2 Kelab Gergasi Eropah Berebut Mahu Dapatkan Jesse Lingard

Jesse Lingard pada ketika ini sedang dipancing oleh dua kelab gergasi di benua Eropah, yang mahu menandatangani beliau pada jendela perpindahan musim panas ini nanti.

Bintang kebangsaan England itu sepertinya sudah hampir pasti akan meninggalkan Manchester United pada penghujung musim ini dek kerana kontraknya bersama kelab tamat pada ketika itu.

​Memandangkan kelab sendiri masih tidak menawarkan tawaran baru kepadanya, maka jelas sekali Lingard akan mengucapkan selamat tinggal pada penghujung musim ini nanti.

Aksi bertemu Brentford pada hari ini bakal menjadi aksi terakhir Lingard di Old Trafford sebagai pemain Manchester United.

Beliau memainkan peranan yang cukup sederhana sepanjang musim ini dengan Lingard setakat ini hanya membuat 22 penampilan sahaja bersama kelab dalam semua pertandingan.

Beliau pada musim lalu telah berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika beraksi bersama West Ham sebagai pemain pinjaman.

Musim panas ini beliau akhirnya akan terus meninggalkan Old Trafford dengan Lingard secara tak langsung mengakhiri tempoh 20 tahun beliau bersama kelab.

Memikirkan tentang kelab yang bakal beliau sertai selepas ini, Lingard sebenarnya telah berjaya menarik minat dua gergasi dari saingan Serie A yang sangat berminat mahu mendapatkan khidmatnya.

AC Milan dan Juventus merupakan dua pasukan yang sangat berminat mahu mendapatkan tandatangan Lingard menerusi perjanjian perpindahan percuma pada musim panas ini.

Menurut sumber laporan dari ESPN, kedua-dua gergasi Itali itu telah mendedahkan secara terbuka tentang minat mereka mahu mendapatkan pemain midfield setan merah itu pada penghujung musim ini nanti.

Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk AC Milan dan Juventus mahu terus mendapatkan khidmat Lingard dek kerana bintang England itu juga turut dipancing oleh kelab dari Premier League.

Newcastle United merupakan antara pasukan yang sangat berminat mahu mendapatkan khidmat pemain berusia 29 tahun itu.

The Magpies sebenarnya sudah memantau perkembangan bintang England itu sejak dari jendela perpindahan Januari lalu lagi.

Walau bagaimanapun, Manchester United sepertinya tidak mahu melepaskan Lingard dek kerana mereka meminta dana yang besar dari Newcastle.

Seandainya Lingard pergi menyertai mana-mana antara AC Milan atau Juventus, maka beliau sebenarnya bakal mengikuti jejak langkah Fikayo Tomori dan Tammy Abraham sebagai bintang England yang beraksi di Itali.

Lingard jelas sekali sememangnya mahu meninggalkan Manchester United pada musim panas ini kerana beliau mahukan minit permainan.

Hanya minit permainan sahaja yang mampu membantu beliau untuk mendapatkan kepercayaan dari Gareth Southgate supaya membawanya kembali sertai skuad kebangsaan England.

Beliau jelas sekali sedang mengintai kesempatan untuk dipanggil beraksi bersama skuad The Three Liones di pentas Piala Dunia Qatar nanti.

Lingard melakukan debut rasmi beliau secara kompetetif bersama skuad utama United pada tahun 2014 yang lalu selepas beliau diserap masuk dari skuad akademi.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau sebenarnya telah membuat lebih dari 200 penampilan untuk skuad setan merah dengan beliau turut berjaya menjaringkan 35 gol.

Sepanjang kariernya di Old Trafford, Lingard sebenarnya sudah berjaya membantu United menjuarai saingan FA Cup, EFL Cup dan Europa League.

Ketika aksi kemenangan 3-0 menewaskan Brentford malam semalam, Jesse Lingard sekali lagi tidak diturunkan dalam skuad utama Man Utd.

Ia menunjukkan yang khidmat beliau sememangnya tidak diperlukan lagi dan beliau sudah tentu akan meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Adakah Lingard akan tinggalkan Premier League? Atau beliau akan kekal? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Dua Gergasi Eropah Berebut Mahu Dapatkan Khidmat Jesse Lingard