5 Pemain Yang Mampu Memecah Dominasi Messi Dan Ronaldo

Bila cerita bab Cristiano Ronaldo dan Leo Messi ni, memang beratus muka surat pun tak habis nak senaraikan rekod-rekod yang telah mereka pecahkan dan cipta. Walaupun banyak rekod telah dicipta ada lagi rekod yang kedua pemain tidak dapat pecahkan.

Lepas senaraikan semua rekod-rekod kedua-dua pemain ini, kita akan nampak dua set penyokong saling berperang di komen pula antara penyokong Messi/Barcelona/Argentina menentang penyokong Ronaldo/Real Madrid/Portugal.

Kini Ronaldo telah bersama Juventus dan Messi pula seakan menghitung hari untuk meninggalkan Barcelona namun perdebatan masih lagi hangat. Senang cerita akui je la dua-dua hebat.

Dari segi gaya permainan mereka tidak sama. Pemain kelahiran Argentina ini bermain seperti ahli silap mata yang penuh gaya dan helah lantaran bakat semulajadi yang ada kurniaan ilahi. Bakat yang ada diasah setajamnya oleh Messi.

Ronaldo dengan Messi baik je sebenarnya

Manakala Ronaldo merupakan pemain yang bergantung kepada kekuatan dan kemampuan fizikal yang diperolehi dari kerja keras dengan tidak mengenal erti putus asa apatah lagi hendak mengaku kalah.

Walaupun berbeza sikap dan gaya permainan tetapi hasilnya sama iaitu jaringan gol. Mentaliti untuk menang sangat tinggi ada pada kedua-dua pemain ini.

Jika dikumpulkan segala data dalam bola sepak, tahun 2008 dan jangkaan sehingga tahun 2020 bakal menjadi milik Messi atau Ronaldo.

Dalam tempoh ini nama besar lain seperti Fernando Torres, Arjen Robben, Luis Suarez, Franck Ribery, Neymar, Sergio Aguero, Andres Iniesta antara nama besar yang gagal memecah monopoli dinamic duo ini.

Lumrah kehidupan di dunia yang fana ini, sebagaimana kita tahu, setiap yang hidup pasti akan mati dan akhirat jualah kekal abadi. Dengan peningkatan usia kedua pemain ini maka akan wujud pemain baru yang akan memecahkan dominasi mereka.

Sportskeed telah menyenaraikan 5 pemain yang dijangka dapat memecahkan dominasi dua pemain ini sebagai pemain terbaik dunia dalam tempoh 2 hingga tahun lagi.

Isco – Real Madrid dan Sepanyol

Francisco ‘Isco’ Román Alarcón Suárez betapa panjangnya nama di dalam kad pengenalan Sepanyol dan nama panggilan manjanya Isco. Sebelum menjadi pemain bintang dan power seperti hari ini, Isco telah dibandingkan dengan pemain bintang.

Pemain bintang yang dimaksudkan adalah pemain handalan Barcelona, Andres Iniesta. Perbandingan ini dibuat ketika Isco masih remaja ketika di Valencia. Ada pun begitu, Isco ketika itu tidaklah digelar sebagai Iniesta Valencia sebagaimana terjadi kepada Asensio yang digelar Safawi Spain.

Kawalan bola yang melekat, gelecekan yang kemas, mampu mencipta peluang dan mempunyai rekod jaringan yang baik telah menjadikan Isco sebagai salah seorang pemain tengah terbaik ketika ini. Namun hidup semestinya dipenuhi ranjau untuk nikmat di ranjang.

Ketika tiba di Santiago Bernabeu yang sentiasa dipenuhi pemain bintang pada tahun 2013, Isco terus bergelut untuk mencari tempat dalam pasukan. Isco terus diabaikan olehy pengurus ketika itu dari Carlo Ancelotti,m Rafa Benitez hinggalah ke Zinedine Zidane.

Pada mula Zidane mengambil alih, Isco masih terabai namun dengan suluhan kepalanya, Zidane terus memberi sinar kepada Isco dan kini telah menjadi salah satu pemain utama dan nadi penting pasukan gergasi Eropah itu.

Isco dilihat mempunyai pakej yang lengkap sebagai pemain nombor 10 dalam sejarah bola sepak seperti Zidane, Del Piero, Totti dan dilihat mampu menjadi lebih hebat dari lagenda ini dan telah menjadi pemain penting pasukan Sepanyol.

Isco dilihat bakal mengambil alih kerusi idolanya Lionel Messi dalam tempoh beberapa tahun lagi. Kemunculan Isco telah lama diramal penyanyi dari Perancis, Alizee yang menyanyikan lagu ‘La Isco Bonita’ seperti dalam video di bawah.

Paulo Dybala – Juventus dan Argentina

Sudah terlalu lama bola sepak Argentina mencari pemain yang mampu menjadi penyambung kecemerlangan Diego Maradona. Pablo Aimar, Ariel Ortega dan ramai lagi. Namun para pemain ini gagal untuk menanggung beban dibandingkan dengan Maradona sehinggalah kemunculan Leo Messi.

Setelah lama menunggu dalam mencari pengganti Maradona, kini the Albiceleste telah menjumpai pewaris Messi walaupun Messi masih belum bersara. Pemain itu adalah Paulo Dybala.

La Joya atau permarta merupakan nama panggilan yang diberikan kepada Dybala dan telah menjadi pemain paling penting buat La Vecchia Signora atau Juventus buat masa ini dan lebih penting dari pemain yang memecahkan rekod perpindahan kelab, Gonzalo Higuan.

The left-footed baby-faced assassin(Pembunuh Upahan Bermuka Bayi Berkaki Kidal) ini tidaklah mempunyai kelajuan yang mencecah kelajuan bunyi seperti Messi nama beliau dianugerahkan dengan kaki kiri mengancam beserta penyudah yang tajam.

Dybala juga dianugerahkan dengan otak yang mempunyai processor berkelajuan tinggi di mana Dybala mampu melihat sesuatu situasi 10 saat lebih laju berbanding pemain lain di padang.

Kini Dybala telah berjaya mengesahkan tempatnya bersama Juventus dengan menjadi pemain utama. Prestasi Dybala juga telah membuatkan Juventus tidak merasai pemergian dua pemain utama The Old Lady iaitu Carlos Tevez dan Paul Pogba.

Memulakan musim ini dengan cemerlang dan setakat ini telah menjaringkan 10 gol dan terus mendapat temapt dalam perancangan Jorge Sampaoli, Dybala yang berasal dari Cardoba ini telah disebut-sebut sebgai pengganti Messi.

Paulo Dybala juga dijangka untuk menjadi pemenang Ballon d’Or juga suatu hari nanti.

Kylian Mbappe – PSG dan Perancis

Dengan kelajuan yang merempit, gelecekan yang luar biasa dan penyudah yang tidak tidak sudah Kylian Lottin Mbappe telah menimbulkan ribut pada tahap 5 dalam bola sepak Eorpah.

Kylian Mbappe menjadi sebutan selepas aksinya cemerlangnya bersama Monaco di Champions League hingga ke separuh akhir dan seakan sudah takdir bahawa beliau bakal menggegar dunia yang fana ini. Pada Januari 2016 beliau menandatangan kontrak profesional pertama.

Kini beraksi bersama PSG yang dibeli dengan harga €180 juta pada musim panas 2018. Kehebatan terbukti di Ligue 1 dan Champions League musim lalu dan kini sudah menunjukkan taring bersama PSG.

Berusia 18 tahun, Mbappe telah menjadi pemain senior skuad Kebangsaan Perancis. Jika Mbappe mampu mengekalkan prestasinya seperti sekarang untuk beberapa tahun mendatang, beliau bakal menjulang pelbagai kejuaraan dan trofi termasuklah Ballon d’Or.

Permainan Mbappe tidak mempamerkan usianya yang masih mentah dengan sentuhan dan skilnya Mbappe mampu menewaskan pemain yang lebih tua lagi berpengalaman berbanding beliau.

Dengan usia semuda ini, ramai masih memerhati perkembangan Mbappe yang kini bermain dengan berkesan dan sudah pun mengecap trofi keagungan bola sepak Piala Dunia pada usia muda.

Apa yang pasti Mbappe kini dilihat mempunyai segalanya untuk menjadi lebih hebat daripada semua lagenda Perancis. Semoga Mbappe tidak mengikut jejak Anthony Martial yang kini cuba mengembalikan reputasinya.

Eden Hazard – Real Madrid dan Belgium

Bintang kesayangan Chelsea dan Belgium ini tidak perlu diperkatakan lagi tentang kehebatannya dengan bermain cemerlang bersama Chelsea untuk beberapa musim yang lalu dan telah membantu Chelsea menjulang kembali kejuaraan Liga Perdana.

Itu cerita dulu la, Kini Hazard sudah telah menukar angin ke Sepanyol bersama Real Madrid dan memasuki musim kedua Hazard terus sepi dengan kecederaan dan masalah berat badan.

Hazard berkemampuan untuk menewaskan pertahanan lawan dengan mudah dan mencipta peluang untuk rakan sepasukan bagi menghasilkan gol. Kemampuan Hazard ini mampu mengucar-kacirkan pertahanan lawan dan membuka ruang untuk rakan sepasukan.

Lagenda Arsenal menyifatkan Hazard sebagai pemain yang istimewa dan tiada siapa mampu menyekat beliau dengan kualiti hebat yang ada pada beliau ketika memegang bola serta mampu mampu menghasilkan sesuatu.

Pemain yang mempunyai pusat gravity yang rendah merupakan seorang pemain yang tidak mementingkan diri dan sentiasa mencipta ruang buat rakan sepasukan.

Hazard sudah lama menjadi sebutan ramai yang mengatakan beliau merupakan pengganti Ronaldo tetapi tiada pula yang melabel beliau sebagai Ronaldo Chelsea atau Belgium.

Dalam satu temuramah Ronaldo sendiri memilih Hazard antara pemain menjadi penggantinya.

Neymar – PSG dan Brazil

Pemain paling berpotensi untuk memecahkan dominasi Messi dan Ronaldo dalam tempoh masa terdekat ini dengan status pemain termahal dunia. Perpindahan Neymar ke PSG bukan kerana wang tetapi mahu lari dari bayangan Messi.

Keinginan tinggi Neymar ingin menjadi pemain terbaik dunia jelas apabila terlibat dalam perebutan sepakan penalti dan percuma dengan Cavani. Neymar mahu menambah koleksi jaringan gol bagi mencerahkan peluang meraih Ballon d’Or.

Neymar cukup menyerlah

Jika dilihat kepada statistik penampilan serta jaringan Neymar di peringkat kelab dan negara telah menyamai tahap pemain yang hampir berusia 30 tahun.

Rasanya tidak perlu cerita panjang-panjang pasal Neymar kerana ramai sedia maklum kehebatannya. Kini hanya Messi dan Ronaldo menjadi halangan untuk Neymar menjadi pemain terbaik dunia.

Fattah Amin – Shambutlah Shintaku Dhuhai Shayang

Fattah Amin walaupun ada menggelarkan beliau kayu namum penulis sebagai kipas susah mati Fattah Amin (Die Hard Fan) tidak bersetuju dengan gelaran tersebut yang nyata mengguris hati.

Pemain futsal yang mampu menimang bola dengan baik walaupun tidak sepower Messi dan Ronaldo. Jika diperingkat dunia Fattah Amin tidak mampu memecah kepopularan dua pemain ini.

Tetapi di Malaysia Messi dan Ronaldo tidak mampu memecahkan tembok populariti Fattah Amin yang dinobatkan sebagai bintang paling popular berkat undian peminat seperti penulis.

Saksikan kehebatan Fattah Amin yang merupakan peminat Manchester United bermain futsal.

Sumber : Sportskeeda

BACA:  Messi Jelaskan Perbezaan Antara 'MSN' Dan 'MNM' Dengan Cukup Terperinci