawanan yang memperlihatkan Man Utd keciciran mata selepas mereka sekadar mampu seri sahaja bertemu Newcastle United sebelum ini.

Man Utd juga pada ketika ini 22 mata dibelakang pendahulu saingan liga yang juga musuh sebandar mereka Manchester City.

Untuk mencabar kejuaraan liga sepertinya terlalu sukar, namun United pada ketika ini sudah tentu akan berusaha sehabis daya mereka untuk setidak-tidaknya mengakhiri saingan musim ini dikelompok empat teratas.

Sumber: talkSPORT

BACA:  Jones Bakal Sertai Pasukan Champions League Januari Ini