Rangkuman Aksi Jones Ketika Bertemu Wolves Membuktikan Beliau Pemain Terbaik United Pada Ketika Ini

Phil Jones kembali beraksi dalam saingan Premier League bertemu Wolves awal pagi tadi, selepas sekian lama beliau diketepikan atas pelbagai alasan.

Apa yang menariknya, walaupun barisan pertahanan Manchester United beraksi dengan agak hambar dalam perlawanan ini, namun Jones tetap berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Kali terakhir Jones membuat penampilan sebelum ini adalah ketika aksi bertemu Tranmere pada Januari 2019, dalam aksi saingan Piala FA.

Beliau berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut, dan kali terakhir beliau muncul dalam saingan Premier League adalah bertemu Burnley, empat hari sebelum aksi bertemu Tranmere.

Selepas sekian lama berehat kerana masalah kecederaan dan kecergasan, beliau akhirnya turun membuat penampilan pertamanya pada musim ini bertemu Wolves malam semalam.

Gol jaringan Joao Moutinho berjaya mengesahkan kemenangan 1-0 Wolves menewaskan setan merah, dan ia bukanlah sesuatu yang diharapkan oleh Jones.

Tidak dinafikan rata-rata pemain Manchester United dalam perlawanan ini kecuali De Gea dan Jones beraksi dengan sangat hambar dan mendukacitakan.

Jones berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dengan beliau turut cemerlang melakukan beberapa hadangan dalam menggagalkan serangan dari pasukan lawan.

Pemain berusia 29 tahun itu telah menerima pujian dari pelbagai pihak yang mahu melihat beliau diturunkan dalam kesebelasan utama setan merah selepas ini menggantikan Harry Maguire.

Ada peminat bahkan turut menyediakan sebuah video yang menunjukkan bagaimana hebatnya aksi Jones dalam perlawanan ini.

“Saya cuma harap dia konsisten, dia bermain dengan sangat baik dan saya yakin gandingan dia dengan Varane pasti akan sangat berkesan.”

“Maguire sudah sepatutnya rasa tercabar kerana Jones benar-benar cemerlang mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan.”

“Inilah apa yang kita mahu lihat, saya cuma harap dia akan dapat lagi kesempatan untuk bermain selepas ini dan membuktikan kepada semua kemampuan sebenar dia.”

“Kalau tanya saya, sejujurnya dia pemain terbaik dalam perlawanan ini, dia betul-betul nampak bermain demi lencana di dada.”

“Tidak ada mana-mana pemain yang memberikan 100 peratus dalam aksi perlawanan bertemu Wolves ini berbanding Jones.”

Jones selayaknya untuk menerima segala pujuan tersebut kerana aksi dan persembahan yang beliau persembahkan sememangnya terbaik.

Statistik yang beliau catatkan dalam perlawanan ini juga mengukuhkan lagi dakwaan yang menganggap Jones merupakan pemain terbaik United dalam aksi kekalahan 1-0 bertemu Wolves.

Ketika Jones diberikan pujian yang menggunung atas aksi hebat dan persembahan mantap yang beliau tunjukkan, nasib rakan sepasukannya pula sebaliknya.

Aaron Wan-Bissaka teruk dihentam oleh para peminat, yang merasakan beliau pemain paling tak berguna ketika aksi bertemu Wolves awal pagi tadi.

Ramai peminat yang merasakan bahawa Bissaka tak sepatutnya dianggap sebagai pemain bola sepak selepas melihat aksi hambar beliau dalam perlawanan ini.

Sejak Man Utd diambil alih oleh Ralf Rangnick, tempat Bissaka sebagai pemain utama sering tergugat dek kerana pengurus dari Jerman itu lebih mempercayai Diogo Dalot.

Kekalahan ini merupakan kekalahan kedua mereka dari tiga perlawanan yang memperlihatkan Man Utd keciciran mata selepas mereka sekadar mampu seri sahaja bertemu Newcastle United sebelum ini.

Man Utd juga pada ketika ini 22 mata dibelakang pendahulu saingan liga yang juga musuh sebandar mereka Manchester City.

Untuk mencabar kejuaraan liga sepertinya terlalu sukar, namun United pada ketika ini sudah tentu akan berusaha sehabis daya mereka untuk setidak-tidaknya mengakhiri saingan musim ini dikelompok empat teratas.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jones Dedah Alasan Mengapa Beliau Tak Suka Media Sosial