23 Percubaan Dari Pasukan Lawan, Liverpool Masih Mempunyai Masalah Pertahanan Yang Serius

Secara umumnya kelab, jurulatih, pemain dan kesemua para penyokong Liverpool cukup gembira apabila pasukannya berjaya menewaskan Bournemouth 3-1 pada hujung minggu lepas.

Ketiga-tiga pemain serangan Liverpool menjaringkan gol, pemain yang baru dibeli dapat menyesuaikan diri dengan baik dan pasukan ini menjumpai penyelesaian ketika mereka menghadapi masalah dalam permainan.

Di sebalik kesemua perkara positif diatas, masih wujud rasa bimbang dengan isu kelemahan pertahanan Liverpool.

Masalah tersebut telah menyebabkan pasukan ini sentiasa terdedah dengan sebarang serangan balas pantas dari pasukan lawan terutamanya ketika mereka hilang penguasaan bola.

…S…

Liverpool menewaskan Bournemouth dengan hanya 10 pemain selepas Alexis Mac Allister dilayangkan kad merah pada minit ke-58. Ia menjadi satu kemenangan yang menghiburkan.

Liverpool tidak mempunyai masalah untuk meraih kemenangan apabila menentang mana-mana pasukan kecil Liga Perdana. Namun apa yang akan berlaku apabila mereka berhadapan dengan pasukan yang setaraf dengannya?

Liverpool telah membenarkan pasukan lawan melakukan percubaan ke arah gawangnya sebanyak 23 kali sepanjang 2 perlawanan pertama liga. Sudah pasti mereka tidak boleh terus begini jika mereka mahu layak ke Liga Juara-Juara.

Masalah ini telah timbul sepanjang perlawanan persahabatan pra-musim dan ia berterusan sehingga ke perlawanan kedua Liga Perdana. Liverpool cukup terancam apabila pasukan lawan melakukan direct ball ke bahagian atas.

Ruang dibahagian kanan yang ditinggalkan oleh Trent Alexander Arnold yang bergerak masuk ke bahagian tengah antara yang menjadi titik lemah Liverpool.

“Kami masih tidak cukup lancar lagi” Klopp mengakui apabila bercakap tentang permulaan yang goyah. Liverpool terpaksa mengharapkan unit serangan lebih menonjol untuk menutup bahagian pertahanannya yang lemah.

…S…

Kelemahan di bahagian pertahanan boleh dilihat dengan jelas.

Alexander-Arnold akan bermain dalam peranan hybrid yang fleksibel pada awal perlawanan. Dia akan berfungsi sebagai bek-kanan ketika pasukan hilang bola dan pemain NO6 ketika pasukan menguasai bola.

Gambar dibawah adalah situasi pada awal permainan.

Alexander-Arnold berada di kawasan tengah dan tinggi jauh dari bahagian bek-kanan. Ketika ini dia mahu bermain bola dengan rakannya dan dalam masa sama dia telah meninggalkan ruang yang cukup besar di belakangnya.

Dalam aksi itu Bournemouth berjaya merampas bola tetapi mereka tidak cukup pantas untuk melakukan serangan balas. Ia kerana mereka bukanlah pasukan elit Liga Perdana, tidak mempunyai keupayaan tinggi untuk melakukannya.

Ini merupakan pelan permainan risk & reward Klopp. Mereka menggunakan cara permainan pada 1/3 terakhir liga musim lepas dan Liverpool meraih banyak kemenangan. Klopp mahu mengekalkannya.

Alexander-Arnold menunjukkan dia cemerlang dan konsisten apabila menguasai bola cuma apabila dia bergerak ke masuk bahagian tengah ruang di bek-kanan akan terbuka, agak luas. Lawan pasti akan cuba mengeksploitasi ruang itu.

Bournemouth juga tahu tentang perkara ini dan mereka cuba mengambil kesempatan.

Contoh dibawah, ketika perlawanan belum memasuki minit pertama, Marcos Senesi serta merta melakukan bola panjang ke arah ruang sebelah-kanan pertahanan Liverpool

Alexander-Arnold sebenarnya masih berada dalam posisi yang baik tetapi kawalannya sangat lemah dan telah membenarkan Bournemouth masuk ke kawasan lebih berbahaya.

Dalam kes diatas mujur lah Jaidon Anthony berada dalam keadaan ofsaid dan jika gerakkan itu berakhir dengan jaringan, ia akan dibatalkan.

“Anda rasa ia satu wake up call yang kami perlukan, seminit kemudian kami bolos,” kata Klopp.

…S…

Apa yang berlaku pada minit-minit awal itu adalah satu perkara yang membimbangkan. Liverpool cuba bermain secara santai dari belakang tetapi tidak dapat melakukan pergerakannya dengan yakin.

Apabila Virgil van Dijk menghantar bola kepada Alexander-Arnold, sentuhan teruk darinya membolehkan Bournemouth menerkam bola itu dan Antoine Semenyo menjaringkan gol pembukaan perlawanan.

Ia bukanlah satu contoh tunggal Liverpool bermasalah di bahagian pertahanannya. Beberapa minit selepas jaringan itu berlaku, Allison pula teragak-agak dalam membuat keputusan melakukan hantaran.

Pemain Bournemouth berjaya merampas bola dari kakinya sehingga memaksa dia melakukan kekasaran terhadap pemain lawan. Alisson dilayangkan kad kuning.

” Ia tidak bagus dan bukan keadaan yang kami mahukan,” kata Klopp tentang 10 minit pertama permainan.

“Tetapi pemain juga manusia dan mereka mahu mencari penyelesaian dan langkah demi langkah, kami menjumpai jalan untuk bermain.”

…S…

Masalah bahagian pertahanan Liverpool juga timbul ketika mereka bertemu Chelsea malah sepanjang kempen perlawanan persahabatan pra musim.

Salah satu faktor, Liverpool tidak mempunyai specialist NO6 untuk melindungi barisan pertahanannya.

Tidak dinafikan Mac Allister dan Dominic Szoboszlai merupakan pemain-tengah yang sangat berbakat tetapi seperti Curtis Jones, set kemahiran mereka tidak terlalu khusus kepada peranan tersebut.

Mungkin itulah punca Liverpool telah memberi pasukan lawan melakukan 23 percubaan dalam 2 perlawanan pertama.

Dalam konteks yang sama, ketika Liverpool menjuarai Liga Perdana pada musim 2019-20 pasukan ini hanya melepaskan purata 9 percubaan dari pasukan lawan.

Penutup

Banyak lagi kerja yang perlu dilakukan oleh Liverpool dan ia diakui ini bukanlah perancangan asalnya. Pemergian Fabinho dan Jordan Henderson ke Arab Saudi tidak dirancang.

Liverpool telah berusaha untuk mendapatkan Moises Caicedo tetapi pemain itu mahu menyertai Chelsea.

Dia merupakan pengganti yang sempurna kerana dia boleh beroperasi sebagai pemain terakhir pertahanan dan dia juga boleh bermain di bahagian bek-kanan. Dua bahagian ini merupakan kawasan lemah Alexander-Arnold.

Keupayaan Caicedo membawa bola juga akan membantu pasukan kerana Liverpool memerlukan lebih banyak hantaran keatas melalui pemain NO6, disamping dia melindungi banyak kawasan dibawah.

BACA:  Liverpool Bakal Menerima Trophy Premier League Emas Khas