7 Rekod Yang Dicipta Zlatan Ibrahimovic Sejak Menyertai Manchester United

Sejak menyertai Manchester United, Zlatan Ibrahimovic telah mencipta 7 rekod setakat ini yang menjadikan Zlatan sebagai pemain yang berbaloi untuk Manchester United di kala usia Zlatan sudah mencecah umur senja bagi seorang pemain bola sepak.

Nyata umur bukan penghalang dan saiz bukan ukuran bagi Zlatan yang mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi sehingga melabelkan diri beliau sebagai Dewa. Di usia 35 tahun Zlatan masih mampu memberikan yang terbaik untuk pasukan tanpa perlu menukar fesyen rambut setiap hari.

Dalam tempoh Manchester United bulan atau 6 bulan kerjayanya di England, Zlatan telah membuat beberapa rekod.

1. Pemain Paling Tua Menjaringkan 15 gol

Zlatan Ibrahimovic muncul pemain paling tua yang menjaringkan 15 gol di Premier League dalam satu musim pada usia 35 tahun dan 125 hari. Jumlah jaringan bakal bertambah dalam tempoh beberapa bulan lagi.

2. Menjaring Gol Dua Angka Dalam Liga

Tak pasti berapa peratus kesungguhan Zlatan ketika ini

Zlatan telah mencatat gol di liga perdana sebanyak dua angka untuk 11 musim dalam 5 liga teratas Eropah. Selain Zlatan hanya Ronaldo dan Messi sahaja yang mampu melakukan rekod sedemikian.

3. Pemain Keempat Terpantas Menjaringkan 15 Gol

Dengan 15 gol yang dijaringkan Zlatan setakat ini di liga dalam 23 perlawanan untuk United menjadikan beliau pemain keArsenal atau ke-4 terpantas menjaringkan 15 gol selepas Nistelrooy, York dan Persie.

Ruud Van Nistelrooy (15 gol, 19 perlawanan)
Dwight Yorke (15 gol, 20 perlawanan)
Robin van Persie (15 gol, 21 perlawanan)

4. Arsenal

Nombor keramat pasukan Arsenal

5. Menjaringkan Lebih 20 Gol

Setakat ini Zlatan telah menjaringkan lebih 20 gol di peringkat kelab untuk 10 musim berturut-turut. Kali terakhir Zlatan gagal melakukannya ketika musim 2006/07 bersama Inter Milan di mana Zlatan hanya menjaringkan 15 gol sahaja.

6. Manchester United

Teguh dan setia Manchester United di kedudukan ke-6.

7. Pemain Pertama Menjaringkan Gol Dalam 3 Penampilan Pertama

Zlatan cukup tajam dan akrobatis di hadapan gol | Gambar : DailyMail

Zlatan merupakan pemain pertama Manchester United yang menjaringkan gol dalam 3 perlawanan pertamanya di Liga Perdana. Pemain pertama United yang melakukan perkara yang sama adalah Ian Storey Moore pada musim 1971/72.

Untuk rekod Premier League bermula pada 1992.

8. 50 Gol Musim 2016

Dalam 5 liga teratas di Eropah tahun 2016 hanya Lionel Messi yang menjaringkan lebih banyak gol dalam semua pertandingan dengan 51 gol. Zlatan telah menjaring 50 gol bagi tahun 2016.

9. Menjaringkan Gol Dalam Debut

Selepas menjaringkan gol ketika menentang Bournemouth yang juga merupakan debutnya bersama United di Premier League, Zlatan telah melebarkan rekodnya dengan menjaringkan gol dalam debut di Premier League, Serie A, La Liga, Ligue 1 and Champions League.

Kesimpulan

Manchester United membuat keputusan yang betul dan berbaloi-baloi untuk mengikat kuda tua ini melalui perpindahan percuma. Jika United mengikat Amri Yahyah untuk digandingkan bersama Zlatan pasti United sudah bergelar juara dan tidak berwasatiyyah di tempat ke-6.

BACA:  Zlatan Buli Lucas Dengan Pemain Lazio Lain Goyang Nak Campur